Tuesday, August 31, 2010

Main Moyam Buluh Di Bulan Pose

Satu lagi kenangan teman masa bebudak yang tak dapat dilupakan terutamanya di bulan posa, adalah bermain Moyam Buluh.

Moyam buluh ni biasanya dibuat dari buluh aur. Buluh ni sesuai kerana sais dia besar (sekitar 7-9 inci) dan buluhnya tebal, sehingga lebih kurang 3/4 inci atau sekitar 1.5 cm.

Masa umor teman 5-6 tahun, teman bermain dengan Pak Cu teman. Dia yang mencari buluh aur tu, dia juga yang muat moyam tu. Teman numpang nyucuh api je. Masa itu semua dia yang nolong muatkan.

Bila teman dah beso sikit, dah masuk 8-9 tahun teman pulak yang muat sendiri. Teman pergi dengan kengkawan yang sebaya mencari buluh nak muat moyam. Masin-masin mawak parang, pergi ke podu aor buluh. Memang dah tau dah tempat dimana nak cari buloh aor.

Dekat kampong teman tu ada sepodu pokok aor. Aor ni spesial sikit. Dia berduri. Batangnya beso, tebe.

Sempone dengan buluh ini le kampong teman tu di gelo Kampung Aor Duri.

Memang ada sepodu itu je buluh aur duri. Bila masuk bulan puasa, hari pertama lagi dah bepakat rame-rame mencari buluh moyam. Kena pergi cepat-cepat. Kalau pergi dua tiga hari pose, buluh yang leklok dah tak mandang lagi. Kengkawan dah ambik habis dah….

Satu lagi jenih buluh yang selalu kita pake untuk muat moyam buluh ni, di pangge buluh betin. Buluh betin ni pun tebe macam buluh aor juga. Buluh betin ni lagi baik pulak, sebab ruehnya pendek-pendek, Lebih banyak buku, jadi buluh ni lebih tegap dari buluh aor. Gueh buluh aor lanjang sikit, tapi itupun dah cukup kereh. Jarang beno nengo duluh aor ni pecah. Tapi kena ingat masa ngerat domoncong moyam tu pastikan ianya rapat pada buku, ini membuatkan buluh tu lebih tegap - Ini tak ada di tulis dalam mana-mana buku. Ini pengalaman main moyam buluh 50 tahun yang lalu.....

Ada satu lagi jenih buluh, teman dah lupa pulak namanya, rebungnya manih. Selalunya buluh ini orang simpan sebab rebung dia manih. Buluh yang ini lagi beso batangnya, lagi tebe dari buluh aor ataupun buluh betin. Cuma, jarang-jarang sangat dapat batang buluh ni, kerana, pantang nyulo rebungnya, habih kena korek. Tak sempat beso batangnya. Nyulo je rebongnya, ukut rezeki memasin leee, siapa yang nampak dulu, rezeki dia le. Rebongnya memang manih, apa lagi campo dengan gule tempoyak, ikan patin atau ikan temoleh... eeehhh nitik ayo lio di buatnya.

Untuk main moyam ni kena ada 4 perkara.

1. Buluh yang akan jadi moyam
2. Kebait – sebagai bahan ledakan
3. Penyucuh api – nak nyiut moyam supaya meletup
4. Pelita – untuk memasang penyucuh api.

Buluh Moyam
Bagian buluh yang paling best untuk muat moyam adalah bahagian pangke sekali. Bahagian ini yang paling tebe dan yang paling keras. Kalau bahagian yang ujong-ujong, buluhnya dah tak berape tebe, tak dan apa dah pecah. Yang nebang pokok buluh yang pertama tu akan mendapat bahagian pangke sekali. Yang nolong nebang akan dapat bahagian kedua atau ketiga. Biasanya sesebatang buluh tu boleh ambik 3 ketong je.

Sesuatu keratan tu ada 4-5 buku/ruas, panjangnya lebih kurang 4-5 kaki. Dah siap potong, masin-masin bawak balik kerumah, repang elok-elok dengan gegaji.

Pada atas sikit dari buku rueh yang pertama buluh moyam tu, buat lubang lebih kurang 1/2 inci, sebagai tempat untuk menyucuh moyam tu dengan api – barule dia meletup.

