Showing posts with label Nangka. Show all posts
Showing posts with label Nangka. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

NANGKA OH NANGKA

Nangka for a start…..
(Nangka-sebagai permulaan….)

Mesyarakat umum menganggap pertanian itu satu kerja yang mudah. Satu kerjaya yang boleh dilakukan oleh gulngan yang tak berilmu, satu pilihan kerjaya yang terakhir. Apabila dah tak ada kerja lain, barulah pilih pertanian. Ataupun pilihan sementara menunggu untuk mendapatkan kerjaya yang lebih tetap. Tak ada ilmu tentang pertanianpun tak apa. Tak ada kesungguhan pun tak apa.

Ini sebenarnya satu pandangan yang meleset. Kerana itulah kebanyakan mereka yang terlibat dalam aktiviti pertanian akhirnya gulung tikar…..

Sebenonya ini bukanle pandangan orang-orang kampung je, orangg-orang yang ponoh jadi pegawe beso kerajaan, ponoh duduk di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, orang-orang yang bernama pun berpendapatan begitu. Rame diantare mereka yang terlibat dalam aktviti pertanian setelah bersara. Dema ni pulak kalo nak dapat bantuan dari kerajaan, memang tak ade masalah… Mintak apa je boleh dapat. Mintak tanah, dapat. Mintak subsidi benih, dapat. Mintak subsidi baja, dapat. Pendek kata apa aje, tentu boleh dapat, kerana mereka ni memang kene pada pihak atasan….

Dema ni, kengkadang tu elok stat je, belum ape-ape lagi.... dah abih cerita….

Sebagai panduan le, teman nak bagi sikit tentang berkebun. Itu yang teman tau, jadi teman nak kongsi pengalaman teman serta apa yang telah teman lalui bila terlibat dalam aktiviti perkebunan buah-buahan tropika.

Teman nak ambik tanaman nanke sebage contoh, sebab teman memang bekenan pada nangka ni.

Sebelun nak mole, mengkome kena tau banyak perkara. Cari ilmunya dulu,. Cari maklumatnya dulu. Dah dapat barulah mole mengorak langkah…. Antaranya yang mengkome kena tau:-

1. Kena tau pokok apa nak tanam. Dalam he ini teman pilih nangke sebab:

  • a. Kena buat bersungguh. Sistem ‘3T’ atau Tebas, Tanam dan Tinggal tak boleh pakai….
  • b. Buah ni tak bermusim. Bila-bila mase ada buah. Jadi bekalan tak putuih. Kalau buat kilang memprosespun, boleh jalan sepanjang tahun. Kalao pilih rambutan atau manggis atau durian, kilan akan berfungsi selama 6-8 minggu je, kerane cuma sepanjang waktu tu je yang boleh ambik buah. 10 bulan yang lain, tak ada buah nak diproses, kilang akan tutup 10 bulan, dan tunggu tahun depan bila musim buah datang lagi, baru kilang bukak semula,
  • c. Cepat memberi hasil. Kalau mengkome ambik benih yang teman hasilkan tu, (contohnya CJ1, CJ3, dan Mastura,) dalam masa 18 bulan , insyallah dia bebuah. Tapi jangan hakap sangat, jangan tamak sangat. Kalao dibiokan bebuah waktu umo kurang dari 18 bulan, lingkup yeop. Habih patah batangnya. Pikiole, batang baru beso lengan, buah lebih korang 20kg, mana dia nak tehan., Abih patah belake nanti.



    • d. Pokok kene rendah je. Batang lebih kurang 6-8 kaki dari tanah dah cukup. Dahan cuma 3-4 dahan dah cukup, tak payah sampe bebeleh-beleh dahan. Tinggi pokok cuma lebih kurang 15 kaki je.

    • I. pokok tinggi susah nak ambik buah. Kene pake tangge. Kite ade dua tangan je. Tangan mana nak pegang tangge, tangan mana nak pegang piso, tangan mana nak pegang buah. Pikio lelkok. Tak kan le nak canteh tangke, bio dia bedebab jatuh ke tanah. Abih le mo buah tu. Dulu mase muda kita jage lekluk, hinggakan seko ulatpun tak ade. Aleh-aleh, bila dah masak kita biokan dia ngeredak jatuh ke tanah. Betoi ke care gitu?

