Saturday, April 3, 2010

Nangka berbuah pisang



Ye bebeno sikit ni!!! Memang le kalau Allah nak sesuatu tu berlaku Dia cuma manyebut ‘Kun Fayakun…’ je, maka jadi le terus …



Teman kebetulan tau sikit sebanyak tentang nangka bio teman terangkan apa yang terjadi….


Penerangan teman ini berpandukan ilmu botani, atau dalam bahase kitanya memadai dengan kata ilmu tumbuh-tumbuhan.

Bunga buah nangka ni termasuk dalam kumpulan buah kompaun, atau orang p[utih kate, ‘multiple fruits’, di mana bunga-bunga dalam setangkai tu bergabung atau ‘fuse” menjadi seopah-olah sekuntum bunga je.

Setiap yang kita nampak seperti duri tu sebenonya adalah sekuntum bunga, Dengan lain perkataan sebiji nangka yang telah ranum atau masak tu sebenarnya adalah sejambak buah yang bergabung menjadi sebiji buah je.

Bunga nangka ni ada dua jenis, bunga jantan dan bunga betina. Kalau kita tak kenal tak apa, pokok nangka tu sendiri boleh kene, yang mana bunga jantan yang mana bunga betina. Dema dah cam, tak kan tersalah pilih, bunga jantan tak akan memilih ilih bunga jantan pulak.





Secara ringkas kalau nak kelai bunga betina, yang inilah yang akan jadi buah. Kebiasaannya tumbuh pada pangkal batang ataupun di pangkal dahan. Tankainya beso, dekan sebeso jari kelengking. Apabila bnga tu ‘anthesis’ ataupun bahasa kitanya balig ato cukup umo, kita nampak ada macam rambut putih tejongkat pada duri yang sedang membeso tu. Yang itu dikatakan ‘stigma”. Duri tu sebenonya apa yang ahli botani panggil ‘pistil’.

Kalau stigma ni dipersenyawakan, dia akan menjadi uleh nangka. Kalau tak di persenyawakan dia akan jadi jerami nangka.


Jadi, sebenonya, jerami nanggka tu adalah bunga nangka yang tak menjadi uleh atau tak menjadi isi nangka.

Kalau kita perhatikan bunga jantannya pulak, biasanya di ujun julai. Tangkaiya halus je, adele sebeso bilah gerapi. Waktu dia ‘balig’ kita akan nampak debu bewarna kuning. Ini dipanggil debunga atau cakap orang puteh. ‘pollen’. Ini sebenonya benih jantan, serupa dengan yang kita keluokan, ‘ayo mani’.

Dalam he nangka yang dikatakan berbuah pisang tu, sebenonya, tempat gabungan ataupun cantuman antara bunga tadi tidak berlaku dengan kemas. Bila buah membeso, tempat gabungan itu tadi tekeluo, tangge, dia tak lekat kuat.

Yang kita selalu nampak macam duri nangka tu, ataupun bahagian ‘pistil’ tu masih ada pada nenconot ulas, satu ulas satu ‘pistil’. Bila bahagian pistil tadi tu terlekat pada menconot ulas nangka tu, kita nampak macam buah pisang pulah. Menconot buah pisang tu sebenonya memang ‘pistil’nya le.

Jadi, yang macam tu kita dah keliru, kita sangkekan nanggka berbuah pisang pulak….




Alhamdulillah…. Teman dulu masa sekolah dulu tu teman menumpukan belajo sains, kalau tidak temanpun macam kebanyakan mengkome juga leeee…. Nangka berbuah pisang.

2 comments:

  1. Thanks to you, finally this strange phenomenon is explained scientifically.I would like to ask your permission to post these photos on our Malaysian fruit group at flickr, with full credit and a link to your site.

    http://www.flickr.com/groups/malaysianfruits/

    Best regards,

    Frank Juhas

    ReplyDelete
  2. U'r most welcome Frank. The write up is for the public. For everybody who are interested. Its written in Bahasa Melayu and not many people can understand it.

    I'll try to rewrite it in English, however i don't have much time to do so.

    U can read in Bahasa?

    The more i know about u, the more i appreciate about u

    ReplyDelete