Sebelum teman berangkat ke Jakarta untuk beraye dengan keluarga di sana, tepikio juga, tak ape ke pergi dalam keadaan hura hara ni?
Kalo nengo kat TV, kat surat kabo, macam bebeno orang Indon nak serang Malaysia, dah siap dengan buloh rencong, dah siap dengn taik manusia nak mengge kita dengan taik....
Tapi oleh kerana teman dah janji dengan 'mem' dan naknak teman, pukekan ati je lee…. Tawakal pada Allah.
Teman sampe kat lapangan terbang (atau ‘bandara’) tu dah ade keluarga nunggu di situ. Ade sorang adik ipo temanpun baru sampe dari Medan. Dia sampe lebih kurang setengah jam sebelum teman dan keluarga sampe ke situ.
Teman sampe tu lebih kurang jam 2 petang, naik Air Asia je. Lebih kurang 30-45 minit, use semua urusan bagasi, imigresen, kastom dan lain-lain.
Cuma mase kat imigresen tu ‘sulit’ sikit. (Kalo deme kat sana tu ‘sulit’ tu maknanya susah, bukan rahsia seperti yang kita faham dan tulis di emvelop-envelop atau fail peribadi di pejabat kita kat sini).
Kalau kat Malaysia, bila kita melinteh kaunter imigresen Malaysia, kita tak payah ulo paspot kita pada pegawai imegresen, sebab pada paspot kita tu dah ada ‘chip’ yang boleh kita guna macam kat ‘touch and go’ bila kita nempoh tol ‘plus’ je. Nanti keluo le segala maklumat lengkap tentang peribadi kita, semuanya akan di catatkan, termasuk alamat, no telefon, bila kita keluo, bila kita masuk balik ke dalam negara. Maklumat itu akan tercatat pada komputer Jabatan Imigresen. Kita punya system tu dah canggih macam negara-negara maju, tak macam 10 tahun yang lalu,
10 tahun dulu setiap kali teman nak masuk ke, keluo negera ke teman kene berato. Pada masa tu semua Negara macam tu, termasuk Negara yang dah maju ketika itu macam Amerika Syarikat ke, United Kingdom ke, Jepun ke… Semua kene berato.
Imigresen Indon ni sampe sekarangpun masih guna sistem lama, jauh tinggal ke belakang bandin dengan Malaysia. Pegawai dema kena semak paspot pengunjung satu per satu. Rakyat dema sendiripun kena berato sebelum nempuh kounter imigresen dema sendiri.
Semua pasport yang teman bawak, untuk teman sendiri dan paspot keluarga teman tu teman ulokan pada pegawai imigresen yang nyaga kat situ. Ada lima paspot semuanya - 4 paspot Malaysia, satu paspot Indon.
Selalunya teman dengan naknak satu lorong, kena guna lorong 'pendattang' manakala ‘mem’ teman lorong yang lain, lorong orang tempatan. Di Indon teman dengan nak-nak jadi orang asing, dalam kategori ‘pendatang’ tapi ‘mem’ teman jadi orang deme. Mujo pulak kali ni imigresen dema bagi ‘permisi’ untuk mengikut laluan loring yang sama.
Dah usai 3 paspot. Tingge yang teman punya dengan ‘mem’ teman je yang belum lagi.
Pegawai Imigresen tu tanya pada teman, ‘Idul Fitri di sini Pak?..’
‘… iya…. Sudah lama tidak beraya di sini…’
‘banyak bawa oleh-oleh pak?’
‘seadanya aja… yang penting mau jumpa keuarga di sini…’
‘ngak ada apa-apa untuk saya…. Untuk Idul Fitri Pak?…’ Dia memandang tepat ke muka teman.
Dalan ati teman, ‘…dia ni nak pekenakan teman dah ni….’. Teman buat tak peduli je. Buat tak faham. Buat dek jeee… Rupenya ‘mem' teman pulak tak dengo dia mintak tu. Dia sedang sebuk dengan nak-nak. Tau je le memacam ragam dema tu. Ade yang ‘mintaa di gendong’ ada yang mau ‘pipis’ …. Ade yang ngelewo, tak mau diam…
Bila teman buat tak dengo tu pegawai imigresen tu pun terus je pereksa paspot teman… Tak ada apa-apa....
Kemudian dia pereksa pasport orang romah teman. Paspot Indon.
Dia mula tanya…. ‘Ibu… ngak ada record ibu keluar dari Negara….’
