Tuesday, August 31, 2010

Main Moyam Buluh Di Bulan Pose

Satu lagi kenangan teman masa bebudak yang tak dapat dilupakan terutamanya di bulan posa, adalah bermain Moyam Buluh.

Moyam buluh ni biasanya dibuat dari buluh aur. Buluh ni sesuai kerana sais dia besar (sekitar 7-9 inci) dan buluhnya tebal, sehingga lebih kurang 3/4 inci atau sekitar 1.5 cm.

Masa umor teman 5-6 tahun, teman bermain dengan Pak Cu teman. Dia yang mencari buluh aur tu, dia juga yang muat moyam tu. Teman numpang nyucuh api je. Masa itu semua dia yang nolong muatkan.

Bila teman dah beso sikit, dah masuk 8-9 tahun teman pulak yang muat sendiri. Teman pergi dengan kengkawan yang sebaya mencari buluh nak muat moyam. Masin-masin mawak parang, pergi ke podu aor buluh. Memang dah tau dah tempat dimana nak cari buloh aor.

Dekat kampong teman tu ada sepodu pokok aor. Aor ni spesial sikit. Dia berduri. Batangnya beso, tebe.

Sempone dengan buluh ini le kampong teman tu di gelo Kampung Aor Duri.

Memang ada sepodu itu je buluh aur duri. Bila masuk bulan puasa, hari pertama lagi dah bepakat rame-rame mencari buluh moyam. Kena pergi cepat-cepat. Kalau pergi dua tiga hari pose, buluh yang leklok dah tak mandang lagi. Kengkawan dah ambik habis dah….

Satu lagi jenih buluh yang selalu kita pake untuk muat moyam buluh ni, di pangge buluh betin. Buluh betin ni pun tebe macam buluh aor juga. Buluh betin ni lagi baik pulak, sebab ruehnya pendek-pendek, Lebih banyak buku, jadi buluh ni lebih tegap dari buluh aor. Gueh buluh aor lanjang sikit, tapi itupun dah cukup kereh. Jarang beno nengo duluh aor ni pecah. Tapi kena ingat masa ngerat domoncong moyam tu pastikan ianya rapat pada buku, ini membuatkan buluh tu lebih tegap - Ini tak ada di tulis dalam mana-mana buku. Ini pengalaman main moyam buluh 50 tahun yang lalu.....

Ada satu lagi jenih buluh, teman dah lupa pulak namanya, rebungnya manih. Selalunya buluh ini orang simpan sebab rebung dia manih. Buluh yang ini lagi beso batangnya, lagi tebe dari buluh aor ataupun buluh betin. Cuma, jarang-jarang sangat dapat batang buluh ni, kerana, pantang nyulo rebungnya, habih kena korek. Tak sempat beso batangnya. Nyulo je rebongnya, ukut rezeki memasin leee, siapa yang nampak dulu, rezeki dia le. Rebongnya memang manih, apa lagi campo dengan gule tempoyak, ikan patin atau ikan temoleh... eeehhh nitik ayo lio di buatnya.

Untuk main moyam ni kena ada 4 perkara.

1. Buluh yang akan jadi moyam
2. Kebait – sebagai bahan ledakan
3. Penyucuh api – nak nyiut moyam supaya meletup
4. Pelita – untuk memasang penyucuh api.

Buluh Moyam
Bagian buluh yang paling best untuk muat moyam adalah bahagian pangke sekali. Bahagian ini yang paling tebe dan yang paling keras. Kalau bahagian yang ujong-ujong, buluhnya dah tak berape tebe, tak dan apa dah pecah. Yang nebang pokok buluh yang pertama tu akan mendapat bahagian pangke sekali. Yang nolong nebang akan dapat bahagian kedua atau ketiga. Biasanya sesebatang buluh tu boleh ambik 3 ketong je.

Sesuatu keratan tu ada 4-5 buku/ruas, panjangnya lebih kurang 4-5 kaki. Dah siap potong, masin-masin bawak balik kerumah, repang elok-elok dengan gegaji.