Kemudian di hujung bahagian depan buluh tu di tembo dengan kayu untuk nak muat lubang. Kena tembo nak pecahkan buku buluh tu bahagian dalamnya supaya lubang buluh tu bersatu, untuk menjadi lareh moyam. Buku buluh bahagian bawah sekali je yang tak ditembo supaya buluh tu dapat menakong ayo.


Pencucuh api
Penyucuh api biasanya di buat dari pokok bemban, sebab dia sentiasa basah dan tak mudah hangguh. Bahagian hujung batang bemban tu di belah 4, selitkan koteh surat abo untuk jadi sumbu. Rendam bahagian sumbu tu dalam minyak nyo. Boleh guna minyak geh, tapi nanti habih sumbu tu tebako cepat sanat. Boleh juga guna kain buruk untuk gantikan koteh untuk jadikan sumbu penyucuh api.

Kabait
Kabait ni digunakan sebagai bahan ledakan.
Kabait dititik menjadi kerikit sebeso ibu jari supaya senang nak masukkan melalui lubang pencucuh pada moyam tu.

Untuk menitik kabait ni kena guna dua bilah kapah. Selilah di kapakkan di permukaan tanah untuk dijadikan tapak untuk menitik kabait. Sebilah kapak lagi digunakan untuk penitik.

Ketulan-ketulan kabait yang dibeli dari kede tu diletakkan atas kapak yang pertama dan dititik untuk memecahkannya ke saiz sebeso ibujari menggunakan sebilah kapak lagi.

Kerikil kabait ini dimasukkan dalam buluh moyam melalui lubang pencucuh api ataupun melalui bahagian depan moyam. Kabait ini akan bertindak baleh dengan ayo yang dimasukkan dalam buluh, dan akan mengeluokan gas etelina.

Yang meletup dan meledak tu gas ini le bile disambo api.

Pelita minyak geh
Pelita mesti ada stand by. Pelita ni digunakan untuk memasang api pada pencucuh, supaya kita boleh siutkan pencucuh ini pada lubang di buluh moyam tu.

Cek semua bahan. Kalau semua dah lengkap, boleh le main moyam.

Mula-mula masukkan air sedikit (lebih kurang I liter) kedalam buluh tu. Kemudian baru di bubuh kabait dalam buluh tu. Tunggu lebih kurang 30-40 saat. Cucuh dengan sumbu api. Mesti bedentum punya…..

Sumbu tu bio le panjang sikit. Sekurang-kurangnya 3 kaki. Ini adalah untuk menjaga keselamatan. Kut apa-apa terjadi kita jauh le sikit dari moyam tu. Kalao moyam tu belah masa dia metup, tak le kita kena sembo.

Kata orang main moyam buluh ni bahaya. Ada dema cerita, ada budak kena sepit ‘si awang’nya waktu main moyam apabila moyamnya pecah waktu meletup. Tapi teman tak percaya le…. Cerita ni mesti nak nakutkan bebudak je.

Yang ponah kena pada kawan teman, waktu dia mencucuh api pada moyam tu, moyamnya tak meletup, Diapun nginte le kedalam moyam tu ikut lubang penyucuh. Dia nampak ada api dalam moyam tu. Elok waktu itu juga moyam tu meletup.

Abih disenggo muka kawan teman tadi. Apa kenangkan…. Terang bulu keninnya. Terang bulu matanya… Mujo mata tak kena apa-apa.

Lepeh tu dia tobat tak main moyam lagi… Sampe ke sudah dia tak mau main moyam lagi…. Agaknya serik betui lepeh dia kena senggo tu.

Teman kena ingatkan pada yang nak ncuba main moyam buluh. Masa nak nyiut tu kena tunggu lama sikit. 30-40 saat tu elok le. Kalau terlalu cepat, gas tak cukup lagi yang keluo dari kabait tu. Akibatnya api akan menyala pada ketoi kabait. Tapi apabila gas yang dah cukup banyak, dia akam meletup. Itu yang terjadi pada kawan teman tu.

Ataupun kalau gas tak cukup, dia akan meletup juga, tapi bunyi ledakannya tak nyaring. Macam bunyi kentut je….

