(Nangka-sebagai permulaan….)
Mesyarakat umum menganggap pertanian itu satu kerja yang mudah. Satu kerjaya yang boleh dilakukan oleh gulngan yang tak berilmu, satu pilihan kerjaya yang terakhir. Apabila dah tak ada kerja lain, barulah pilih pertanian. Ataupun pilihan sementara menunggu untuk mendapatkan kerjaya yang lebih tetap. Tak ada ilmu tentang pertanianpun tak apa. Tak ada kesungguhan pun tak apa.
Ini sebenarnya satu pandangan yang meleset. Kerana itulah kebanyakan mereka yang terlibat dalam aktiviti pertanian akhirnya gulung tikar…..
Sebenonya ini bukanle pandangan orang-orang kampung je, orangg-orang yang ponoh jadi pegawe beso kerajaan, ponoh duduk di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, orang-orang yang bernama pun berpendapatan begitu. Rame diantare mereka yang terlibat dalam aktviti pertanian setelah bersara. Dema ni pulak kalo nak dapat bantuan dari kerajaan, memang tak ade masalah… Mintak apa je boleh dapat. Mintak tanah, dapat. Mintak subsidi benih, dapat. Mintak subsidi baja, dapat. Pendek kata apa aje, tentu boleh dapat, kerana mereka ni memang kene pada pihak atasan….
Dema ni, kengkadang tu elok stat je, belum ape-ape lagi.... dah abih cerita….
Sebagai panduan le, teman nak bagi sikit tentang berkebun. Itu yang teman tau, jadi teman nak kongsi pengalaman teman serta apa yang telah teman lalui bila terlibat dalam aktiviti perkebunan buah-buahan tropika.
Teman nak ambik tanaman nanke sebage contoh, sebab teman memang bekenan pada nangka ni.
Sebelun nak mole, mengkome kena tau banyak perkara. Cari ilmunya dulu,. Cari maklumatnya dulu. Dah dapat barulah mole mengorak langkah…. Antaranya yang mengkome kena tau:-
1. Kena tau pokok apa nak tanam. Dalam he ini teman pilih nangke sebab:
- a. Kena buat bersungguh. Sistem ‘3T’ atau Tebas, Tanam dan Tinggal tak boleh pakai….
- b. Buah ni tak bermusim. Bila-bila mase ada buah. Jadi bekalan tak putuih. Kalau buat kilang memprosespun, boleh jalan sepanjang tahun. Kalao pilih rambutan atau manggis atau durian, kilan akan berfungsi selama 6-8 minggu je, kerane cuma sepanjang waktu tu je yang boleh ambik buah. 10 bulan yang lain, tak ada buah nak diproses, kilang akan tutup 10 bulan, dan tunggu tahun depan bila musim buah datang lagi, baru kilang bukak semula,
- c. Cepat memberi hasil. Kalau mengkome ambik benih yang teman hasilkan tu, (contohnya CJ1, CJ3, dan Mastura,) dalam masa 18 bulan , insyallah dia bebuah. Tapi jangan hakap sangat, jangan tamak sangat. Kalao dibiokan bebuah waktu umo kurang dari 18 bulan, lingkup yeop. Habih patah batangnya. Pikiole, batang baru beso lengan, buah lebih korang 20kg, mana dia nak tehan., Abih patah belake nanti.
- d. Pokok kene rendah je. Batang lebih kurang 6-8 kaki dari tanah dah cukup. Dahan cuma 3-4 dahan dah cukup, tak payah sampe bebeleh-beleh dahan. Tinggi pokok cuma lebih kurang 15 kaki je.
- I. pokok tinggi susah nak ambik buah. Kene pake tangge. Kite ade dua tangan je. Tangan mana nak pegang tangge, tangan mana nak pegang piso, tangan mana nak pegang buah. Pikio lelkok. Tak kan le nak canteh tangke, bio dia bedebab jatuh ke tanah. Abih le mo buah tu. Dulu mase muda kita jage lekluk, hinggakan seko ulatpun tak ade. Aleh-aleh, bila dah masak kita biokan dia ngeredak jatuh ke tanah. Betoi ke care gitu?
- II. Dahan bio sikit, 3-4 dahan cukup,tapi bio beso. Kalo tidak abih sekah yeop. Kena baying buah tu berat, 20kg tu biase le. 30kg tu bukan luo biase. Sampe 45kg pun ade. Tapi kalo boleh jangan biokan dia beso sangat, susah kita nak ngangkutnya. Berat sangat. Kalo nak tau cara nak bagi buah bebeso sampe 40-50 kilo, mengkome kena nuntut pade teman. Tak ade pengkereh., cume ade pentang larang je. Pantang larangnya pun tak susah. Mengkome boleh nyusup bawah penyide kain, nyusup bawah gelego pun tak ape. Itu tak termasuk pantangg larang nanam nanggke. Cume mengkome jangan kencin bediri dengan merokok je.
e. Kene belajo care buat pangkasan (pangkasan dahan dan buah). Teman juga dah buat system pangkasan yang berkesan untuk pokok nangke ni.- i. Semua dahan mesti di buang hingga ke 4 kaki. Kita kene pikio kita tak mau buah telepe ateh tanah. Satnike binatang ada dalam tanah. Ulat ada. Kumbang ada. Cacinpun ada. Itu yang kita nampak. Yang kita tak nampak, bemacam-macam mikroorganisma ada kat situ. Kulat, bacteria, protozoa… satnike benatang leee. Kalo buah telepe kat tanah, jawabnya tak ade rezeki kite le. Habih busuk belake.
