Tuesday, April 6, 2010

BUAH-BUAHAN TROPIKA..

Belimbing.
Ada orang tanye pade teman, bagaimana potensi tanaman belimbing di Malaysia.
Teman kata, kita di Malaysia ni amat bertuah, kerana kultivar belimbiang yang kita ada adalah yang terbaik di dunia.

Kehendak-kehendak manusia ni berbeza antara lidah orang Europah dan lidah orang Asia. Orang Asia sukakan buah yang manis dan ranggup, manakala orang-orang europah lebih suka pada buah yang masam sedikit.

Kita ada kultivar belimbing yang dapat memenuhi kedua-dua cita rasa orang-orang di Europah dan Asia ini. Kultivar B 17 yang rasanya amat manis, amat sesuai untuk orang-orang di Asia seperti Singapura, Jepun, Hong Kong, Cina, Korea, Thailand, Indonesia dll, manakala kultivar B 10 yang rasanya masam sedikit amat sesuai untuk orang-orang Europah.

Belimbing adalah antara pilihan tanaman yang baik untuk diusahakan. Ia boleh diuruskan supaya memberi pulangan yang berterusan sepanjang tahun. Walaupun belimbing boleh dikategorikan sebagai buahan bermusim, tapi sudah ada teknologi untuk kita menghasilkan buah belimbing sepanjang tahun.

Untuk tujuan ini, keluasan kawasan perusahaan harus antara 20 ekar atau lebih. Plot di bahagi kepada sekurang-kurangnya 4 plot (5 ekar satu plot) dan setiap plot di aruh untuk berbunga selang sebulan.

Ini bermakna, plot 1 di aruh untuk berbunga pada bulan pertama, plot 2 untuk bulan kedua, plot 3 untuk bulan ke 3, plot 4 untuk bulan ke empat. Seterusnya, untuk bulan ke 5, di aruh kembali plot yang pertama, yang ketika itu sudahpun di tuai buahnya.

Adalah lebih baik kalau kawasan perusahaan dapat diperbesarkan kepada lebih luas dan kawasan dibahagi kepada 5 atau 6 plot, memberikan ruang masa selama 1-2 bulan untuk pokok pulih dari tekanan (stress) setelah berbuah dan di tuai, sebelum diaruh sekali lagi untuk berbunga.

Ataupun , kurangkan keluasan kawasan plot dari 5 ekar kepada 3-4 ekar sahaja untuk setiap plot, dan seluruh kawasan di bahagi kepada 5-6 plot.


Untuk pembungaan, pokok belimbing amat bergantung pada pangkiasan, pembajaan dan pengairan. Pangkasan juga dapat mengaruh pokok belimbing berbunga serentak. Ini amat berguna untuk tanaman belimbing secara komerrsial, kerana ia dapat memudahkan penuaian buah, apabila semua buah matang atau masak dalam masa yang serentak.

Sekiranya buah masak berperingkat-peringkat di pokok yang sama, ia akan menyukarkan penuaian, disamping kutipan hasil buah yang sedikit pada setiap pusingan penuaian. Pengusaha juga harus menggunakan pekerja memetik buah berkali-kali di pokok yang sama.

Cara ini akan meurunkan keefisienan penggunaan tenaga kerja.

Latihan dan pangkasan pokok belimbing boleh dimulakan se awal 3 bulan selepas menanam di mana dahan-dahan di pangkal pokok dicantas. Waktu umor pokok sekitar 6-8 bulan (bergantung kepada penjaggaan) seharusnya batang pokok dipangkias setinggi 1.5 - 2.5 kaki dan membiarkan dahan terbentuk di paras tersebut, dilentur supaya rending, agar dapat memudahkan pengurusan untuk membalut serta memetik buah.

Memadai setiap pokok mempunyai 3-4 dahan utama sahaja.

Sebagai panduan, pangkasan harus menghasilkan pokok yang tidak terlalu rendah (nanti patah pinggang pekerja) ataupun terlalu tingi (nanti patah tengkok pulak). Ketinggian yang baik hanya sekitar 4-6 kaki sahaja.

Pokok seeloknya dilatih untuk berbuah sekitar 8-10 bulan dan tuaian dibuat sekitar 2 bulan kemudian.


Setiap dahan untuk pokok yang berumor 2-3 tahun dibiarkan
hanya lebih kurang 8-10 biji sahaja, bererti hanya sekitar 30-40 biji sahaja (8-10 x 3-4 dahan) sepokok semusim. Ini bererti, setiap pokok akan dapat menghasilkan tuaian sekitar 8-10 kg per pokok. Satu ekar kawasan boleh ditanam antara 300-360 pokok, bergantung pada jarak tanaman.

Kalau terlalu banyak dahan, terlalu banyak buah, kualiti buah akan menurun. Harga ladang hanya akan dibayar sekadar 50-70 sen sahaja. Badan penat, kos membalut meningkat, pulangan tarak!!!!

Angaran produk satu ekar dengan andaian di atas adalah sekitar 3000- 3600kg per ekar. Harga ladang buah belimbing adalah lebih kurang RM1.20-1.50/kg, memberikan pulangan sekitar RM3600 – 5200 seekar semusim (4 bulan). Walau bagaimanapun sekirnya anda menjual sendiri buah yang dihasilkan harga runcit adalah sekitar RM3.60-4.00/kg. Manakala harga untuk diekspot akan mencecah 3-4 kali lebih tinggi dari harga tempatan.

Tahun demi tahun, pokok bertambah besar dan hasil akan kian bertambah.

Sekiranya tidak berkeupayan untuk memdapatkan kawasan tanaman sekitar 20-30 ekar, adalah disarankan beberapa petani bersatu dan mengusahakan dalam satu kelompok yang dapat mengumpulkan keluasan kawasan sekitar 20-30 ekar. Harus ada pemuafakatan, siapa yang akan mengaruh pembungaan di bulan berapa, supaya hasil produk ladang dapat memberikan kesinambungan, menghasilkan buah setiap bulan.

Pemuafakatan ini akan memberikan tambah nilai dari segi skala ekonomi penggunaan peralatan seperti pam air, peralatan kawalan rumpai, kawalan lalat buah, malahan memungkinkan perkongsian penggunaan pekerja juga.

Di samping itu, masalah pemasaran juga dapat diatasi. Oleh kerana peraih atau pembeli mendapat kepastian bekalan yang berterusan, mereka tidak akan mencari unsur yang lain untuk mendapatkan jaminan bekalan yang berterusan dan berkepastian.

zaa.




No comments:

Post a Comment