Lain-lain jenih moyam

Ada dua tiga lagi jenih moyam yang ada masa teman bebudak dulu tu.

Moyam tanah
Selain moyam buluh ada lagi satu jenih moyam. Kuma pangge moyam tanah.

Moyam ni di buat pada busut jantan. Dikorek pangke busut tu macam gua. Tebuk satu lubang dipuncak busut tu, darri ateh tembus sampai ke lubang yang macam gua tu. Masukkan tempurong berisi ayo kedalam lubang ‘gua’ busut tadi. Tunggu lebih kurang 1-2 minit. Kena tunggu lama sikit, tak macam moyam buluh, 30-40 saat dah cukup. Siut lubang yang ada dipuncak busut tu. Mesti bedentum punya.

Bunyinya alamak….. begego….Terasa begego di tapak kaki. Itu yang best nya…Bunya tu sebatu dua tu masih boleh dengo lagi. Cuma jangan tunggu depan lubang ‘gua’ busut tu. Bahangnya terasa. Lagipun penutup gua tu akan terpelantin. Itu yang bahaya tu. Kut kena muka…. Biasanya kuma ambik zin atap rumah sebagai penutup gua tu. Ataupun boleh juga gunakan daun pisang, tapi kena banyak lapih. Tujuannya supaga gas etelina tu tak meresap keluo dari ‘gua’ busut tu.

Moyam Katak.
Korek lubang pada tanah. Bubuh ayo. Masukkan kabait dalam ayu tu. Tutup dengan tempurong jantan – tempurong yang ada lubang tu…

Tunggu 10-15 saat. Siut. Bedentum le…. Pempurong tu akan terpelantin ke udara. Tinggi. Boleh sampai 10 kaki.
Tapi bunyanya tak le kuat. Angkat sikit pada kentut je….

Mase taman kekecik tu dulu teman ‘modifi’ moyam katak ni. Teman tak korek tanah begitu je, sebab, selalunya ayo yang kita tuang kat tanah tu cepat sanggat dia meresap. Habih hilang ayonya….

Teman gunakan tin susu cap junjung tu. Teman tanam sampe apuih ke ateh. Jadi bila di tuang dengan ayo, ayo tak meresap ke dalam tanah. Teman ganti tempurong jantan dengan tin bekeh milo. Teman tebuk pada ponggong tin milo tu.

Teman ubuh kabait dalam tin susu cap junjung yang bertanam tu dan kemudian teman terapkan tin milo atehnya untuk tutup ges etelina spaya jangan hilang. Tunggu 20-30 saat. Siut. Bedentum ….

Moyam yang teman ‘modify’ ni bunyinyapun kuat lagi. Nyaring. Tapi tak le bergempa macam moyam buluh…...

Lepeh teman buat tu, bila kawan-kawan teman nengok, demapun ngikut buat moyan macam teman buat tu….

Bahayanya satu je. Bebaik sikit bila nak letak tin milo tu. Jangan senget, apa lagi kalo senget mengghala ke kita. Pencucuh kena panjang sikit.

Bila dia meledak, tin milo tu akan tobang ke udara macam roket. Laju. Tinggi. Lebih tinggi dari tempurong jantan. Kalo tin milo tu singgah ke dagu, rasanya dagupun boleh tobang juga….

Pada masa tu maim moyam buluh ni memang salah. Kengkadang polis ada meronda ke kampong teman nangkap orang main moyam buluh. Dema meronda ikut Sunge Perak. Masa tu jalan raya tak ada lagi. Jalannya sempit, elok-elok muat kaki nak bejalan je. Lebih kurang sama je dengan jalan orang pergi noreh.

Ada suatu ari tu, tiba-tiba je teman nampak polis di belakang teman. Tak sedo masa bila dema datang. Nak lari dah tak sempat. Dalam ati dah ngelabah…tak tau nak buat ape. Masa itu apak teman tak ada di rumah….

Salah sorang polis tu tanya teman, ‘abang buat apa?’ dia bahasakan diri teman ‘abang’….
Teman teruh terang je bagi tau teman main moyam.

