Wednesday, June 30, 2010

Pengorbanan Mak Teman sebagai Ibu Mithali...

Bebaru ni mak teman dapat anuggerah 'Ibu Mithali'.
Bila teman dah beso panjang ni, dan ada anak sendiri, dah dapat menantu, teman baru dapat bayangkan bagaimana sengsaranya mak teman mendidik, membesokan anak-anaknya yang 9 orang, supaya menjadi 'orang'.

Berbeza dengan menternak orang. Kalau menternak ni cuma bagi makan, minum, belikan baju, seluo, kain, bagi duit untuk belanja. Tapi kalau naj menjaga sampe menjadi orang, kena masukkan ajaran kerohanian, sofan santun, budi bahasa, bertimbang rasa, menghormati orang tua dan sebagainya.

Kalau menternak orang, silap-silap jadi beruang...

Mengikut apa yang dia cerita, dia kawin masa umo 13 tahun. Pada masa itu dia dah temasuk dalam gulongan 'tak laku' atau istilah orang sekarang ni 'andartu'. Pada masa itu kebanyakan anak dara kawin pada umor 10-12 tahun.

Maknanya kalau ikutkan standard orang sekarang ni belum masuk sekolah menengah lagi. Agaknya, kencingpun tak lurus lagi... masih mereco-reco kat peha lagi...

Tok teman dulu tu kalau standard orang kampung, dah termasuk dalam gulongan 'orang berada', jadi orang agak takut nat nekat dia. Apa lagi nak minang anak dia. Adik mak teman, Mak Cik Jeriahpun lewat nikah juga. Dah 17 tahun baru kawin.

Masa mak teman beranakkan teman, umor dia dah 17 tahun. Dalam masa 22 tahun selepas teman jadi, mak teman dapat 9 orang lagi, dan seorang 'simpan' - lahir waktu 7 bulan mengandung, tak cukup umor. Jadi teman ada 8 orang aje adik. Setiap sorang tu jarak lebih kurang 2-3 tahun.

Teman ingat adik teman yang simpan tu. Masa teman nak pergi sekolah pagi tu , pah teman tunjukkan dia pada teman. Dia kecik je. Masa tu adik teman tu berbalut dengan kail pelikat apak teman. Pah teman bukakan kain pelekat tu nak tunjukkan 'burung' dia pada teman.

Adik teman lelaki. Ini adik teman yang ke 4

Pah teman cakap, ' ini adik yeop yang baru....' Pah teman membahasakan teman 'yeop' sebagai abang tua.

'Tapi yeop tak boleh jaga dia. Tak boleh main dengan dia....'

Dalam kepala teman ketika itu tak boleh main tu tak apalah ... tunggu dia besar je...sebab adik teman tu kecik lagi....

Kat sekolah ari tu, teman rasa seronok sangat sebab dapat adek baru. Kalau boleh tu teman nak balik cepat-cepat. Masa tu teman tak faham lagi yang sebenonya adek teman tu di lahirkan tidak bernyawa...

Bila balik dari sekolah, teman teruih betanya pada mak teman, mana dia adik baru....

Teman nampak dia pandang kelain je... nampak linangan air mata dia.... Lepeh tu, pah teman tarik tangan teman pergi ke dapor... dia juga berlenang air mata....

Dalam lenangan air mata pah teman bagi tau,'...pagi tadi kan pah dah bagi tau yeop tak boleh main dengan dia?... Teman mengangguk je dalam kebingongan...

'Adik yeop dah mati....', pah teman bagi tau direct to the point.'Dah di tanam dah...'

Baru le teman tau kenapa mak teman mengalirkan air mata...kenapa pah teman juga mengalirkan air mata...'. Temanpun turut serta mengalirkan air mata....

Itulah kasih ibu pada anaknya. Walaupun belum pernah menjaganya, namun kasih sayang antara dua insan yang bernama ibu dan anak telah terjalin erat...

Sebenonya teman tak tau mak teman dah beranak. Malam, sebelum tidur, nampak biase je. Cuma, pada malam tu apak teman yang hidangkan makan. Mak teman baring je ateh tilam.

Kami tak ada katil, semua anak beranak tidur atas lantai je. Bilikpun tak ada. Bahagian tempat tidur tu berlantaikan papan, tapi bahagian dapur, berlantaikan batang pinang yang dibelah lapan. Bahagian dapur untuk memasak dan membasuh pinggan mangkuk, lantainya di buat dari buluh di belah 4.