Mem teman jawab, ’Ya pak, ini paspor gantian pak. Yang dulu sudah tamat tempoh…. ’
Pasport mem teman yang lama dah mati, dah duduk kat Malaysia 8 tahun, Dah 3 kali buat gantian… Pasport yang ase dah di ganti, yang pengganti tu pun dah tamat tempoh, ini gantian yang ketiga, yang baru diperbaharui.
‘Mana dokumentasi keluar dari Indonesia?..’
‘…..di belakang tu ada no referensi pasport yang lama, di mukasurat belakang …’
‘….kartu ‘check out’.. ibu di mana?’
Mem teman tak jawab. Dia tau kad yang di minta itu memang sudah tidak ada di situ, mungkin ada di Pasport lama.
‘Tahun berapa Ibu berangkat ke sana?’
‘…Terakhir tahun 2006…’
‘Sudah lama!!! Tak pulang-pulang?…..
‘Tak ada kesempatan pak…. Ini baru ada….
Perbualan antara orang rumah teman dengan pegawai imegresen tu mambuat teman rasa tak selesa…. Tambahan tadi dia ada meminta ‘pelincir’ dari teman.
….banyak lagi yang ditanya pegawai Imigresen tu…. Teman nengo je…
Kemudian teman nampak dia nyelin pada barisan yang panjang di belakang teman…. Memang panjang…
Diapun terus cop pasport orang rumah teman dan memulangkan semua pasport keluarga teman….
Mujo. … Lega….kalau tidak mungkin lama lagi yang ditanyanya. Kalau dia nak buat nanya, dia boleh suruh ‘mem’ teman keluo dari barisan, suruh masuk ke kamar ‘temuduga’…. Kalau tu kira keh berat le tu…. Tak reraye le kume...
Cuma kalau dia nak buat ‘deportation’ tu nak anto ke mana?… Mujo le juga tak kene pada teman…. ‘Mem teman bukan termasuk dalam kategori ‘PATI’ atau ‘Pendatang Asing Tanpa Izin…’
Bila dah use kumepun naik ‘konvayer’ ke bahagian kastom.
Tidak ada apa-apa ‘kesulitan’ waktu melintasi pegawai kastam. Semua ‘Line Clear’.
Teman teringat kesah lama teman dengan pihak imigresen Indon 4-5 taun dulu… Teman tebawak piso lipat teman dalam poket. Piso ‘Mac Giver’ tu memang teman bawak kemane juga teman pergi. Biase le tu, semua ‘saintis ‘ buat gitu. Banyak guna piso tu’
Masa teman kat airport Bayan Lepeh, P Pinang, masa linteh imigresen tu pegawai kita ambik piso tu. Dia kata dia akan beri pada pilot mintak bawakan dan dema suruh teman ambik balik bila sampe kat airport di Jakarta.
Bila sampe kat Jakarta, temanpun pergi le ke pejabat tuntutan barangan, ropenya tak sampe lagi. Pegawe kita tu tak sempat nak bagi pada pilot yang mawak teman ke Jakarta tu, dia kena bagi pada pilot penerbangan yang berikutnya.
Temanpun balik je le ke romah mentua teman….
Malam tu dah jam 10 lebih, ada orang datang kerumah mentua teman ngantokan piso teman. Teman ambik je. Teman ajak masuk dia tak mau. Kemudian dia ceritale tentang perjalanan. Pase Macet. Pase ujan di tengah jalan… Banyak lagi cerita. Teman ajak dia masuk tapi dia tak mau juga….
Las sekali dia tanya ‘bapak dari Malaysia ya?’
Teman jawab, ‘Iya pak… sampe sore tadi…’
Kemudian dia baru nak beredo…..
Bila dia dah pergi tu teman cerite le pada ‘mem’ teman.
Mem teman tanya, ‘…. Tak bagi apa-apa tadi?’
‘tak…’
‘Patut le dia tunggu lama-lama….’
‘Kenapa?’
‘dia tungu lama-lama tu minta di bayar….’
‘Bukan ke masa kat airport tu dia dah cakap itu tugas dia nganto sampe ke rumah?
‘Iya laaa… tapi dia minta di bayar…. Pasal itu dia tanya abang orang Malaysia ke?…’
Ropenya kalau kat Indon tu, walaupun tugas resmi, mereka ‘mesti di bayar’ sebaggai ‘pelincir…’
Alhamdulillah le kat Negara kita ni perkara begini masih terkawal. Memang ada hae begini, tapi tak teruk sangan sampe ke ako umbi le….