    • II. Dahan bio sikit, 3-4 dahan cukup,tapi bio beso. Kalo tidak abih sekah yeop. Kena baying buah tu berat, 20kg tu biase le. 30kg tu bukan luo biase. Sampe 45kg pun ade. Tapi kalo boleh jangan biokan dia beso sangat, susah kita nak ngangkutnya. Berat sangat. Kalo nak tau cara nak bagi buah bebeso sampe 40-50 kilo, mengkome kena nuntut pade teman. Tak ade pengkereh., cume ade pentang larang je. Pantang larangnya pun tak susah. Mengkome boleh nyusup bawah penyide kain, nyusup bawah gelego pun tak ape. Itu tak termasuk pantangg larang nanam nanggke. Cume mengkome jangan kencin bediri dengan merokok je.

    e. Kene belajo care buat pangkasan (pangkasan dahan dan buah). Teman juga dah buat system pangkasan yang berkesan untuk pokok nangke ni.


    • i. Semua dahan mesti di buang hingga ke 4 kaki. Kita kene pikio kita tak mau buah telepe ateh tanah. Satnike binatang ada dalam tanah. Ulat ada. Kumbang ada. Cacinpun ada. Itu yang kita nampak. Yang kita tak nampak, bemacam-macam mikroorganisma ada kat situ. Kulat, bacteria, protozoa… satnike benatang leee. Kalo buah telepe kat tanah, jawabnya tak ade rezeki kite le. Habih busuk belake.

    Buah kat batang mempulonya beso, Buah kat dahan, mempulonya kecik je, uleh menjadi beso.

    • ii. dahan mane yang nak dibuang. Ade dahan yang bebuah, ada dahan yang tak bebuah. Kena belajo ngene yang mana satu dahan yang boleh dipake.

    • iii. Kene belajo buah mana yang kene buang. Setiap bulan ada 7-8 biji putek akan keluo, tapi jangan simpan. Pilih 2 biji putek je.

    f. Teman telah buat satu system dimana kita ajo pokok tu supaya dia bebuah 2 biji se sebulan, setiap bulan. Setiap bulan kita tue dua biji, kita ganti balik dengan dua biji buah muda. Jadi buah tak putuih. Setiap bulan ada 2 biji



    • a. Jangke waktu dari putik sampe masak lebih kurang 130 hari atau lebih kurang 4 bulan.(kalau mengkome gunakan benih teman). Benih yang lain tu ade yang dema dakwe boleh masak 3 bulan je., tapi teman tak berape pecaye sangat. Cakap dema tu. Tapi kalao masak pake poyok belange, tenggek ateh api, satu jampun boleh masak!!!

    • Makne cakap teman ni bila-bila masa mesti ada 8 biji ateh pokok. 2 biji setiap peringkat, ada 4 peringkat semuanya, yang mana buah tu boleh kita tue bulan depan 2 biji, 2 bulan lagi 2 biji, 3 bulan lepeh tu 2 biji lagi dan seterusnya. Selame-lamenya sekiranya mengkome ikut kaedah yang telah teman buat tu.

    g. Jum kita tengok anggaran pendapatan:

    Andaian:

    Berat buah : 20 kg sebiji
    Bilangan tuaian sepokok sebulan 2 biji sebulan
    Bilangan pokok se ekar (20’ x 20’): 108 pokok, (kite kira 100 je)
    Hasil sebulan: 20kg x 2biji x 100 pokok = 4000kg sebulan
    Harga ladang RM1.20-1.50 se kg (kita kira RM1.00 je)
    Pulangan sebulan 4000kg x RM1.00 =RM4000/=

    Tolak upah nebeh, nyiram racun rumput, racun serangga, ngangkut buah, muat pangkasan dll, katakan le: RM1500/=

    Kita maseh ada belen RM2500/= sebulan

    h. Nak dapat hasil macan ni, system ‘3T’ memang tak boleh pake. Pokok kene jaga dengan baik. Cukup baja. Cukup cahaya matahari. Cukup ayo. Tak ade penyakit. Dahan-dahan tak bebuah, dahan mati, dahan rosak, semua bebuang belake. Setiap ari kene becakap dengan pokok. Sekali sekala, bentang sejadah bawah pokok, semayang sunat 2 rakaat…. Insyallah….

    Banyak lagi yang mengkome kena belajo tentang nangke ni.

