Tuesday, April 6, 2010

MASA MEMUDA

Tahun 1973 tahun teman berangkat ke US. Bulan Disember. Pertama kali naik kapal terbang.

Nak cerita tentang kebodohan/kejahilan teman. Sewaktu teman masih kat sekolah menengah, teman ingatkan naik kapal terbang tu kita bercelapak je kat badan kapal terbang tu. Kaki terjuntai kebawah.

Teman bayangkan macam kita naik rakit batang pisang ketika mandi kat sungai perak.

Waktu itu teman cuma nampak kapal terbang di udara. Nampak kecik je. Tak pernah tengok bila kapal terbang tu turun kat airport.

Mana nat tengok kapal terbang, pergi airport pun tak ponah.

Tanggapan begini terbawak-bawak hingga le teman kat Kolej Pertanian. (betapa jahenya teman ketika itu). Masa tu dah ada iklan naik kapal terbang. So terbukalah sikit minda…. Dapat bayangkan dah kita duduk dalam kapal terbang, macam dalam bas, bukan celapak kat atas kapal terbang….

Teman bertolak dari Subang hari isnin malam, sampai esok pagi kat Hong Kong hari selasa. Malam itu juga, malam selasa, beranggkat ke Tokyo dan sampai pagi esoknya.

Tau apa jadi? Bila sampai ke Tokyo masih pagi selasa lagi….

Aai, macam israk mikraj pulak.

Memang dalam tiket tu tertulis bertolak petang selasa dari Hong Kong dan sampai pagi selasa kat Tokyo, tapi teman buat tak peduli je, mungkin salah taip. Rope-ropenya betul… Sampai pagi Selasa. Memang tak diterima akal.

Ingat cerita ’round the world in 80 days’ tak? Macam mana dia ingatkan dia dah kalah pertaruhannya?

Bila kita melintasi garisan tarikh antarabangsa (International Date Line), dari arah barat ke timur, kita akan untung sehari.

Tapi kalau kita melintas dari timur ke barat, kita hilang sehari. Umpamanya kita bertolak dari San Francisco ke Hong Kong, pada hari isnin. Sampai Hong Kong pada hari rabu. Kita hilang hari selasa, walaupun penerbangannya hanya sekitar 16-17 jam je.

Dari Tokyo, teman ke San Francisco. Orang sana sebut SF je. Macam Kuala Lumpur sebut KL je.

Dari SF ke Dallas, tempat President Bush dulu tu. Transit dari situ ke Baton Rouge, di Louisiana. Teman mengaji kat Louisiana State Univerrsity (LSU) selama lebih 4 tahun, Lebih lama dari bersekolah kat SKM.

Masa buat BSc kat LSU, teman pulun betul-betul, teman habiskan dalam masa 2 tahun je. Budak-budak Amerika biasanya buat BSc dalam masa 4 tahun. Cuma teruk le sikit. Orang cuti Summer time, teman masih merengkut berkuliah dan kat library. Tapi, hasilnya ‘berbaloi-baloi!!!. Teman dapat hampir semua ‘A’ . ‘B’ ada le sikit-sikit. Temanpun tak sangka teman boleh buat macam tu.

Tapi sebenonya, kat LSU dulu tu, kalau ada pelajar Malaysia dalam department tu, mesti budak Malaysia yang jadi best student. Tapi ialah…. Malaysia pun ketika itu hantar semua top-top students je.

Bayangkan, nak hantar sorang pelajar ke Ameraka, kos nya hampir RM100,000 setahun, hampir 10 orang pelajar kat universiti tempatan untuk 3 tahun. Ketika itu hanya sekitar RM6000 je kos bagi seorang pelajar di Universiti tempatan hingga tamat kursus, dalam masa tiga tahun.

Masa itu ada Univ Malaya, Univ. Kebangsaan dan Univ Sains je kat Malaysia ni. UPMpun belum ada lagi. Ketika itu masih Kolej Pertanian Malaya lagi.

