Tuesday, April 6, 2010

SOAL JAWAB PERTANIAN

Ruang ni teman tujukan khas untuk mereka-mereka yang ada masalah terutamanya yang nak molekan perusahaan dalam bidang pertanian.

Kalau soalan tu khusus tentang buah-buahan tropika, insyallah, teman boleh jawab secara langsung, kalau soalan pertanian yang am, insyallah teman boleh jawab juga, Tapi kalau soalan itu berkaitan dengan ternakan ke, perikanan ke, akuakultur ke, teman tak berape reti sangat. Insyallah teman akan bantu carikan dimana boleh mendapatkan jawapannya.

Sekarang ni nak dapatkan maklumat dah tak susah lagi. Kita boleh cari melalui internet atau pergi ke tempat dimana perusahaan tu telah dibuat. Organizasi yang sedia membantupun dah banyak, yang boleh kita tumpang berkongsi maklumat maupun pertolongan.

Matlamat kita supaya pengusaha-pengusaha terutama dari kalangan IKS, dapat bersedia dengan ilmu yang tinggi, mantap serta amat faham akan perusahaan yang akan diceburi nanti.

Dalam perindustrian hiliran di bidang pertanian, masih banyak lagi yang belum diterokai. Ramai orang tidak tahu khasiat dalam buah-buahan juga ada mengandungi bahan sepertimana yang terkandung dalam herba, malahan ada yang lebih baik lagi. Contohnya, kulit buah manggis.

Kepada IKS yang berminat, sebelum terlibat dalam sesuatu aktiviti pertanian, pastikan dada telah diisi dengan ilmu serta maklumat sebagai bekalan untuk menerajui dan menghadapi kemungkinan-kemungkinan dan kebarangkalian yang mungkin menjadi halangan anda untuk menuju ke mercu kejayaan.

9 comments:

  1. Apa rahsia nak bagi nangka tak berjerami?

    ReplyDelete
  2. Jerami tu sebenonya dari sudut botani, adalah bunga betina yang tak menjadi uleh disebabkan tidak dipersenyawakan.

    Kalau kita tengok ada nanggka yang berbonggoi-bonggoi, tempat yang monjoi tu ada isi didalamnya. Itu adalah bahagian bunga betina yang telah di persenyawakan. Tempat yang mendap kedalam tu memang tak ada isi. Itu tempat di mana bunga betinanya tak dipersenyawakan mase dia tengah 'baliq'.

    Kalau ayam jantan orang tempat kita pangge ayam jalio.... maknenya dah mula nak naik angau....

    Nak elakkan buah nangka tu banyak jerami, kena rajin jadi agen pendebungaan.... macam orang buat kat kelapa sawit tu.

    ReplyDelete
  3. salam ayah yeop

    pokok yg patut berbunge tp tak pernah berbunga baja jenis apa yg patut kiter sembor

    ReplyDelete
  4. Pokok tak bebunga ni aba beberapa sebab.

    1. Peka pada panjang waktu siang ataupun malam. Orang puteh kata day sensitive plant, sama ada memerlukan waktu siang lebih dari 12 jam ataupun perlu malam panjang dari 12 jam. Kalo perlu siang lebih panjang, senang je ngubatnya. pasang lampu lepeh senja ataupun sebelum waktu subuh mun 2-4 jam, jadikan seolah-olah waktu siangnya menjadi 14-16 jam. Ini maknenya kita nipu pokok tu le... Mujo pokok tak marah kite nipu dia. Kalau tidak, kalo dihempoknya dengan dahannya, naeh kita... Contoh pokok jenis ini pokok mempelam yang diimpot dari pakistan atau india.

    2. Setengah pokok perlukan stress. Contoh, mangga perlukan musim kemaro. pase itu Perlis sesuai sangat tanam mangga, sebab dia ada musim kemaro yangg panjang.

    3. setengah pokok perlukan musim sejuk sampe daun semua habih luruh. conton Anggor. Pase itu le kalao nak kan pokok angggo bebuah kita kena guntin semua daunnya dan biokan dia tumbuh daun baru. Baru dia bebung. Inipun kita nipu pokok juga. Pokok anggo tu nyanggkakan dauh dah tak ade ni mesti dah sampe musim sejuk macam kat kawasan mediterranian tu ataupun kat Cheing Mai!!! Tapi mengkome nak nipu tu bio pepatut...

    Baja kalo nakkan bebunga tu Nitrogen kena cukup, jangan belebih, nanti mabuk pokok pulak.

    Teman tak boleh nak nulih pepanjang di ruang ni. Komputer tak terima. Nanti teman tulih di tempat lain.

    ReplyDelete
  5. salam Ayah Yeop.Comment ayoh yeop pada April 6, 2010 12:13 PM

    "Nak elakkan buah nangka tu banyak jerami, kena rajin jadi agen pendebungaan.... macam orang buat kat kelapa sawit tu"

    boleh ayah yeop terangkan saiz putik nangka yg sesuai utk pendebungaan?.Adakah aktiviti ini akan mempengaruhi saiz buah selain pembajaan yg cukup?

    ReplyDelete
  6. En Fairuz,
    waktu sesuai untuk melakukan pendebungaan:

    1. Bunga betina - ketika terdapat jejari halus bewarna putih pada putik nangka. Jejari itu sebenanya adalah bahagian stigma putik, di mana debunga akan 'mendarat' dan seterusnya ia akan cambah dan menghantar kromosom dari debunga yang cambah tadi ke ova ataupun 'telur' bunga betina untuk dipersenyawakan. Setelah dipersenyawakan sel tersebut akan mnjadi embrio. Bahagian ova akan menjadi biji manakala ovari akan menjadi ulas yang kita makan tu.

    2. Bunga jantan - Ketika permukaan bunga jantan seolah-olah diselaputi debu-debu warna kekuningan. Sebenarnya warna kekuningan itu adalah debunga yang akan mendebunga bunga betina. Debunga ini apabila matang akan menjadi debu bewarna kekuningan. Akan terbang di tiup angin dan akan 'mendarat' di permukaan stigma bunga betina dan seterusnya akan mempersenyawakan ova atau 'telur' bunga betina dan kemudiannya akan menjadi ulas dan biji dalam buah

    Pada ketika-ketika ini kedua-dua bunga, jantan dan betina adalah dalam keadaan siap sedia untuk menjalani proses pendebungaan.

    ReplyDelete
  7. Assalam Uncle Yeop,

    Pokok Nagka saya kena serangan kulat, boleh cadangkan tak, racun kulat yang boleh disemburkan dan cara mengatasi.

    Kalau yeop boleh email saya private di muhamad1888@gmail.com pun boleh

    berharap yeop dapat memabantu saya. terima kasih yeop.

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum Ayah Yeop,
    Pokok jambu saya dah pernah berbuah sekali. Itu pon yang jadi hanya sebiji. Lepas tu dia mogok sampai hari ni , berbunga kemudian gugur. Tu lah dia. Macam mana nak bagi bunga lekat dan terus berbuah.
    Jazakallah.
    Zyed

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. boleh bertanya tentang baja kambing yg telah diproses. Selepas diletak 3 atau 4 ketul baja... saya lihat pokok² tu macam nak mati. Terlalu panas ka!!!!

    ReplyDelete