Pada atas sikit dari buku rueh yang pertama buluh moyam tu, buat lubang lebih kurang 1/2 inci, sebagai tempat untuk menyucuh moyam tu dengan api – barule dia meletup.

Kemudian di hujung bahagian depan buluh tu di tembo dengan kayu untuk nak muat lubang. Kena tembo nak pecahkan buku buluh tu bahagian dalamnya supaya lubang buluh tu bersatu, untuk menjadi lareh moyam. Buku buluh bahagian bawah sekali je yang tak ditembo supaya buluh tu dapat menakong ayo.


Pencucuh api
Penyucuh api biasanya di buat dari pokok bemban, sebab dia sentiasa basah dan tak mudah hangguh. Bahagian hujung batang bemban tu di belah 4, selitkan koteh surat abo untuk jadi sumbu. Rendam bahagian sumbu tu dalam minyak nyo. Boleh guna minyak geh, tapi nanti habih sumbu tu tebako cepat sanat. Boleh juga guna kain buruk untuk gantikan koteh untuk jadikan sumbu penyucuh api.

Kabait
Kabait ni digunakan sebagai bahan ledakan.
Kabait dititik menjadi kerikit sebeso ibu jari supaya senang nak masukkan melalui lubang pencucuh pada moyam tu.

Untuk menitik kabait ni kena guna dua bilah kapah. Selilah di kapakkan di permukaan tanah untuk dijadikan tapak untuk menitik kabait. Sebilah kapak lagi digunakan untuk penitik.

Ketulan-ketulan kabait yang dibeli dari kede tu diletakkan atas kapak yang pertama dan dititik untuk memecahkannya ke saiz sebeso ibujari menggunakan sebilah kapak lagi.

Kerikil kabait ini dimasukkan dalam buluh moyam melalui lubang pencucuh api ataupun melalui bahagian depan moyam. Kabait ini akan bertindak baleh dengan ayo yang dimasukkan dalam buluh, dan akan mengeluokan gas etelina.

Yang meletup dan meledak tu gas ini le bile disambo api.

Pelita minyak geh
Pelita mesti ada stand by. Pelita ni digunakan untuk memasang api pada pencucuh, supaya kita boleh siutkan pencucuh ini pada lubang di buluh moyam tu.

Cek semua bahan. Kalau semua dah lengkap, boleh le main moyam.

Mula-mula masukkan air sedikit (lebih kurang I liter) kedalam buluh tu. Kemudian baru di bubuh kabait dalam buluh tu. Tunggu lebih kurang 30-40 saat. Cucuh dengan sumbu api. Mesti bedentum punya…..

Sumbu tu bio le panjang sikit. Sekurang-kurangnya 3 kaki. Ini adalah untuk menjaga keselamatan. Kut apa-apa terjadi kita jauh le sikit dari moyam tu. Kalao moyam tu belah masa dia metup, tak le kita kena sembo.

Kata orang main moyam buluh ni bahaya. Ada dema cerita, ada budak kena sepit ‘si awang’nya waktu main moyam apabila moyamnya pecah waktu meletup. Tapi teman tak percaya le…. Cerita ni mesti nak nakutkan bebudak je.

Yang ponah kena pada kawan teman, waktu dia mencucuh api pada moyam tu, moyamnya tak meletup, Diapun nginte le kedalam moyam tu ikut lubang penyucuh. Dia nampak ada api dalam moyam tu. Elok waktu itu juga moyam tu meletup.

Abih disenggo muka kawan teman tadi. Apa kenangkan…. Terang bulu keninnya. Terang bulu matanya… Mujo mata tak kena apa-apa.

Lepeh tu dia tobat tak main moyam lagi… Sampe ke sudah dia tak mau main moyam lagi…. Agaknya serik betui lepeh dia kena senggo tu.

Teman kena ingatkan pada yang nak ncuba main moyam buluh. Masa nak nyiut tu kena tunggu lama sikit. 30-40 saat tu elok le. Kalau terlalu cepat, gas tak cukup lagi yang keluo dari kabait tu. Akibatnya api akan menyala pada ketoi kabait. Tapi apabila gas yang dah cukup banyak, dia akam meletup. Itu yang terjadi pada kawan teman tu.