Buah kat batang mempulonya beso, Buah kat dahan, mempulonya kecik je, uleh menjadi beso.- ii. dahan mane yang nak dibuang. Ade dahan yang bebuah, ada dahan yang tak bebuah. Kena belajo ngene yang mana satu dahan yang boleh dipake.
- iii. Kene belajo buah mana yang kene buang. Setiap bulan ada 7-8 biji putek akan keluo, tapi jangan simpan. Pilih 2 biji putek je.
f. Teman telah buat satu system dimana kita ajo pokok tu supaya dia bebuah 2 biji se sebulan, setiap bulan. Setiap bulan kita tue dua biji, kita ganti balik dengan dua biji buah muda. Jadi buah tak putuih. Setiap bulan ada 2 biji- a. Jangke waktu dari putik sampe masak lebih kurang 130 hari atau lebih kurang 4 bulan.(kalau mengkome gunakan benih teman). Benih yang lain tu ade yang dema dakwe boleh masak 3 bulan je., tapi teman tak berape pecaye sangat. Cakap dema tu. Tapi kalao masak pake poyok belange, tenggek ateh api, satu jampun boleh masak!!!
- Makne cakap teman ni bila-bila masa mesti ada 8 biji ateh pokok. 2 biji setiap peringkat, ada 4 peringkat semuanya, yang mana buah tu boleh kita tue bulan depan 2 biji, 2 bulan lagi 2 biji, 3 bulan lepeh tu 2 biji lagi dan seterusnya. Selame-lamenya sekiranya mengkome ikut kaedah yang telah teman buat tu.
g. Jum kita tengok anggaran pendapatan:Andaian:Berat buah : 20 kg sebijiBilangan tuaian sepokok sebulan 2 biji sebulanBilangan pokok se ekar (20’ x 20’): 108 pokok, (kite kira 100 je)Hasil sebulan: 20kg x 2biji x 100 pokok = 4000kg sebulanHarga ladang RM1.20-1.50 se kg (kita kira RM1.00 je)Pulangan sebulan 4000kg x RM1.00 =RM4000/=Tolak upah nebeh, nyiram racun rumput, racun serangga, ngangkut buah, muat pangkasan dll, katakan le: RM1500/=Kita maseh ada belen RM2500/= sebulanh. Nak dapat hasil macan ni, system ‘3T’ memang tak boleh pake. Pokok kene jaga dengan baik. Cukup baja. Cukup cahaya matahari. Cukup ayo. Tak ade penyakit. Dahan-dahan tak bebuah, dahan mati, dahan rosak, semua bebuang belake. Setiap ari kene becakap dengan pokok. Sekali sekala, bentang sejadah bawah pokok, semayang sunat 2 rakaat…. Insyallah….Banyak lagi yang mengkome kena belajo tentang nangke ni.Teman terlibat dengan penyelidikan nangke ni dah lebih kurang 30 tahun, tapi rasenya masih banyak lagi yang teman tak tau. Kita tak mampu menguasei ilmu Allah. Lagi banyak yang kita dah tau, lebih banyak lagi yang kita rase kita masih tak tau.Teman tengah nulih buku tentang teknologi penanaman nangke. Insyallah, teman akan tulih ape yang teman dah kumpoikan maklumat tentang tanaman nangke ni. Teman akan bagi tau juga satnike yang tak ade dalam buku, yang telah teman alami dalam urusan teman terlibat dalam aktiviti tanaman nangke ni.Tunggu le. Doakan teman sempat nak tulih sebelum Allah pisahkan ruh dari jasad teman.Wallah hu aklam.
Salam Ayah Yeop ..
ReplyDeleteMintak izin .. teman nak print dan gunakan ilmu nanke ni dalam mengajor anak2 murid teman ..
Sila. Ilmu tu Allah pinjamkan pada kita, wajib kita sebokan. Mudah-mudahan teman dapat tumpang saham apa yg mike buat tu.
ReplyDeleteMike ngajo d sekolah mana? Kalo dekat-dekat, temanpun boleh datang ke sekolah mike. Teman boleh bagi 'talk' pada students jurusan sains di sekolah mike.