    Teman terlibat dengan penyelidikan nangke ni dah lebih kurang 30 tahun, tapi rasenya masih banyak lagi yang teman tak tau. Kita tak mampu menguasei ilmu Allah. Lagi banyak yang kita dah tau, lebih banyak lagi yang kita rase kita masih tak tau.

    Teman tengah nulih buku tentang teknologi penanaman nangke. Insyallah, teman akan tulih ape yang teman dah kumpoikan maklumat tentang tanaman nangke ni. Teman akan bagi tau juga satnike yang tak ade dalam buku, yang telah teman alami dalam urusan teman terlibat dalam aktiviti tanaman nangke ni.

    Tunggu le. Doakan teman sempat nak tulih sebelum Allah pisahkan ruh dari jasad teman.

    Wallah hu aklam.

Saturday, April 3, 2010

Nangka berbuah pisang



Ye bebeno sikit ni!!! Memang le kalau Allah nak sesuatu tu berlaku Dia cuma manyebut ‘Kun Fayakun…’ je, maka jadi le terus …



Teman kebetulan tau sikit sebanyak tentang nangka bio teman terangkan apa yang terjadi….


Penerangan teman ini berpandukan ilmu botani, atau dalam bahase kitanya memadai dengan kata ilmu tumbuh-tumbuhan.

Bunga buah nangka ni termasuk dalam kumpulan buah kompaun, atau orang p[utih kate, ‘multiple fruits’, di mana bunga-bunga dalam setangkai tu bergabung atau ‘fuse” menjadi seopah-olah sekuntum bunga je.

Setiap yang kita nampak seperti duri tu sebenonya adalah sekuntum bunga, Dengan lain perkataan sebiji nangka yang telah ranum atau masak tu sebenarnya adalah sejambak buah yang bergabung menjadi sebiji buah je.

Bunga nangka ni ada dua jenis, bunga jantan dan bunga betina. Kalau kita tak kenal tak apa, pokok nangka tu sendiri boleh kene, yang mana bunga jantan yang mana bunga betina. Dema dah cam, tak kan tersalah pilih, bunga jantan tak akan memilih ilih bunga jantan pulak.





Secara ringkas kalau nak kelai bunga betina, yang inilah yang akan jadi buah. Kebiasaannya tumbuh pada pangkal batang ataupun di pangkal dahan. Tankainya beso, dekan sebeso jari kelengking. Apabila bnga tu ‘anthesis’ ataupun bahasa kitanya balig ato cukup umo, kita nampak ada macam rambut putih tejongkat pada duri yang sedang membeso tu. Yang itu dikatakan ‘stigma”. Duri tu sebenonya apa yang ahli botani panggil ‘pistil’.

Kalau stigma ni dipersenyawakan, dia akan menjadi uleh nangka. Kalau tak di persenyawakan dia akan jadi jerami nangka.


Jadi, sebenonya, jerami nanggka tu adalah bunga nangka yang tak menjadi uleh atau tak menjadi isi nangka.

Kalau kita perhatikan bunga jantannya pulak, biasanya di ujun julai. Tangkaiya halus je, adele sebeso bilah gerapi. Waktu dia ‘balig’ kita akan nampak debu bewarna kuning. Ini dipanggil debunga atau cakap orang puteh. ‘pollen’. Ini sebenonya benih jantan, serupa dengan yang kita keluokan, ‘ayo mani’.

Dalam he nangka yang dikatakan berbuah pisang tu, sebenonya, tempat gabungan ataupun cantuman antara bunga tadi tidak berlaku dengan kemas. Bila buah membeso, tempat gabungan itu tadi tekeluo, tangge, dia tak lekat kuat.

Yang kita selalu nampak macam duri nangka tu, ataupun bahagian ‘pistil’ tu masih ada pada nenconot ulas, satu ulas satu ‘pistil’. Bila bahagian pistil tadi tu terlekat pada menconot ulas nangka tu, kita nampak macam buah pisang pulah. Menconot buah pisang tu sebenonya memang ‘pistil’nya le.

Jadi, yang macam tu kita dah keliru, kita sangkekan nanggka berbuah pisang pulak….




Alhamdulillah…. Teman dulu masa sekolah dulu tu teman menumpukan belajo sains, kalau tidak temanpun macam kebanyakan mengkome juga leeee…. Nangka berbuah pisang.