Ataupun kalau gas tak cukup, dia akan meletup juga, tapi bunyi ledakannya tak nyaring. Macam bunyi kentut je….

Lain-lain jenih moyam

Ada dua tiga lagi jenih moyam yang ada masa teman bebudak dulu tu.

Moyam tanah
Selain moyam buluh ada lagi satu jenih moyam. Kuma pangge moyam tanah.

Moyam ni di buat pada busut jantan. Dikorek pangke busut tu macam gua. Tebuk satu lubang dipuncak busut tu, darri ateh tembus sampai ke lubang yang macam gua tu. Masukkan tempurong berisi ayo kedalam lubang ‘gua’ busut tadi. Tunggu lebih kurang 1-2 minit. Kena tunggu lama sikit, tak macam moyam buluh, 30-40 saat dah cukup. Siut lubang yang ada dipuncak busut tu. Mesti bedentum punya.

Bunyinya alamak….. begego….Terasa begego di tapak kaki. Itu yang best nya…Bunya tu sebatu dua tu masih boleh dengo lagi. Cuma jangan tunggu depan lubang ‘gua’ busut tu. Bahangnya terasa. Lagipun penutup gua tu akan terpelantin. Itu yang bahaya tu. Kut kena muka…. Biasanya kuma ambik zin atap rumah sebagai penutup gua tu. Ataupun boleh juga gunakan daun pisang, tapi kena banyak lapih. Tujuannya supaga gas etelina tu tak meresap keluo dari ‘gua’ busut tu.

Moyam Katak.
Korek lubang pada tanah. Bubuh ayo. Masukkan kabait dalam ayu tu. Tutup dengan tempurong jantan – tempurong yang ada lubang tu…

Tunggu 10-15 saat. Siut. Bedentum le…. Pempurong tu akan terpelantin ke udara. Tinggi. Boleh sampai 10 kaki.
Tapi bunyanya tak le kuat. Angkat sikit pada kentut je….

Mase taman kekecik tu dulu teman ‘modifi’ moyam katak ni. Teman tak korek tanah begitu je, sebab, selalunya ayo yang kita tuang kat tanah tu cepat sanggat dia meresap. Habih hilang ayonya….

Teman gunakan tin susu cap junjung tu. Teman tanam sampe apuih ke ateh. Jadi bila di tuang dengan ayo, ayo tak meresap ke dalam tanah. Teman ganti tempurong jantan dengan tin bekeh milo. Teman tebuk pada ponggong tin milo tu.

Teman ubuh kabait dalam tin susu cap junjung yang bertanam tu dan kemudian teman terapkan tin milo atehnya untuk tutup ges etelina spaya jangan hilang. Tunggu 20-30 saat. Siut. Bedentum ….

Moyam yang teman ‘modify’ ni bunyinyapun kuat lagi. Nyaring. Tapi tak le bergempa macam moyam buluh…...

Lepeh teman buat tu, bila kawan-kawan teman nengok, demapun ngikut buat moyan macam teman buat tu….

Bahayanya satu je. Bebaik sikit bila nak letak tin milo tu. Jangan senget, apa lagi kalo senget mengghala ke kita. Pencucuh kena panjang sikit.

Bila dia meledak, tin milo tu akan tobang ke udara macam roket. Laju. Tinggi. Lebih tinggi dari tempurong jantan. Kalo tin milo tu singgah ke dagu, rasanya dagupun boleh tobang juga….

Pada masa tu maim moyam buluh ni memang salah. Kengkadang polis ada meronda ke kampong teman nangkap orang main moyam buluh. Dema meronda ikut Sunge Perak. Masa tu jalan raya tak ada lagi. Jalannya sempit, elok-elok muat kaki nak bejalan je. Lebih kurang sama je dengan jalan orang pergi noreh.

Ada suatu ari tu, tiba-tiba je teman nampak polis di belakang teman. Tak sedo masa bila dema datang. Nak lari dah tak sempat. Dalam ati dah ngelabah…tak tau nak buat ape. Masa itu apak teman tak ada di rumah….