‘Ini apa?’ dia Tanya lagi sambil menunjukkan pada moyam katak yang teman modify.
‘moyam juga….’
‘moyam apa?’
’Moyam katak’
‘Pase apa pangge moyam katak?’
‘….ketayap dia boleh melompat’ teman jawab selambe. Tapi sebenonya dalam ati takut bukan main lagi.
‘ce tunjukkan…’ Temanpun pasang le moyam katak teman tu…
…berdentum…
‘Sape ajo buat moyam ni?’
‘tak sape…’
‘macam mana tau buat?’
‘reka je…’

Sambe dia Tanya tu teman nampak dia masukkan kabait kedalam moyam buluh teman….
Teman biokan je….

Teman nampak dia cucuh moyam teman…. Bedentum….
Dia senyum pada teman…

Temanpun berasa berani sikit dengan dia…
Dia pulak ajak teman main moyam dengan dia…. Kumapun main le besama… Hilang rasa takut.

Tak lama kemudian apak teman balik keromah… Teman nampak dia besalam dan bertego sape dengan mesra…. Dia pangge apak teman 'abang jit'... Dalam ati teman ngagak, 'dia ni mesti sedare ni...'

Ropenya dia ni besedare dengan apak teman, adik beradik sedatuk…Tapi teman tap ponah jumpa lagi sebelum ni…

Dia bagi tau dia baru tuko dari Tapah ke Kuala….

Teman mati-mati nyangkakan dia ni nak nangkap teman pase main moyam.

* * *

Masa teman dah ngaji di Kuala, kira-kira tahun 60’an le, main moyam ni dah sangat popula di Kuala. Di Talang Dusun, jalan nak ke Tepin, sebelum simpang ke Gerik tu, dema buat macam pesta perang. Ada dua pasukan ngadap masin-masin bermain perang. Dema main di tepi bendang. Jarak antara pasukan sekitar 50-60 meter.

Bepuluh-puluh orang anak muda/remaja masin-masin mawak moyam buluh. Bukan dari kampung Talang Dusun je, dari kampung-kampung sekitarpun turut datang main moyam di situ juga. Dari Padang Rengas, dari Jemuan, Jalan Baru, Ketio…Masa tu dah rame yang kene masing-masing sebab sama besekolah di Sekolah Clifford.
Dema main waktu malam, biasanya dah lepeh jam 10 malam. Lepeh terawih. Yang seronoknya, penuntunpun rame juga. Dema mawak anak-anak sekali….. Penuntun lebih rami dari yang main moyam, Orang-orang bejajepun rame yang datang. Laku…. Macam pesta jum hebuh pulak…

Tapi teman tak ponah pergi nengok dema main moyan tu, sebab waktu memalam pak sedare teman tak bagi teman keluo. Kalo pergipun tentu dah jam 1-2 pagi baru balik. Menesabah beno le dia tak bagi teman pegi. Waktu tu apak teman tumpangkan teman duduk dengan pak sedare teman, duduk di Simpang Lawin. Kalau duduk kat kampong, nak ke Kuale tu kena nain but, mana nak dan pergi sekolah pepagi. Dah dekat pukui sepuluh baru sampe ke Kuala.

Kalau ikut kan ati le, teman waktu tu memang teman nak pegi sangat….. Lubang libu bila tak dapat pegi. Kengkawan kat sekolah esoknya becerita pase pesta main moyam buluh kat Talang tu… Teman nengo cerita je le… Tapi cerita tu dah galak sangat, itu je yang diceritakan…Sampe teman macam ingat setiap terkataan yang dema ceritakan tu… Pase tu le teman boleh ceritakan balik apa yang dema cerita pada mengkome ni.….

Jum le kita balikkampung…. Kita ajo naknok main moyam juga.

Monday, August 30, 2010

Tabung DNA Untuk Selese Masalah Muang Bayi

Ape ke he nye negara kita ni.
Nak peronjang ape nak tubuhkan Tabung DNA pulak?
Se ceritakan sikit, dari sudut mana Tabung DNA ni dapat membantu menyelesekan masalah muang bayi ni. Pase tabung menabung ni teman ni benak sikit.

Tapi kalo pase DNA saje teman tau le. Tak le bodo sangat..... Teman dah belajo pase DNA ni sejak tahun 1960'an lagi.... Memang bidang temanpun, tapi teman tumpukan pada DNA pokok (Botani) je. Tapi bendanya serope je. Tau pase DNA pokok tau le juga pase DNA alam haiwan seperti manusia.