Itulah senario romah teman waktu tu. Rumah tu berkeadaan macam tu sampe teman tingkatan 3.

Semase teman tingkatan 3 tu apak teman berpeluang dapat beli rumah jiran. Dia jual RM500 je. Itupun bersengkang biji mata apak teman nak meli rumah tu dulu.

Yang meruntuh dan membena semula rumah kayu tu ialah Pak Wok, apak kawan teman yang teman cerita dulu tu, Osman Dahari.

(Nama sebeno Pak Wok tu Dahari, Wok tu gelaran nama manja bagi seseorang yang amat disayangi. Lain-lain nama manja termasuk le Wah, Intan, Payong dll.)

Suatu hari lebih kurang bulan Mac, teman di suruh oleh guru kelas teman dapatkan RM15/ untuk bayaran peperiksaan LCE (Lower Certificate of Education). Sekiranya teman tak boleh bayar RM15 tu teman tidak dibenarkan ambik pereksa.

Zaman sekarang ni LCE tu sama le dengan pereksa PMR (Peperiksaan Menengah Rendah), atau sebelum tu dikenali dengan nama SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Teman pinjam basikal kawan, untuk balik ke kampung. Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih sikit.

Sampe di rumah, ketika itu Pak Wok sedang bertukang membena semula rumah teman. Bila teman kabokan pada apak teman, cik gu nak RM15/ tu, dia berpandang-pandang dengan Pak Wok.

Kata apak teman, 'apak ada RM15 tu, tapi apak nak mayo Pak Wok. Minggu sudah Pak Wok dah pesan....'

Pak wok yang pada masa itu ada di atas kaso bumbuung rumah yang sedang di bena tu menyahut, 'Mike bagikan le pada dia dulu.... Kalau tidak dia tak dapat ambik pereksa pulak....'

Pada masa itu teman tak faham apa pengurbanan Pak Wok Pada teman.

Sekarang ni baru le teman tepikio. Apa kata kalau wang RM15 tu dulu diperlukan oleh Pak Wok untuk beli beras, untuk keluarganya? Apa kata kalau wang itulah juga yang diperlukan untuk sesuatu amat penting?

Itulah pengorbanan Pak Wok pada teman....

Tapi Alhamdullillah, di saat kematian Pak Wok, teman sempat meluangkan masa untuk menjengok mayat beliau. Memang ada terukir satu senyuman di wajah Pak Wok.

Bila result LCE teman keluar, teman dapat le dua tiga mata 'A' , tapi teman gagal dalam bahasa Inggeris. Maknanya nanti bila teman tingkatan 5, atau pada masa itu dikenali juga dengan darjah 9, walau bagaimana baguih result yang teman dapat, teman cuma akan diberikan sijil MCE (Malaysian School Certificate), yang laku di Malaysia je.

Tak ada peluang le nak ngaji di Englan.

Pada ketika itu kalau lulus bahasa Inggeris, dua sijil akan ditawarkan serentak, dengan cuma mengambil sattu peperiksaan je. Satu lagi sijil di kenali sebagai SC 'O' level (School Certificate 'ordinary' Level. Sijil SC ini laku untuk melanjutkan pelajaran di England.

Dah panjang dah ni. Tak jadi teman nak cerita pase mak teman. Nanti teman sambung lain kali je.



Wednesday, June 23, 2010

Jemputan Walimatul-urus


Assalamualaikun kepada semua sahabat dan taulan, sedare mare, anak-anak buah, guru-guru yang pernah dan sedang mengajar di SKM, bekas-bekas murid serta yang sedang belajar di SKM.

Saya menjempunt semua sahabat dan taulan members semua ke majlis perkahwinan anak saya, Idham Mursyidi dan pasangannya Azhana Sharim:

Tarikh: 26hb Jun 2010 bersamaan 13 hb Rejab 1431h, hari Sabtu

Waktu Jamuan: 12.00th - 6.00pm

Alamat: 154 Persiaran Seksyen 3/11

Bandar Putra Bertam,

13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

No tel (h/p) 0124850246


Mintak habokan pada kengkawan. Pepakat datang rerame.

Kehadiran kalian amat di alu-alukan


Terima kasih.


Zainal Abidin Aziz