Monday, March 26, 2012

Melepah batuk di tangga

Melepeh batuk di tangga!!!
Ce mikeme pikio betui-betui.....  Melepeh batuk di tangga..
Menasabah tak?
Mesti ada sesuatu yang tak kena!!!
Teman nak dengao komen dari orang-orang bistari dulu...
Teman dah tau ceritanya sebenonya.
Nanti teman cerita

Tuesday, March 20, 2012

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI


Ini ada lagi satu kesilapan  beso orang melayu, tapi kesilapan tu dah di terima oleh masyarakat kita.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Ce mikeme pikio lekluk, pago makan padi ke?

Tak lee….

Pago tu bukan benatang. Bukan ade mulut.  Orang putih kata ‘non-living thing’ lee.

Sebenonya kesilapan tu berpunca dari  pertukaran tulisan jawi ke julisan rumi.  Kalo  tulisan jawi, ‘pe’ ‘ge’ 'ro',  apa?  Pago le kan?  Tapi sebenonya  nak ngeja ‘pegor’ iaitu sejenis burong. Burong pego (pegar) bukan burong pago (pagar).  Orang puteh pangge burong ni sebagai ‘pheasant’.

Bila ngeja  dengan tulisan jawi, hurupnya serupa je. ‘pe’ ‘ge’ ‘ro’ jugek.

Kalo di pikio-pikiokan, pulak, orang melayu dedulu bila tanam padi dia pake pago ke? Yang teman ingat, apak teman dulu tu bila dia tanam padi dia tak bepagopun.

Buat ape pagopun.  semua kobo, lembu,  kambin, semua bekandang belake. Dema mele kobo bepago, bukan macam orang sekarang ni, orang yang becucuk tanam yang kene pago pokok dema. Kalau tidak habih di sente dek kobo kambin.

Burong pego ni, dia memang makan satnike benda yang ade kat sawah, termasukle segale belalang, kumbang, ulat-ulat dan lain-lain yang akan menyerang tanaman padi. 

Jadi orang Melayu ni, memang mengharapkan burong pego ni untuk mengawal segala serangga perosak, dan burong pago ni memang tak makan padi. 

Burong pego ni bukan vegeterian laa tu.  Kalo mengkome dah belajo sain kat sekolah, benatang jenih ni  kita kata kanivorus  le tu… dia tak makan sayo.  Rimo, singa, semua tu pun same geng le tu. Kanovors belaka.

Prinsip menggunakan sejenis organisma untuk mengawal tanaman dari dirosakkan oleh haiwan yang berbeza ni, kita panggil apa?

Ponah dengo perkataan ‘biological control’ tak?  Haaa tu le dianya apa yang di pangge  kawalan biologi atau Biological control. Pengawalan perosak tanaman jenis ini tidak menggunakan bahan kimia.

Burong pago ni sebagai agen 'kawalan biologi'. Segala belalang dan lain-lain serangga yang merosakan tanaman dan di makan oleh burong pago ni kita katakan haiwan perosaknya.

Pengawalan secara ini merupakan kaedah baru bagi dunia barat dalam konsep pengawalan perosak tanaman.

Tu le jangan mengkome tak tau. Orang tua-tua dulu dah guna konsep ‘biological control’ jauh lebeh awal dari orang puteh. . Orang puteh baru sekarang nak belajo nak gunakan konsep ‘biological control’

Hebat tak orang Melayu? Kalau orang Melayu macam ini, tak malu rasenya teman ngaku  temanpun  orang Melayu juge.  Tapi kalo asyik ngumpat, fitnah, merempit,  meragut…. Entah ape lagi….  teman tak sio nak ngaku jadi orang Melayupun.  Terase beso beno kemaluannya….

Monday, March 19, 2012

Haruan Makan Anak

Seandainya ikan haruan itu tahu kita, manusia yang bernama Melayu, menuduh dia sebagai makhluk yang memperkosa anak sendiri, tentu dah lama dema dah hubungi Ketua Polis Negara, melaporkan fitnah yang dibuat oleh orang Melayu pada dema.