Ponah juga teman kat Jakarta mase teman bebarih nak ‘check-in’ ada kakitangan airport, yang pakai uniform, tepuk bau teman. Dia Tanya sama ada teman nak cepat tak?
Teman kata, tak apa lah….Nunggu bebarih nak ‘check in’ biase le…. Tapi memang ‘slow’ sangat kerja pegawai kat counter tu…. Teman tak tau le kut ade 'kerjasama' antara 'orang dalam' dengan orang 'luo' kaunter tu.
Ada juga di kalangan penumpang yang tak mau nunggu lama-lama dan dia terima ‘offer’ dari pegawai yang beruniform tu….
Dia serah semua passport, tiket dan dokumen yang diperlukan untuk check in.
Selesai….
Tak sampe 10 minit dah dapat ‘boarding pas’, dah dapat semula semua dokumen….
‘Perkhidmatan’ ini juga dibayar… Asing dari bayaran airport tax dan sebagainya….
Cuba bayangkan seoragn kakitangan lapangan terbang meminta untuk diberikan ‘perkhidmatan ‘ ini? Berpakaian uniform ni!!!!
Kengkadang tu pegawai airport tu ‘offer’ nak tolong bawakan baggasi…. ‘Perkhidmatan ini jua dibayar…
Kalau ramai penumpang, keadaan sebuk di dewan nunggu bagasi, ‘pegawai’ ni juga kontrol kereta sorong kat airport tu. Kalau kita nak guna kereta sorong tu, harus di bayar juga pada pegawai yang beruniform ni….
Menasabah ke?
Tapi kita terima je le itu memang dah jadi budaya dema di sana….
Dari satu sudut, kita lihat ‘the brighter side…. Orang sana tu pandai ‘cari makan’…..
Bebalik pada cerita teman baru sampai kat Jakarta dengan nak-nak tadi, sebaik je melangkah keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang tu, teman kena kerumun…. Kali ini oleh pemandu teksi. Ada yang terus nak angkat bag.
Kita dengan nak-nak besama kita, nak kawe nak-nak, nak kawal bag lagi…. Kecoh. Tenggelam punca di buat dek dema… Kebetulan pulak masa tu ‘mem’ teman singgah kat counter ‘money changer’ nak beli duit rupiah …. Teman keluo je dulu, teman tinggekan ‘mem’ teman usekan tentang rupiah tu. Nanti kat luo nanti masalah pulak. Maklum le mawak nak-nak ni memacam dema ndak. Tak ada duit nak mayo macam mana pulak.
Tapi sebenonya, duit Malaysia memang laku sangat kat Jakarta. Cuma kita rugi dari segi pertukaran je le.
Sebenonya ‘serbuan’ dari pemandu teksi begini memang biasa. Hati-hati dengan pemandu teksi di Lapangan Terbang Jakarta ni. Teman klasifikasikan dema ni sebagai ‘ganas’!!!
Teman teringat 5-6 tahun yang lalu, teman menghadiri persidangan di Bogor. Ramai peserta dari seluruh dunia datang untuk menghadiri persidangan tersebut. Biasanya kalau persidangan seperti itu, pihak penganjur akan ambik kita kat Airport.
Ada seorang perseta dari Filipina, dia ni tertinggal, kerana penerbangannya tergendala, lewat sampai. Jadi ketika penganjur datang mengambilnya dia tak sampai lagi.
Dia cerita, sedang dia berbincang dengan salah seorang pemandu teksi bagnya telah di ambil oleh pemandu sebuah teksi yang lain. Dia bawak satu bag je pun, Dia mau ambil balik bagnya, tapi tidak dibenarkan, boot teksi dah di tutup. Manakala pemandu teksi yang dia berunding itu menarik dia untuk masuk ke teksinya.
Akhirnya kedua-kua teksi tersebut mengiringinya ke Bogor, kira-kira lebih kurang 80 km dari lapangan terbang.
Tiba di bogor dia terpaksa membayar pada kedua-dua teksi….
Ketika ditanya harga yang di caj, (sudah lupa berapa), teman-teman dari Indonesia mengatakan bayaran itu adalah sekitar sebulan pendapatan mereka…. Maknanya dema dapat ‘durian runtuh’, nganto sorang pesenje je dah dapat sebulan pendapatan…. Untuk dua orang dereba teksi…. Memang keh nanye!!!
Bayangkan kawan kita ni membayar dua buah teksi dengan caj memadai pendapatan pemandu teksi selama satu bulan….
Ini yang teman maksudkan dengan ‘ganeh’ tu.