Salah sorang polis tu tanya teman, ‘abang buat apa?’ dia bahasakan diri teman ‘abang’….
Teman teruh terang je bagi tau teman main moyam.

‘Ini apa?’ dia Tanya lagi sambil menunjukkan pada moyam katak yang teman modify.
‘moyam juga….’
‘moyam apa?’
’Moyam katak’
‘Pase apa pangge moyam katak?’
‘….ketayap dia boleh melompat’ teman jawab selambe. Tapi sebenonya dalam ati takut bukan main lagi.
‘ce tunjukkan…’ Temanpun pasang le moyam katak teman tu…
…berdentum…
‘Sape ajo buat moyam ni?’
‘tak sape…’
‘macam mana tau buat?’
‘reka je…’

Sambe dia Tanya tu teman nampak dia masukkan kabait kedalam moyam buluh teman….
Teman biokan je….

Teman nampak dia cucuh moyam teman…. Bedentum….
Dia senyum pada teman…

Temanpun berasa berani sikit dengan dia…
Dia pulak ajak teman main moyam dengan dia…. Kumapun main le besama… Hilang rasa takut.

Tak lama kemudian apak teman balik keromah… Teman nampak dia besalam dan bertego sape dengan mesra…. Dia pangge apak teman 'abang jit'... Dalam ati teman ngagak, 'dia ni mesti sedare ni...'

Ropenya dia ni besedare dengan apak teman, adik beradik sedatuk…Tapi teman tap ponah jumpa lagi sebelum ni…

Dia bagi tau dia baru tuko dari Tapah ke Kuala….

Teman mati-mati nyangkakan dia ni nak nangkap teman pase main moyam.

* * *

Masa teman dah ngaji di Kuala, kira-kira tahun 60’an le, main moyam ni dah sangat popula di Kuala. Di Talang Dusun, jalan nak ke Tepin, sebelum simpang ke Gerik tu, dema buat macam pesta perang. Ada dua pasukan ngadap masin-masin bermain perang. Dema main di tepi bendang. Jarak antara pasukan sekitar 50-60 meter.

Bepuluh-puluh orang anak muda/remaja masin-masin mawak moyam buluh. Bukan dari kampung Talang Dusun je, dari kampung-kampung sekitarpun turut datang main moyam di situ juga. Dari Padang Rengas, dari Jemuan, Jalan Baru, Ketio…Masa tu dah rame yang kene masing-masing sebab sama besekolah di Sekolah Clifford.
Dema main waktu malam, biasanya dah lepeh jam 10 malam. Lepeh terawih. Yang seronoknya, penuntunpun rame juga. Dema mawak anak-anak sekali….. Penuntun lebih rami dari yang main moyam, Orang-orang bejajepun rame yang datang. Laku…. Macam pesta jum hebuh pulak…

Tapi teman tak ponah pergi nengok dema main moyan tu, sebab waktu memalam pak sedare teman tak bagi teman keluo. Kalo pergipun tentu dah jam 1-2 pagi baru balik. Menesabah beno le dia tak bagi teman pegi. Waktu tu apak teman tumpangkan teman duduk dengan pak sedare teman, duduk di Simpang Lawin. Kalau duduk kat kampong, nak ke Kuale tu kena nain but, mana nak dan pergi sekolah pepagi. Dah dekat pukui sepuluh baru sampe ke Kuala.

Kalau ikut kan ati le, teman waktu tu memang teman nak pegi sangat….. Lubang libu bila tak dapat pegi. Kengkawan kat sekolah esoknya becerita pase pesta main moyam buluh kat Talang tu… Teman nengo cerita je le… Tapi cerita tu dah galak sangat, itu je yang diceritakan…Sampe teman macam ingat setiap terkataan yang dema ceritakan tu… Pase tu le teman boleh ceritakan balik apa yang dema cerita pada mengkome ni.….

Jum le kita balikkampung…. Kita ajo naknok main moyam juga.