Kalo ade sesape nak tau dia tu keturunan beruk tungge ke boleh le dia gunakan kaedah menggunakan DNA ni.

DNA ni memang le macam cap jari, tapi dianya dah sampe perengkat molekular.

Melalui DNA ni kita boleh kesan secara sahih siapa dia mak bapak, sedare kandung, sedare se bapak ato se mak, tok nenek,,, Pendek kata, boleh kesan wareh-wareh dekat.

Malahan kalau DNA ni di buat kajian yang lebih mendalam lagi, kita juga boleh kesan keturunan kita ni dari bangsa afrika ke, bangsa arab ke ataupun sedare kita sebenonya dari keturunan orang asli Negrito yang masih dalam utan belentara tu.

Kalau ikutkan ilmu genetiks, sesiapa yang terlalu banyak bulu rume tu, rasanya pewarisan dia dengan beruk tungge tu masih terlalu dekat. Mungkin selang beberapa generasi je... Ce tanya tok nenek mengkome, kut-kut dema ingat!!!! Ataupun cube cek gambo-gambo lama, kut ada gambo-gambo lama terselit kat mana-mana ada gambo keturunan mengkome.

Dari segi ni kita kena balik ke AlQuran dan Hadis le. Ini le kelebihan saintis Muslim. Kalau saintis dari Barat, dema percaya bulat-bulat manusia ni berketurunan dari berok seperti yang disarankan oleh Darwin dalam 'theori of evolution'.

Tapi mase teman belajo di US dulu tu, bila sampe ke soalan tentang keturunan manusia, teman jawab macam dema ajo teman le. Tapi teman jawab tu berlapik le. Teman tak jawab terus manusia ni dari keturunan berok, tapi teman kata,' menggikut Darwin, manusia ni berketurunan dari berok.... lepeh tu baru teman huraikan seperti yang dema ajo pada teman. Teman tak sebut le kalau mengikut Alquran dan Hadis, manusia ni di jadikan istimewa oleh Allah untuk menjadi khalifah di bumi ni...

Temanpun cuak juga nak beri jawapan yang bertentangan dengan ape yang dema ajo. Takut di 'fail' dek dema... Nanya je teman nanti balik Malaysia dengan tangan kosong je... Tapi alhamdulillah.... jawapan yang teman beri tu sentiasa memuehkan profesor teman. Markah tak ponoh jatuh leee.

Apa yang sahih, keturunan kita bukan le dari beruk atau monyet. Kalau adapun mungkin dari keturunan orang-orang Yahudi yang disumpah menjadi beruk bila tak mau pergi Sembayang Sabtu..... (Dema ni sembahyang hari Sabtu, bukan hari Jumaat macam umat Islam), Cerita ni berlaku di zaman nabi mana ke, teman dah tak ingat, rasanya Nabi Allah Musa, masa dia nak mencari Nabi Allah Hedzir... Teman tak pasti ....

Nak dapat DNA ni pun senang sangat. Boleh ambik dari rambut, dari kuku, dari darah, dari kulit... apa saja bahagian biologi seseorang.... Dari najis dan ayo kencinpun boleh juga...

Ataupun ada setengah manusia tu dia simpan ayo mani dia untuk kegunaan 'di suatu masa akan datang.....'

Contohnya masa muda dia tak nak kawin. Dia simpan ayo mani dia dalam tabung DNA ni. Bila umo dia dah sampe 70 tahun baru dia tepikio nak kawin.

Pada masa itu si 'Awang'nyapun dah tak mau bangkit lagi.... Boleh le dia gunakan ayo mani yang dia simpan tu dulu dengan menggunakan kaedah 'Permanian Berhadas' atau Artificial Insemination (AI)' untuk mengandungkan isteri dia. Ataupun ambik keluokan 'ovum' atau telor dari isterinya dan lakukan persenyawaan di luar rahim kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim isteri. Senang cerita melalui teknik tabung uji le. Test tube.