Atopun mike bagi adres blog teman ni pade dema dan suruh dema sendiri tanya ape-ape soalan pada teman melalui ruangg ini.
Asalamualaikum Ayah yeop,
ReplyDeleteSaya Sammuri, from Terengganu,
Saya nak cuba tanam nangka Mastura nin tapi tak de ilmu tapi lepas baca apa yg ayah yeop tulis ni dapat lah sikit ilmu. Tapi kena belajor lagi lah gamok nye.
Benih yg ayah yeop buat ni nak beli kat mane ye?
Dulu dekat rumah Kak Saya ada satu pokok Cempedak tapi isi dia sebesor nangka rasa dia cempedak boleh ke kita kacuk cempedak & nangka?
TQ
Sammuri
0123511139
En Sammuri, kalo mike lalu lalang kut Maran Pahang), mike singgah kat Persatuan Peladang. Teman dah bagi 'orrait' pada dema untuk buat benih nangka. Sahih asli. Dema tak tipu. Mike sebut je name teman, pasti dema layan mike!!!
ReplyDeleteAsalamualaikum Ayah yeop,
ReplyDeleteKalau guna baja organik dari pembiakan cacing bagus tak??
Baja organik dari cacing bagus. Dia ada bakteria yang dapat membantu dalam pembajaan, terutamanya memerangkap nitrogen di udara menukarkannya kepada NO3, untuk pokok. Bakteria kumpulan ini dikenali sebagai biobaja ataupun EM (essential microb)
ReplyDeleteBoleh teruskan.
Ayah Yeop,
ReplyDeleteTerima Kasih
salam ayah yeop.. banyak belajor tanam nangka nih.. teman ni baru jinak2 nak nanam, tapi nanam padi le.. tempat teman ade buat projek tanam pokok nangka mastura. satu rumah 5 pokok. ada dekat 80 bijik rumah le.. dah 4 tahun dah.. dah makan hasil tapi takde pengurusan dan pemasaran.. sudahnye makan sendiri je la. yang lebih2 busuk gitu je le..
ReplyDeletesalam..
Hidayat
qamein@yahoo.com.sg
Salam Ayah Yeop,teman baru nak berjinak-jinak menanam nangka ni,terima kasih kerana banyak memberi info tentang penanaman nagka ni.Teman tinggal di Teluk Intan, dimana boleh teman dapatkan benih nangka di sekitar Perak ni?
ReplyDeleteWassalam.
syam6070@gmail.com
udoh dpt ke yop...teman pun mencari jgk....
DeleteNak benih nangka madu..sila wassap 0175930701
DeleteSalam Ayah Yeop
ReplyDeleteKat mane ladang nangka mike, rasenye teman nak nengok. Minat beno teman nengok pokok nangka mike.
Apa jenih klon nangka ni, rasenye teman nak belik benihnya.
Sungai Siput
teme kasih prof...sgt2 membantu utk exam lusa nnt... :-)
ReplyDeleteBerkat perkongsian ilmu prof. pokok nangka di rumah dah mula berbuah. Tqvm - Harris Tg Tokong
ReplyDeleteBerbudi kod tanah hasil nya lumayan ,akan tetapi perlu kajian dan rekod process pertumbohan ,tanaman,hasil,pemasaran perlu seimbang
ReplyDeletesemoga semua hasil tani berbaloi di usaha kan.
Tahniah pak Yeop.
ReplyDeleteTahniah pak Yeop.
ReplyDeleteBerbudi kod tanah hasil nya lumayan ,akan tetapi perlu kajian dan rekod process pertumbohan ,tanaman,hasil,pemasaran perlu seimbang
ReplyDeletesemoga semua hasil tani berbaloi di usaha kan.
Salam Ayah yeop.. Ape kah beneh nangka yg ayah yeop ini bole ditanam dalam pasu besar..
ReplyDeleteSbb rumah kediaman saya kawasan tak luas..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMmm
ReplyDeleteMmm
ReplyDeleteMmm
ReplyDeleteMmm
ReplyDeleteayah yeop, nak tanya. di mana kita boleh cari pembekal biji benih nangka di malaysia ini ya. nak kuantiti yg banyak.
ReplyDeleteNak beli benih..sila wassap 0175930701
DeleteIdris..,
ReplyDeleteAssalam Ayah Yeop,
Biji nangka yg masak klu kita semai sendiri benihnya,hasil buahnya sama kah ngan buah pokok induknya?
Terima kasi
Idris..,
ReplyDeleteAssalam Ayah Yeop,
Biji nangka yg masak klu kita semai sendiri benihnya,hasil buahnya sama kah ngan buah pokok induknya?
Terima kasi
Hi sir!
ReplyDeleteIm a Jackfruit collector. how can i have the 7 jackfruit cultivars that you breed? please send me email den_galit@yahoo.com thank you very much!
Salam Ayah Yeop,
ReplyDeleteKebun miker d mana ye? Teman endak pegi melawat