Bila teman kena serobu tu, teman dengar ‘mem’ teman menjerit …. Dalam bahasa dia le… teman tak faham sangat.
Agak-agaknya dia marah kat pemandu teksi tu lah….
Oohhh lega lagi. Nasib baik ada mem…. Ropenya, bila dema kene jerkah tu, mau juga dema ngedo dari situ…
Coya punya coya, teman nampak dua tiga orang ahli keluarga dari Jakarta dah nunggu. …. Dema datang dengan dua buah mobil!!!
Sampai di rumah sekitar jam 5pm lebih waktu Jakarta, kita-kira 2 jam perjalanan. Bukan jauh sangat. Rasanya tak sampai 50km dari ‘bandara’ tapi jalannya .macet Pak!!!.
Lebih panjang masa perjalanan dari Penang Ke Jakarta berbanding dengan perjalanan dari bandara ke rumah mentua teman kat Jakarta….
Sebenonya, ini bukan le kali pertama teman ke Jakarta ni. Dah berpuluh kali rasanya. Tapi dulu teman pergi langgeh je. Sesorang je.
Kali ini datang dengan naknak, lain beno rasanya. Ada kerisauan apabila sampai di Jakarta, kita rasa kita mawak sesuatu yang telah dipertanggung jawabkan…. Anak-anak…
Teman rasa lebih senang hati bila saya mendarat di lapangan terbang Tokyo, walaupun teman tak faham apa yang dipertuturkan, berbanding dengan menghadapi keadaan di Bandara Sukarno-Hatta, di Jakarta.
Orang Jepun tak ganeh macam yang diceritakan oleh tok nenek kita masa Jepun datang memerentah Malaya dulu. Orang Jepun lebih berdisiplin. Orang Jepun tak menipu. Orang Jepun lebih bersofan santun. Orang Jepun amat hormat pada orang luo yang datang melawat Negara mereka.
Kalau mengkome nak ke Indon, berhati-hati leee. Teman yang dah banyak kali pergi ke sana tu pun rasa cuak juga kalau pergi ke sana.
Tapi jangan le sampe tak ndak pergi pulak.
Rezeki memang banyak kat situ. Bembarangpun murah, tapi kena tau tempat dan jangan tertipu. Kat Indon ni, pendek kata, ‘orang’ pun dema jue, usahkan bembarang….
Batu tepi jalanpun dema boleh jue… dema kata batu ada kuasa. Boleh ngubat orang sakit. Boleh memberi tenaga lelaki. Boleh mintak macam-macam. Kelentong punya kelentong pada orang Malaysia, batu tepi jalanpun boleh dema jue pada orang Malaysia….Macam cerita P Ramli je…,
Teman dengo cerita, di Afrika Selatanpun lebih kurang macam tu juga, Tapi teman tak ponoh kena lee. Temanpun ada sekali je pergi sana, dan teman pulak pergi dengan urusan resmi, jadi segalanya telah di atur…. Cuma teman di beri peringatan, jangan keluo sorang-sorang…. Banyak peragut di sana.
Tapi kat Klpun apa kurangnya. Sampe mati kena ragutpun ada.
Masa teman kat Jakarta tu dalam ati nak nengok beno cerita kat Jakarta yang ngatakan orang Indon dah siap naknyerang Malaysia.
Sampe ke sudah, teman tak nengo langsung cerita-cerita macam yang dema cerita kat TV di Malaysia tu. Apahpun tak ada. Orang sebuk nak balik kampong je. Cerita orang yang tak dapat balik. Cerita orang dah beli teket keretapi, tapi tak dapat naik, sebab orang yang dalam keretapi tu tak mau mukak pintu. Kuj keretapi dah sendat dengan penumpang. Pemumpang manjat masuk kedalam kuj keretapi naik ikut tingkap. Cerita anak kene tingge di stesen keretapi, mak bapak dah naik ikut tingkap... Anak dah naik, mak bapak masih tingge kat stesen keretapi...Penumpang duduk ateh bumbung kuj kereta api. Ateh enjin kepala keretapi penuh dengan penumpang... Cerita-cerita yang macam tu je yang banyak teman mengo di situ...
Kalo ngikutkan pak mentua teman, kebanyakan yang tunjuk perasaan tu di upah oleh mereka-mereka berkepentingan. Nak ngelakkan permasalahan dalam negara. Dema sendiripun jarang sangat nengo cerita macam tu....
Wallah-hu–aklam….. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk tu kita jadikan sempadan…
seghonok juge teman mace ceghite ni.. teman baghu ke Padang.. Hagap sgt taun depan dpt ke Jakarta pulok.. tp deme kate bahaye..ntoh le..