Kitapun (pelajar-pelajar Malaysia) pakat-pakat pulun belaka. Tak mau kecewakan kerajaan kita. Tak mau kecewakan mak bapak kat kampung.

Belajar di luar negeri ni best. Semua kerajaan tangggung. Beli seluar dalampun kerajaan tanggung. Kot, baju tebal (winter clothing) tai, kemeja, tali pinggang…pendek kata semualah… Beli buku kerajaan tangggung semua.

Pada ketika itu teman dan kawan-kawan dari Malaysia diberikan US$300.00 sorang. Moncah. Memang moncah.

Teman beli kereta sebiji. Harga cuma US$800.00 je. Kereta baru berumor setahun. Teman beli di lelong kereta polis. Polis pake kereta setahun je, lepas tu dia lelong kereta tu.

Power dia, huhhhh…tekan minyak sikit je, mencicit larinya. Kereta polis Amerikalah katakan…..

Tapi tu dia minyak, heropnya bebeno, 8 batu je segelen. Tapi harga minyak ketika itu cuma US 25 Sen je.

Kereta beso. Bila belunjo, kita duduk belah dereba, ujong kaki tak sampai lagi ke pintu belah passenger. Tu nak ceritakan betapa lebonya kereta Amerika ketika itu.

Bila teman nak balik, ada member bekenan kereta teman. Dia bayo US$ 800.00 juga… Teman tak tanya dua kali lee…

Kalau kenangkan tu semua, memang enjoy.

Tapi kat adek-adek teman kat Malaysia, teman tak lupa. Nyemedang je teman kirimkan sekepin dua duit Amerika.

Teman anto US$50, kat sini dah dapat dekat RM200… moncah beno le…. Baju T-Shirt LSU, teman anto belaka.

Ada beberapa kali teman telepon kat Malaysia. Nak cakap dengan mak teman. Tau di mana tempatnya?

Ingat tak kedai Abun, bawah tebin tu dulu? Kat situ le teman telepon. Teman kira le berapa jam perbezaan antara waktu Malaysia dengan waktu Amerika. Tu teman kabo le suruh nanti jam berapa-jam berapa waktu malaysia di kedai Abun tu.

Waktu itu tulis surat je. Tak ada email lagi. Lebih kurang dua minggu sebelum teman nak telepon tu, teman tulis surat dulu suruh siap-siap.

Abun ni pun macam dah peham sanggat. Dia tak bagi sapepun guna teleponnya waktu itu. Kalau ada orang pangggilpun dia kata, panggil kemudian, dia sebuk sekarang.

Cina kedai tu pun seronok beno apak teman gunakan telepon dia.

Dia cakap pada orang lain,’ ini olang melayu kampong banyak pandai… Ata anak baca Amelika…’ Sayapun tata anak baca sampai amelika….

Bapak teman cerita, ‘rasa mengepak rasanya…’ bila Abun cakap pada orang lain macam tu. Seronok dia anaknya lepeh ke amerika.

Walau macam manapun, teman harap ada le puak-puak kebelakangan ni sampe ke tempat teman belajo dulu tu.

Nanti teman cerita yang lain pulak.

2 comments:

  1. Salam, syabaaaas, dah lame nunggu nangka tak gugur2 lagi. Masa berputik kabo, bila tanya dah masak ke? jawabnye baru je habis...
    Teman ada sepokok (1) sahaja. Mike nak tengok nanti teman tangkap gambonye, mike teropong apa kenenye pokok teman tu..dalam blog ye!!

    ReplyDelete
  2. EEh kita seguru weh. Anak morid pak rashid belake.
    Mike bukan tak tau, nangke bukan macam buah doyan, buleh luruh. Tangke nangke tak reput, bio sampe buah busuk ateh pokok, namun luruh tak sekali.

    Teman ade terima surat jemputan dari geng kite, azizi. Dia nak ngawinkan anaknya. Nanti kita jumpe disitu.

    ReplyDelete