(Orang Melayu ni rata-rata silap banyak. Mengkome menganggap orang jantan yang betelo. Sebenonya orang betina yang betelo, bukannya orang jantan. )

Sebenonya temanpun tak nampak sangat le apa kebaikan tubuhkan tabung DNA ni, untuk tujuan mengatasi orang muang bayi ni. Cuma, kalau penjenayah tu tertangkap, dia pulak tak mengaku dia yang buat, kemudian bila di ambik DNA dari dia dan di bandingkan dengan DNA bayi tu, dan ada tanda-tanda keserupaan, baru le kita boleh dakwa penjenayah tu dengan menggunakan bukti yang lebih kukuh dan tak boleh disangkal lagi....

Ini termasuk le kalau ada beberapa orang 'bapak' yang tumpang berkaki-kaki. Dengan mengunakan kaedah DNA ni, kita boleh pastikan dan cam 'tanpa was-was' dari siapa ayo mani yang menjadi 'bapak' pada bayi tu.

Sebaliknya, Tabung DNA ni boleh dimanfaatkan oleh setengah-setengah manusia yang berkepentingan...

Malahan di barat sudah ada tabung DNA untuk menyimpan ayo mani, terutama di kalangan artis-artis di sana. Dema memasarkan ayo mani dema dengn harga yang amat mahal. Laku pulak tu.

Tau aje le kat barat tu bukan ada panduan hale/haram. Rame anak dare tua (tak pasti le dema ni masih ada dare ke lagi tak ade ke!!!) yang tak bersuami. Dia nak anak hansom macam artis tu. Glamor. Jadi dema ni sanggup beli ayo mani dari tabung DNA ni. Lucrative business laa...'

Ada juga orang-kaya, yang terlalu banyak duit dah tak tau nak buat apa dengan duit dema. Dema ni menyimpan ayo mani dema kat tabong ni. Tak tau le untuk nak buat apa.

Ada pulak dema ni yang pergi setapak lagi lebih jauh.... Dema 'klon' diri dema sendiri.... Yang nengonya, yang berjaya pada manusia tu tak ponah nengo le lagi, tapi pada kambing bebiri tu dah ada le. Ingat tak yang hebuh lebih kurang 7-8 tahun dulu tentang anak kambing yang dema gelo 'Dolly'? Yang itu cerita' klon' lee, tapi itu pada kambin bebiri, bukan pada manusia. Dema 'klon' diri mereka tu konon-kononnya dia cipta diri dia lagi sorang untuk mewarisi harta dema tu.


Pase sekolah khas untuk anak sekolah yang 'termengandung' tu pun macam perbuatan orang 'GOLF' - 'Gejala Orang Lemah Fikiran'. Ini macam kita menggalakkan perbuatan zina dikalangan bebudak remaja yang masih bersekolah. Apa nak digaduhkan, kalau 'termengandung', ada tempat nak pergi.... Percuma pulak tu.

Patutnya dema selesekan punca masalah tu, bukan selesekan buah penyudah...

Ini serupa le dengan cerita sorang Menteri suatu ketika dulu yang memberikan kondom secara percuma untuk mengatasi penyakit AID. Menteri tu kita boleh terima le hakikatnya dia ni bukan orang muslim. Tapi bangkang tetap bangkang, sebab ianya bertentangan dengan Syariah Islam. Malahan Menteri itu sendiripun kena tangkap gambonya sedang berasmara dengan pasangannya yang luo nikah.... Teman tak kose nak sebut mana menteri tu.... Sekarang ni pulak bekeh menteri tu dah jadi Presiden salah satu pati politik....

Bila negara kita ni diperentah oleh orang-orang macam ni, habih tonggang langggang le negara kita.... Muh kita bedoa le... Mintak selamatkan negara kita ni dari di timpa bencana....Wallah-huaklam....

Saturday, August 28, 2010

Main Nganto di Bulan Puasa

Budaya main nganto ni agaknya dah pupuih dah. Dah tak nengo lagi bebudak sekarang main nganto memalam bulan pose.

Dalam tahun 60'an, mase tu teman dah remaje, memang main nganto ni kire kemoncak bulan puase. Memang di tunggu-tunggu bulan puase ni sebab nak main nganto.... Zaman tu bukan main nganto dalam masyarakat sekampong je, tapi nganto sape menyeberang kampong.

