Monday, August 30, 2010

Tabung DNA Untuk Selese Masalah Muang Bayi

Ape ke he nye negara kita ni.
Nak peronjang ape nak tubuhkan Tabung DNA pulak?
Se ceritakan sikit, dari sudut mana Tabung DNA ni dapat membantu menyelesekan masalah muang bayi ni. Pase tabung menabung ni teman ni benak sikit.

Tapi kalo pase DNA saje teman tau le. Tak le bodo sangat..... Teman dah belajo pase DNA ni sejak tahun 1960'an lagi.... Memang bidang temanpun, tapi teman tumpukan pada DNA pokok (Botani) je. Tapi bendanya serope je. Tau pase DNA pokok tau le juga pase DNA alam haiwan seperti manusia.

Kalo ade sesape nak tau dia tu keturunan beruk tungge ke boleh le dia gunakan kaedah menggunakan DNA ni.

DNA ni memang le macam cap jari, tapi dianya dah sampe perengkat molekular.

Melalui DNA ni kita boleh kesan secara sahih siapa dia mak bapak, sedare kandung, sedare se bapak ato se mak, tok nenek,,, Pendek kata, boleh kesan wareh-wareh dekat.

Malahan kalau DNA ni di buat kajian yang lebih mendalam lagi, kita juga boleh kesan keturunan kita ni dari bangsa afrika ke, bangsa arab ke ataupun sedare kita sebenonya dari keturunan orang asli Negrito yang masih dalam utan belentara tu.

Kalau ikutkan ilmu genetiks, sesiapa yang terlalu banyak bulu rume tu, rasanya pewarisan dia dengan beruk tungge tu masih terlalu dekat. Mungkin selang beberapa generasi je... Ce tanya tok nenek mengkome, kut-kut dema ingat!!!! Ataupun cube cek gambo-gambo lama, kut ada gambo-gambo lama terselit kat mana-mana ada gambo keturunan mengkome.

Dari segi ni kita kena balik ke AlQuran dan Hadis le. Ini le kelebihan saintis Muslim. Kalau saintis dari Barat, dema percaya bulat-bulat manusia ni berketurunan dari berok seperti yang disarankan oleh Darwin dalam 'theori of evolution'.

Tapi mase teman belajo di US dulu tu, bila sampe ke soalan tentang keturunan manusia, teman jawab macam dema ajo teman le. Tapi teman jawab tu berlapik le. Teman tak jawab terus manusia ni dari keturunan berok, tapi teman kata,' menggikut Darwin, manusia ni berketurunan dari berok.... lepeh tu baru teman huraikan seperti yang dema ajo pada teman. Teman tak sebut le kalau mengikut Alquran dan Hadis, manusia ni di jadikan istimewa oleh Allah untuk menjadi khalifah di bumi ni...

Temanpun cuak juga nak beri jawapan yang bertentangan dengan ape yang dema ajo. Takut di 'fail' dek dema... Nanya je teman nanti balik Malaysia dengan tangan kosong je... Tapi alhamdulillah.... jawapan yang teman beri tu sentiasa memuehkan profesor teman. Markah tak ponoh jatuh leee.

Apa yang sahih, keturunan kita bukan le dari beruk atau monyet. Kalau adapun mungkin dari keturunan orang-orang Yahudi yang disumpah menjadi beruk bila tak mau pergi Sembayang Sabtu..... (Dema ni sembahyang hari Sabtu, bukan hari Jumaat macam umat Islam), Cerita ni berlaku di zaman nabi mana ke, teman dah tak ingat, rasanya Nabi Allah Musa, masa dia nak mencari Nabi Allah Hedzir... Teman tak pasti ....

Nak dapat DNA ni pun senang sangat. Boleh ambik dari rambut, dari kuku, dari darah, dari kulit... apa saja bahagian biologi seseorang.... Dari najis dan ayo kencinpun boleh juga...

Ataupun ada setengah manusia tu dia simpan ayo mani dia untuk kegunaan 'di suatu masa akan datang.....'

Contohnya masa muda dia tak nak kawin. Dia simpan ayo mani dia dalam tabung DNA ni. Bila umo dia dah sampe 70 tahun baru dia tepikio nak kawin.

Pada masa itu si 'Awang'nyapun dah tak mau bangkit lagi.... Boleh le dia gunakan ayo mani yang dia simpan tu dulu dengan menggunakan kaedah 'Permanian Berhadas' atau Artificial Insemination (AI)' untuk mengandungkan isteri dia. Ataupun ambik keluokan 'ovum' atau telor dari isterinya dan lakukan persenyawaan di luar rahim kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim isteri. Senang cerita melalui teknik tabung uji le. Test tube.

(Orang Melayu ni rata-rata silap banyak. Mengkome menganggap orang jantan yang betelo. Sebenonya orang betina yang betelo, bukannya orang jantan. )

Sebenonya temanpun tak nampak sangat le apa kebaikan tubuhkan tabung DNA ni, untuk tujuan mengatasi orang muang bayi ni. Cuma, kalau penjenayah tu tertangkap, dia pulak tak mengaku dia yang buat, kemudian bila di ambik DNA dari dia dan di bandingkan dengan DNA bayi tu, dan ada tanda-tanda keserupaan, baru le kita boleh dakwa penjenayah tu dengan menggunakan bukti yang lebih kukuh dan tak boleh disangkal lagi....

Ini termasuk le kalau ada beberapa orang 'bapak' yang tumpang berkaki-kaki. Dengan mengunakan kaedah DNA ni, kita boleh pastikan dan cam 'tanpa was-was' dari siapa ayo mani yang menjadi 'bapak' pada bayi tu.

