Tuesday, March 20, 2012

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI


Ini ada lagi satu kesilapan  beso orang melayu, tapi kesilapan tu dah di terima oleh masyarakat kita.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Ce mikeme pikio lekluk, pago makan padi ke?

Tak lee….

Pago tu bukan benatang. Bukan ade mulut.  Orang putih kata ‘non-living thing’ lee.

Sebenonya kesilapan tu berpunca dari  pertukaran tulisan jawi ke julisan rumi.  Kalo  tulisan jawi, ‘pe’ ‘ge’ 'ro',  apa?  Pago le kan?  Tapi sebenonya  nak ngeja ‘pegor’ iaitu sejenis burong. Burong pego (pegar) bukan burong pago (pagar).  Orang puteh pangge burong ni sebagai ‘pheasant’.

Bila ngeja  dengan tulisan jawi, hurupnya serupa je. ‘pe’ ‘ge’ ‘ro’ jugek.

Kalo di pikio-pikiokan, pulak, orang melayu dedulu bila tanam padi dia pake pago ke? Yang teman ingat, apak teman dulu tu bila dia tanam padi dia tak bepagopun.

Buat ape pagopun.  semua kobo, lembu,  kambin, semua bekandang belake. Dema mele kobo bepago, bukan macam orang sekarang ni, orang yang becucuk tanam yang kene pago pokok dema. Kalau tidak habih di sente dek kobo kambin.

Burong pego ni, dia memang makan satnike benda yang ade kat sawah, termasukle segale belalang, kumbang, ulat-ulat dan lain-lain yang akan menyerang tanaman padi. 

Jadi orang Melayu ni, memang mengharapkan burong pego ni untuk mengawal segala serangga perosak, dan burong pago ni memang tak makan padi. 

Burong pego ni bukan vegeterian laa tu.  Kalo mengkome dah belajo sain kat sekolah, benatang jenih ni  kita kata kanivorus  le tu… dia tak makan sayo.  Rimo, singa, semua tu pun same geng le tu. Kanovors belaka.

Prinsip menggunakan sejenis organisma untuk mengawal tanaman dari dirosakkan oleh haiwan yang berbeza ni, kita panggil apa?

Ponah dengo perkataan ‘biological control’ tak?  Haaa tu le dianya apa yang di pangge  kawalan biologi atau Biological control. Pengawalan perosak tanaman jenis ini tidak menggunakan bahan kimia.

Burong pago ni sebagai agen 'kawalan biologi'. Segala belalang dan lain-lain serangga yang merosakan tanaman dan di makan oleh burong pago ni kita katakan haiwan perosaknya.

Pengawalan secara ini merupakan kaedah baru bagi dunia barat dalam konsep pengawalan perosak tanaman.

Tu le jangan mengkome tak tau. Orang tua-tua dulu dah guna konsep ‘biological control’ jauh lebeh awal dari orang puteh. . Orang puteh baru sekarang nak belajo nak gunakan konsep ‘biological control’

Hebat tak orang Melayu? Kalau orang Melayu macam ini, tak malu rasenya teman ngaku  temanpun  orang Melayu juge.  Tapi kalo asyik ngumpat, fitnah, merempit,  meragut…. Entah ape lagi….  teman tak sio nak ngaku jadi orang Melayupun.  Terase beso beno kemaluannya….

5 comments:

  1. Assalamualaikum Prof,
    Kalau betoi ler ni sebab salah guna huruf (dari jawi ke rumi tu), memang sah kita telah jauh lari dari budaya kita. Tak penah teman dengor burung pego ni, kena tanya mak yg dah umur 80 tahun lebih. Tima kasih kongsi maklumat. Btw, orang2 dedulu mmg dah guna kaedah 'biological control', zaman 'moden dan maju' ni jer deme paksa kita guna memacam pesticides, weedicides, herbicide dan satnika racun konon nak control satnika itu ini. Yang kaya deme, yg rosak kite, hampeh!

    ReplyDelete
  2. Salam MOH KEMBARA. Eehh tak sangke mikepun geram beno dgn penggunaan satnike racun ni yek!!! Teman ngajo kat universiti sekarang ni teman promot racun yg mak teman ajo teman mase teman bebudak dulu. Guna bawang putih campo daun mambu campo sabun cap kapak. Bekesan weh. Selamat buah nangke teman. Boleh guna pada pokok terong, cabe, kacang panjang... Teman nak ambik sorang studen nak buat kajian lanjut. nak nere boleh lee

    ReplyDelete
  3. Your Affiliate Money Making Machine is waiting -

    Plus, making money online using it is as simple as 1-2-3!

    It's super easy how it works...

    STEP 1. Choose affiliate products you intend to promote
    STEP 2. Add push button traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the system grow your list and sell your affiliate products for you!

    Are you ready?

    Get the full details here

    ReplyDelete
  4. If you're looking to lose fat then you need to start following this totally brand new personalized keto meal plan diet.

    To create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and top chefs have united to develop keto meal plans that are effective, painless, money-efficient, and delightful.

    From their launch in 2019, hundreds of clients have already transformed their body and well-being with the benefits a good keto meal plan diet can offer.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete
  5. titanium price, pricing & more | TitaniumArt
    Get deals for titanium titanium iphone case prices, pricing & more microtouch titanium trim reviews in TitaniumArt. View deals for titanium tv apk TitaniumArt's full product everquest titanium listing. gr5 titanium $50.00, $45.00, $50.00,

    ReplyDelete