Dulu zaman teman kekecik dulu, waktu teman duduk di Sungai Ako, Rambai Tujuh, memang selalu teman ngae di sunge kat bendang tu. Memang selalu tejuak dengan sekawan anak ikan haruan dalam sawah. (tempat teman ikan ini kume pangge ikan bocat).

Beratus-ratus ekor, anak haruan terapung di permukaan air di bendang. Terutamya waktu tengah hari. Agaknya tak cukup oksigen kut. Warna keperangan, dan bentuk badan macam anak berudu (anak katak).

Biasanya memang ada sepasang ikan haruan, gamak teman mak dangan apak dema le tu...  Dua ekor ni sentiasa berkeliaran berhampiran dengan segerumbulan anak-anak haruan yang baru menetas.

Haruan memang senang untuk dipancing. Selalunya kalau ada nampak gerumbulan anak-anak haruan tu, pasti ada ibunya berhampiran dan kalau memancing mesti dapat punya.

Kalau di buka mulut haruan yang telah dipancing tu, kerap kali akan terjumpa se ekor dua anak haruan dalam mulutnya.

Gamaknya, dari situlah mulanya pepatah Melayu, haruan makan anak.

Orang melayu ni memang pande menuduh tanpa usul pereksa.....

Sebenarnya itu tak betul. Haruan tak makan anak. Haiwan tak makan anak sendiri. Harimau yang garangpun tak akan makan anak dia sendiri. Malaham mereka memberikan perlindungan kepada anak-anak mereka.

Manusia yang memperkosa anak sendiri tu lebih dahsyat perange dema tu berbandin dengan binatang...

Memang waktu teman kecik dulu, teman memang pecaye beno haruan tu makan anak sendiri, ternyata dengan bahan-bahan buktinya sekali apabila teman terjumpa anak-anak haruan dalam mulut ibunya.

Bila teman dah beso panjang ni, dah pande mace buku tentang sains, dan belajo sikit sebanyak tentang lumrah kehidupan haiwan, baru le teman tau, haruan tak makan anak sendiri. Itu fitnah rupenya, but the damage had already been done and the good name of ikan haruan already been smeared!!! ceeee..... nak cakap orang puteh pulak. Baru le ade 'power.....'.

Apa yang sebenonya berlaku, apabila ada waktu kecemasan, seperti terdapat ikan lain yang berhampiran yang akan mengancam keselamatan anak-anaknya, ibunya akan memasukkan anaknya ke dalam mulutnya sebagai langkah melindung anak-anaknya dari serangan ikan-ikan lain.

Teman tak pasti pulak, anaknya  ke yang lari ke mulut maknya ataupun mainya yang myambo anaknya untuk masuk ke dalam mulut.  Tapi yang pasti, pabila waktu telah aman, musuh mereka sudah tidak ada di situ lagi, ibunya akan mengeluarkan semula anak-anaknya dari mulutnya.

Jadi sebenarnya kita yang silap faham. Orang melayu yang tak ada ilmu ini yang menyebarkan 'ajaran sesat' hinggakan kita semua mempercayainya. Termasuk saya. Kita yang bersangka buruk. Niat baik haruan untuk melindung anaknya itu ditafsirkan sebagai perbuatan durjana...

Cerita haruan ini cerita benar. Bukan cereta rekaan. Bukan 'cerpen'.  Ini hakikat sebenar, haruan tak makan anak sendiri. Tapi kalau ikan haruan yang lain, terjumpa dengan anak haruan yang bukan anak dia, itu belum tentu... Rasanya ngappp jugak...

Hakikatnya, kita orang Melayu ni, sejak sejarah zaman berzaman lagi, selalunya menerima sesuatu perkhabaran itu  bulat-bulat, tanpa usul pereksa. Cerita-cerita penglipor lara yang berteraskan orang Melayu, juga  banyak terdapat unsur-unsur fitnah.

Malahan, sekarangpun apa kurangnya....