Sebaliknya, Tabung DNA ni boleh dimanfaatkan oleh setengah-setengah manusia yang berkepentingan...

Malahan di barat sudah ada tabung DNA untuk menyimpan ayo mani, terutama di kalangan artis-artis di sana. Dema memasarkan ayo mani dema dengn harga yang amat mahal. Laku pulak tu.

Tau aje le kat barat tu bukan ada panduan hale/haram. Rame anak dare tua (tak pasti le dema ni masih ada dare ke lagi tak ade ke!!!) yang tak bersuami. Dia nak anak hansom macam artis tu. Glamor. Jadi dema ni sanggup beli ayo mani dari tabung DNA ni. Lucrative business laa...'

Ada juga orang-kaya, yang terlalu banyak duit dah tak tau nak buat apa dengan duit dema. Dema ni menyimpan ayo mani dema kat tabong ni. Tak tau le untuk nak buat apa.

Ada pulak dema ni yang pergi setapak lagi lebih jauh.... Dema 'klon' diri dema sendiri.... Yang nengonya, yang berjaya pada manusia tu tak ponah nengo le lagi, tapi pada kambing bebiri tu dah ada le. Ingat tak yang hebuh lebih kurang 7-8 tahun dulu tentang anak kambing yang dema gelo 'Dolly'? Yang itu cerita' klon' lee, tapi itu pada kambin bebiri, bukan pada manusia. Dema 'klon' diri mereka tu konon-kononnya dia cipta diri dia lagi sorang untuk mewarisi harta dema tu.


Pase sekolah khas untuk anak sekolah yang 'termengandung' tu pun macam perbuatan orang 'GOLF' - 'Gejala Orang Lemah Fikiran'. Ini macam kita menggalakkan perbuatan zina dikalangan bebudak remaja yang masih bersekolah. Apa nak digaduhkan, kalau 'termengandung', ada tempat nak pergi.... Percuma pulak tu.

Patutnya dema selesekan punca masalah tu, bukan selesekan buah penyudah...

Ini serupa le dengan cerita sorang Menteri suatu ketika dulu yang memberikan kondom secara percuma untuk mengatasi penyakit AID. Menteri tu kita boleh terima le hakikatnya dia ni bukan orang muslim. Tapi bangkang tetap bangkang, sebab ianya bertentangan dengan Syariah Islam. Malahan Menteri itu sendiripun kena tangkap gambonya sedang berasmara dengan pasangannya yang luo nikah.... Teman tak kose nak sebut mana menteri tu.... Sekarang ni pulak bekeh menteri tu dah jadi Presiden salah satu pati politik....

Bila negara kita ni diperentah oleh orang-orang macam ni, habih tonggang langggang le negara kita.... Muh kita bedoa le... Mintak selamatkan negara kita ni dari di timpa bencana....Wallah-huaklam....

4 comments:

  1. Salam,
    Aje ngan ye yop ape yang mike labunkan tu. Caghe yang terbaik penyeleseinye hei muang bayini adalah kembali kepade Al-Quran, tapi deme-deme tu tak beghape nak nengor nohin je, tunggu le bale daghi tuhan. Yang tak sedapnye kite sekali dapat sahamnye..
    Ate anu pulak, yang teman tak faham tentang kesah Awang yang mike sebuttu, awang yang mane satu ni, keh....keh...keh...

    ReplyDelete
  2. Jenuh teman nak cari name yg sesuai. Tak jumpe. Lama tadi teman teringat mase teman kekecik dulu waktu teman di Rambe 7. Mase tu rame orang luo datang ke situ ncari koje. Di Rambai tujuh tu masa tu moncah beno. Bendang ada kebun getah ada. Nak cari dagin dema pergi kutan, nyuloh.

    Tak pernah miss, sekurang-kurangnya mesti dapat bawak balik seko pelanduk. Tak pun kijang, kuang, denak,.... Macam-macam.

    Kengkadang tu dema nongkak Bukit Keledang (terowong Menora sekarang ni), turun-turun belah sana bukit tu dah sampe ke Jelapang. Dema meli bebaran runcit, kopi gula, garam, minyak nyo, benda-benda macam tu le. Bereh tak payah beli dema ada bendang.

    Di Rambe 7 tu kalau ada sesape yang baru datang, yang belum kene sangat lagi dema gelo 'awang' je. Macam-macam awang ada kat situ.

    Yang badan kecik dema pangge awang kecik. Yang tinggi dema pangge awang tinjo. Ada sorang tu ada tahi lalat antara dua keninnya. Macam orang India selalu buat tanda di dahi tu. Yang ini dema gelo awang nandek.

    Pande je dema ngelonya.

    Jadi temanpun gelo le 'budak kecik' kita tu si Awang je. Nak gelo 'Mamat', takut member kita kat Seri Iskandar tu tesenggong pulak....

    ReplyDelete
  3. Prof kata:
    Patutnya dema selesekan punca masalah tu, bukan selesekan buah penyudah...

    Awak kata:
    Beno sangat ape yang Prof kata tu, awok sokong bebeno.

    ReplyDelete
  4. Bahan belabun sesame kita je le. Dema bukan nak nengo cakap kita. Bebuih mulutpun dema muat nohin je....

    Bila ditego dema nyadin je, bila tak di tego, lubang libu pulak rasanya...

    Care dema muat tu macam codek sanggat. Bila nengo ada benda baru je terus nak implement. Tak payah nak usul pereksa lagi. Pandangan pakarujuk tempatan tak terima. Yo dema upah pakarujuk dari luo. Betui ke salah ke dema tak peduli. Yang penting ambik pakarujuk dari luo negara...

    ReplyDelete