ReplyDeleteMase kat Padang dulu pun deme ngabo ke teman yg deme yg demo tu diupoh.. betui la kot ye
awok bile kenangkan puak2 yang nak ganyang Malaysia tu buat....awok maleh nak kesane.....tapi bile awok kenangkan sume bende tu bermotipkan politik......politik sane...dengan politik sini....lagi semangat awok nak kesane......
ReplyDeletekat entri buah nangka mastura tu tak boleh komen ke yob? selamat berkenalan. baguih le jugak kamu minat tanaman ni. boleh le awok mintak pendapat nak tanam kacang depan ghomoh nanti. hari tu tanam udah mati.
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteASJ: Padang dgn Jakarta tu jauh sangat bezanya. Mike kena pergi ke Jakarta, baru mika boleh bezakan... Kalau mike terase lapo kat Padang, mike boleh pejam mata, singgah mana-mana kede makan, mesti punya mike masuk ke kede orang Islam. Tapi kalau di jakarta, kede orang islampun nyue arak, nyue satnike benda yang haram.
Teman ponoh nego tukang masak kat hotel di jakarta. Dia ni orang islam, tapi dia ngoreng telo (mate kobo) yang teman mintak dalam satu kuali dengan dia ngoren beacon.
Mujo teman nyengok tempat dia muat telo goren tu.
Tangan teman dah rase rengan je nak nyepak budak ni...
Tau ape dia jawab bila teman marah pada dia....
'....cari rejeki pak!!!'
Memang hale rasenya kalau dia kene penampo ari tu....
DK8: Tu le temanpun molenye cuak juga nak pergi kesana tu. Tapi bila tibe di sane memang tak ada apa-apa. Bila Pak mentua temah introdus kat mesejit, teman ni menantu dia, beria beno dema nyambut teman.
Keh yang kita dengo di TV di surat habo tu memang mainan pehak media je.... dengan pehak politik.
Mike tau tak ketua yang mengge taik ke kedutaan kita dulu tu, orang batak. Orang kristian.
Memang di Jakarta tu ada satu puak, yang kojenya ngambik upah orang suruh berdemonstrasi... Dia ni lengkap dengan segala peralatan untuk berdemonstrasi.
Bukan banyak mana sangat upahnya.... Nasi sebungkuih je... untuk tengah ari, lepeh berdemonstrasi....
KS: Yang teman tau entry nangka mastura tu sapepun boleh komen. Memang teman suka orang komen. Bio ada orang nego apa yang kita buat untuk teman jadikan panduan dan sempdan dalam koje teman ni. Kalau tak ada orang beri komen, terase gelap mate memandang. Terabe-rabe weh.
Itu yang jadi Syok sendiri tu. Kita rase kita dah hebat, tapi sebenonya apahpun tak ade.
Mika beri le komen. Ajak kengkawan beri komen juga.
Insyallah, kalau pase tanaman, selagi tuhan izinkan , teman akan bantu. Memang tuhan dah bagi teman hae tu.
Kepakaran teman buah-buahan tropika, tapi pase tanaman yang lain-lainpun boleh le juga teman bantu. Kalo mike nak tau pase nangke, teman ada kursus 3 hari di Maran, Pahang. Mika boleh jumpa dengan PPK tempat mike, mintak dema antokan mike ke sane.
Teman rase seronok kalau ada kalangan orang kita yang mau betanya. Yang payahnya orang kita ni betanyapun tak sio. Tu dah terabe rabe muat koje.
Salam ayah yop,
ReplyDeleteSesekali mike meghayo jenuh teman macenye. manyak ceghite hei pak hei mak meghacun. Ate lepaihni buat ceghite daghi menoghe ke bali le pulak.
Nyenoh macenye Yop, tapi baguh beno citenye.
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteTinuj N Sharouk:
Teman nak cerita dari Jakarta ke Penang pulak. Mengkome tau, teman kena cek habih.... Sampe kasutpun kene tangge... Botoi ayo susu anak teman tena ponggah....
Teman dah tulih sikit, belum abih lagi.
Ate, orang tua nulih... dah tak berape mau nak tumpu.... Pikiran dah tumpoi....
Yo le pikio yang tumpoi yang lain ijak... tumpui pikio boleh nyambung balik...mike pakat le si Sharouk tu bile sesakali nyengok menoghe ajak belabaun kat tebin R&R tu.Tajuk baghu daghi Penang ke Menoghe/Boye buat pulak.
ReplyDelete