Tapi teman rase main nganto ni ada di sekitar Kuala Kangso je. Bukan seluruh perak pun. Di kawanan Tepen, Sitiawan, Ipoh apa tu tak nengo habo pulak pase main nganto ni. Belah-belah parit tu ada.

Kat kampong teman tu kume main nganto sampe melangko kampong. Kalau terminologi orang sekarang ni kira-kira interkampong leee

Kpg Buaya, Rambai Tujuh, Talang Tengah, Sodang, Senggang. Aurduri, Kubang Pekan, Menora.... Cume kpg Kelebo je kuma tak masuk, sebab kena nyeberang sunge. Susah sikit, kalo kene kejo, nanti nanye je kena tanggkap, kene lumo dengan arang.... Masa tu gotak Sotan Azlan tu masih tak ada lagi.

Mase tu dah rame yang dah kene kat kampung-pampong bersebelahan tu, pase dah rame kengkawan kat kampung tu, sebab dah banyak yang ngaji kat Kuale. Sekolah Clifford, sekolah Raja Muda Musa, GEGS... (Government English Girls School - kat ateh bukit reseden tu...

Dalam tahun 40'an apak teman ceritapun dah ade main nganto ni. Mase tu teman belum keluo lagi. Dia cerita, dalam taun 1949, masa tu mak teman tengah sarat, meso perutkan teman. Teman ingat sangat tarikh ni kerana malam reraye pose taun tu teman jadi. Masa orang tengah sebuk memasak nak nyambut esok nak reraye, masa itu le juga teman sesak sangat nak keluo.

Mak teman kena beranak sengsorang sebab mak bidan, Wan Joyah belum sempat nak datang lagi. Pah teman yang ada diromah tu pun tak sempat nak nyambut teman, dia tengah sembayang Magrib. Baru lepeh bebuke jeee...

Tapi Alhamdulillah le... Teman di bela dek mak teman juga,,,, Tak le dimengkalongkannya teman ke tempat sampah ke, sangkut kat pintu mesejid ke... Macam yang banyak kita dengo sekarang ni...

Mujoooo!!!!

Esoknya tu reraye, apak teman kena mayo zakat fitrah untuk teman...

Balik ke cerita apak teman, dia cerita dia dengan adik iponya, (pak sedare teman le juga), pergi nganto sepupunya, Ayah We Ni dengan Pak Ngah Ya. Romah tak jauh, lebih kurang 300-400 meter je jaraknya.

Lepah nganto tu dia teruh lari balik ke rumah.... Tak keluo-keluo.

Ayah We Ni dengan Pak Ngah Ya jenuh nunggunya kat pangke pisang depan rumah tok teman. Dema tak ‘gave up’, tunggu sampe tengah malam. Pelita rumah tok teman tu pun dah gelap le.

Dema agak-agak apak teman dah tido, pak sedare teman, Ayah We Ni dengan Pak Ngah Ya, mole le muat kesah. Sorang nunggu bawah tangga, sorang lagi pergi nangkap ayam tok teman dalam reban.

Bila ayam tu kena tangkap, jerit pekik le dema, kiok, kiok….. Dua tiga eko ayam di tangkap dek dema.

Tok temanpun tejaga juga bila dia nengokan jerit pekik ayam kat reban….. Dia ngejutkan apak teman….. ‘Musang, Musang…. Musang ngojakan ayam… Ce mengkome tengok jap….’ Arah tok teman pada naknoknya….

Apak temanpun teruih je mukak pintu, tojun tak betangga lagi….

Mase tu pun ape lagi leee..…. gap!!! Kena tangkap!!!!…. Kemana nak lari lagi….

Apak teman cerita, bila nengokan ayam dah jerit pekik je, apa lagi pak mentua pulak nyuruh nengokkan ayam jerit kena ‘tangkap dek musang’… telupa semua yang dia tengah main nganto…

Kalau ngikutkan ‘terma’ main nganto ni, ‘time frame’nya sampe subuh je. Yang kena tangkap tu menjadi ‘tawanan’ ….sama ada kena lumo dengan arang tumbuk campo dengan minyak ataupun bawak balik ke tempat nganto tu. Tuan rumah akan mandikan dia kemudian diregekkan dia lawa-lawa…Elok-elok. Di bedak, di gincu, pakaikan selendang, baju kebaye….lepeh tu ajak makan sesame, terutama kueh ataupun hantaran tadi tuh… Lepeh tu baru diantokan balik!!!.

