Showing posts with label soal jawab. Show all posts
Showing posts with label soal jawab. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

SOAL JAWAB PERTANIAN

Ruang ni teman tujukan khas untuk mereka-mereka yang ada masalah terutamanya yang nak molekan perusahaan dalam bidang pertanian.

Kalau soalan tu khusus tentang buah-buahan tropika, insyallah, teman boleh jawab secara langsung, kalau soalan pertanian yang am, insyallah teman boleh jawab juga, Tapi kalau soalan itu berkaitan dengan ternakan ke, perikanan ke, akuakultur ke, teman tak berape reti sangat. Insyallah teman akan bantu carikan dimana boleh mendapatkan jawapannya.

Sekarang ni nak dapatkan maklumat dah tak susah lagi. Kita boleh cari melalui internet atau pergi ke tempat dimana perusahaan tu telah dibuat. Organizasi yang sedia membantupun dah banyak, yang boleh kita tumpang berkongsi maklumat maupun pertolongan.

Matlamat kita supaya pengusaha-pengusaha terutama dari kalangan IKS, dapat bersedia dengan ilmu yang tinggi, mantap serta amat faham akan perusahaan yang akan diceburi nanti.

Dalam perindustrian hiliran di bidang pertanian, masih banyak lagi yang belum diterokai. Ramai orang tidak tahu khasiat dalam buah-buahan juga ada mengandungi bahan sepertimana yang terkandung dalam herba, malahan ada yang lebih baik lagi. Contohnya, kulit buah manggis.

Kepada IKS yang berminat, sebelum terlibat dalam sesuatu aktiviti pertanian, pastikan dada telah diisi dengan ilmu serta maklumat sebagai bekalan untuk menerajui dan menghadapi kemungkinan-kemungkinan dan kebarangkalian yang mungkin menjadi halangan anda untuk menuju ke mercu kejayaan.