8 comments:

  1. Salam Hj Zainal, wah tulisan Tuan membawa nostalgia pd keme. Teman pun ponah main meriam buluh ni tahun 1970an, rioh 2-3 kampong, bukan sekampong. Tapi pelik takdok pulak keme putus jari ke, lebur tangan ke, hilang batang idung ke! Kalau nak kire kita lebig ganah, yer dak? Sudilah ziarah blog kembara saya Tuan Haji di http://mohkembara.blogspot.com Tima kasih, Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Meriah sungguh..terkenang zaman main meriam kabait..herannya zaman kita dulu tak ada pula dengar kes putus jari, putus tangan ....bebudak sekarang..main mercun pun boleh masuk hospital....

    ReplyDelete
  3. Ye bebeno... tak ponah nengo geng kita hanco jari, putuh tangan.... Seingat teman le, dalam tahun 50'an tu orang nyue mocon pun tak mandang.

    bebudak sekarang ni usahkan putuh tangan, putuih kepalapun ada. Bukan saja bebudak yangg muat koje tu, bapak bebudakpun ada muat koja tak senonoh tu....

    ReplyDelete
  4. Ayah yop,
    Detail beno hei moyam buluh ni siap dengan faktanye sekali. Sebut Aur berdughi memang ade kat tebing sungei peghak depan ghoman teman dulu,teman ingat lagi..
    Pasei moyam buluh ni ponah melantak teman apinye senggor kemuke usah dilabunkan le..tk ingatkan kembali nostalgia puluhan tahun yang lampau.

    ReplyDelete
  5. tempat teman buloh aur tu kume pangge buloh betin... bulan pose ni kg teman nyemedang lagi bedentum bunyi meghoyam bulohnye..... cume bunyi idok le hebat zaman kita dulu...kalu kat bangan datoh meghoyam batang nyor...haaa itu buleh celen meghoyam talang...memang begema bunyinye...cume hebatnye meghoyam talang ni deme bedeghet banyoknye...tapi deme pakei besi paip lombong palong..... sekaghang ni udoh ada permit dengo ceghitenye ...wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Langkah keselamatan sebelum main .. lilit dan ikat buluh ngan rotan atau tali ako atau dawai. Kalo pecahpun takle pelanting sane sini.
    Cadangan kepada pihak berkuasa .. kena buat filem dokumentari tentang main moyam & main nganto
    Ayah Yeop .. pengarah, PNYK .. tebang buluh, Tinuj .. sediakan moyam, Moh Kembara .. beli kebait, Roslaini & Aa .. tukang siut. Teman pulak nengok & dengo je

    ReplyDelete
  7. NNYK, Zaman mike sempat lagi he main moyam kat Talang tu yek? Dah lama dah dema main moyam gitu. Bedeghet-deghrt....

    Apak sedare teman, senior lebih kurang 15 tahun dari teman, pun dah cerita pada teman pase bebudak Talang main moyam gitu. Maknanya dlm tahun 50'an tu dema dah ada dah main moyam macam tu.

    Teman memang tak nengok langsong bebudak Talang main moyam tu, cuma nengo cerita je. Teman tak tau pulak yang dema tu buat lareh moyam dengan besi paip lombong.

    Ada lagi ke masa ni entah!!!

    Tempat teman ada juga main moyam batang pinang, bukan batang nyo. Tapi jangan di buat weh. Susah kita nak ngojekannya. Nak nebuk batang tu, bukan kepalang. Silap-silap dia boco kut belakang.

    Teman ada muat sekali, tapi sampe ke sudah, langsong tak siap.

    Kena guna pangke batang pinang tu, Kalau ambik bahagian ujong, memang senang nak ngoreknya tapi dia tak tahan, cepat relah. Bahagian pangke cukup kereh. Mempulo batang pinang ni berserat. Cukup susah nak muangnya. Gegaji pun tak temakan.

    Si mamat tu ngajak kita buat dokumentari tentangmain moyam ni. Amacam. Teman muat filem ni tak reti langsung.... Kita halakan dia je le yek?

    ReplyDelete