Yang ini le yang apak teman kena. Dipake dek dema dengan baju kebaya mak dema (mak sedare mak teman). Dah makan sesame baru di anto balik….

Esoknya heboh sekampong apak teman kena tangkap mase main nganto…. Seminggu lepeh tu cerita tu masih hot lagi....

Sekarang ni ke empat-empat dema dah tak ada. Apak teman, apak sedare, Ayah We Ni, Pak Ngah Ya, semua dah tak ada. Mak teman ada lagi, umo dah dekat 80 tahun, tapi masih ok.

Cerita dema main nganto ni pun dah 62 tahun.....

Thursday, August 26, 2010

Naked Jackfruit - how does it happen




Naked Jackfruits
Once in a while we may come a crossed a jackfruit, with it’s fruitlet exposed and not covered with the fruit skin. This phenomena is quite normal, but not usual. These jackfruits are often called the naked jackfruits.


A lot of us may aware that jackfruits are categories as compound fruits or multiple fruits similar to that of annonas, soursops, strawberries and alike.



Botanically, the whole fruit structure is made up of a bunch of fused fruits. To help u to visualize this, just imagine a bunch of oil palm fruits, with the entire fruitlets in the bunch are fused together, and it appears like it is forming a single fruit.


For jackfruits, each of the thorny structure on the outer skin of the fruit, is actually the tip of a flower. These little flowers (the thorny structures) are fused to form a whole fruit.

For jack fruits, the male and female flowers are on separate stalks. These kind of flowers are called dioecious or having ‘two separate home for the different gametes’. In contrary, in most plants male and female flowers are placed in the same flowers and they are called monoecious flowers.



The female flowers consists of several parts. The most vital part is the ovules, that will turned into seeds after fertilization. The seed will carry the embryo for the growth of the next generation. The ovules are housed in a structure called ovary, where in most plants the ovary will develop into fruits on ripening. However, there are plants where the addible part are develop from other than overy.


The ovary wall will usually extended to form a tube like structure called style and at the tip of the style is a structure known as stigma.

Pollen grain from the male flowers will be landed on the stigma, will germinate and will fertilized the ovule at the base of the female flower parts.

If you observe the young female flower of jackfruit just before the anthesis, you will observed that at every tip of the flowers, the thorny struture, you will fine a tripot-like structure, white in colour. This is the stigma of the flower.



A matured male flowers usually will be covered with yellow coloured powder-like materials. And these yellow substance is actually the pollen grain of the jackfruit flowers. Millions of these pollen will be blown around and will be disseminated by winds and the chances are, some of the pollen will be landed on the stigma of the female counter part, and that will complete the pollination process. On fertilization, the ovule will develop into zygote and will later develop into embryo, a potential new plant in the making.








What happened to the naked jackfruit?


Along the growing process, especially during the genetic recombination in the fertilization process, some form of mutation occurred, where the offspring will develop fruits with poorly fused flowerlet, As the fruits develop further, the fused structure detached and that will result in the fruit skin to develop cleavage. The union that holds the fruit skin together became detached and that will expose the fertilized ovule.



As the results of the cleavage, these fruits has no restriction in it’s growth and usually these fruits will develop bigger and longer than those fruits that develop under the fused coverage of the outer skin. These ‘freed’ fruits elongated and develop into more like a banana rather than jackfruit.





Glossary:
1. Anthesis – the stage of development of the flower just before the receptive stage.
2. Receptive stage – the development stage of the female flower when the ovary (ovule) is ready to accept male gamete to be fertilized.
3. monoecious – male and female gamete placed in the same flower
4. dioecious – male and female gametes placed is separate flowers
5. ovule- the female gamete
6. ovary – the structure that housed the female gamete
7. zygote - the female gamete after being fertilized by the male gamete
8. embryo – develop zygote
9. style – extended structure from overy th hole dht stigma out of the flower structure in order to expose the stigma to help in the pollination.
10. stigma
11. pollination – Transfer of male gamete into female counterpart.
12. Fertilization – Fusion of male and female gamete
13. pollen grain – male gamete.