Thursday, September 30, 2010

Dari Penang ke Jakarta

Sebelum teman berangkat ke Jakarta untuk beraye dengan keluarga di sana, tepikio juga, tak ape ke pergi dalam keadaan hura hara ni?

Kalo nengo kat TV, kat surat kabo, macam bebeno orang Indon nak serang Malaysia, dah siap dengan buloh rencong, dah siap dengn taik manusia nak mengge kita dengan taik....

Tapi oleh kerana teman dah janji dengan 'mem' dan naknak teman, pukekan ati je lee…. Tawakal pada Allah.

Teman sampe kat lapangan terbang (atau ‘bandara’) tu dah ade keluarga nunggu di situ. Ade sorang adik ipo temanpun baru sampe dari Medan. Dia sampe lebih kurang setengah jam sebelum teman dan keluarga sampe ke situ.

Teman sampe tu lebih kurang jam 2 petang, naik Air Asia je. Lebih kurang 30-45 minit, use semua urusan bagasi, imigresen, kastom dan lain-lain.

Cuma mase kat imigresen tu ‘sulit’ sikit. (Kalo deme kat sana tu ‘sulit’ tu maknanya susah, bukan rahsia seperti yang kita faham dan tulis di emvelop-envelop atau fail peribadi di pejabat kita kat sini).

Kalau kat Malaysia, bila kita melinteh kaunter imigresen Malaysia, kita tak payah ulo paspot kita pada pegawai imegresen, sebab pada paspot kita tu dah ada ‘chip’ yang boleh kita guna macam kat ‘touch and go’ bila kita nempoh tol ‘plus’ je. Nanti keluo le segala maklumat lengkap tentang peribadi kita, semuanya akan di catatkan, termasuk alamat, no telefon, bila kita keluo, bila kita masuk balik ke dalam negara. Maklumat itu akan tercatat pada komputer Jabatan Imigresen. Kita punya system tu dah canggih macam negara-negara maju, tak macam 10 tahun yang lalu,

10 tahun dulu setiap kali teman nak masuk ke, keluo negera ke teman kene berato. Pada masa tu semua Negara macam tu, termasuk Negara yang dah maju ketika itu macam Amerika Syarikat ke, United Kingdom ke, Jepun ke… Semua kene berato.

Imigresen Indon ni sampe sekarangpun masih guna sistem lama, jauh tinggal ke belakang bandin dengan Malaysia. Pegawai dema kena semak paspot pengunjung satu per satu. Rakyat dema sendiripun kena berato sebelum nempuh kounter imigresen dema sendiri.

Semua pasport yang teman bawak, untuk teman sendiri dan paspot keluarga teman tu teman ulokan pada pegawai imigresen yang nyaga kat situ. Ada lima paspot semuanya - 4 paspot Malaysia, satu paspot Indon.

Selalunya teman dengan naknak satu lorong, kena guna lorong 'pendattang' manakala ‘mem’ teman lorong yang lain, lorong orang tempatan. Di Indon teman dengan nak-nak jadi orang asing, dalam kategori ‘pendatang’ tapi ‘mem’ teman jadi orang deme. Mujo pulak kali ni imigresen dema bagi ‘permisi’ untuk mengikut laluan loring yang sama.

Dah usai 3 paspot. Tingge yang teman punya dengan ‘mem’ teman je yang belum lagi.

Pegawai Imigresen tu tanya pada teman, ‘Idul Fitri di sini Pak?..’

‘… iya…. Sudah lama tidak beraya di sini…’

‘banyak bawa oleh-oleh pak?’

‘seadanya aja… yang penting mau jumpa keuarga di sini…’

‘ngak ada apa-apa untuk saya…. Untuk Idul Fitri Pak?…’ Dia memandang tepat ke muka teman.

Dalan ati teman, ‘…dia ni nak pekenakan teman dah ni….’. Teman buat tak peduli je. Buat tak faham. Buat dek jeee… Rupenya ‘mem' teman pulak tak dengo dia mintak tu. Dia sedang sebuk dengan nak-nak. Tau je le memacam ragam dema tu. Ade yang ‘mintaa di gendong’ ada yang mau ‘pipis’ …. Ade yang ngelewo, tak mau diam…

Bila teman buat tak dengo tu pegawai imigresen tu pun terus je pereksa paspot teman… Tak ada apa-apa....

Kemudian dia pereksa pasport orang romah teman. Paspot Indon.

Dia mula tanya…. ‘Ibu… ngak ada record ibu keluar dari Negara….’
Mem teman jawab, ’Ya pak, ini paspor gantian pak. Yang dulu sudah tamat tempoh…. ’

Pasport mem teman yang lama dah mati, dah duduk kat Malaysia 8 tahun, Dah 3 kali buat gantian… Pasport yang ase dah di ganti, yang pengganti tu pun dah tamat tempoh, ini gantian yang ketiga, yang baru diperbaharui.

‘Mana dokumentasi keluar dari Indonesia?..’

‘…..di belakang tu ada no referensi pasport yang lama, di mukasurat belakang …’

‘….kartu ‘check out’.. ibu di mana?’

Mem teman tak jawab. Dia tau kad yang di minta itu memang sudah tidak ada di situ, mungkin ada di Pasport lama.

‘Tahun berapa Ibu berangkat ke sana?’

‘…Terakhir tahun 2006…’

‘Sudah lama!!! Tak pulang-pulang?…..

‘Tak ada kesempatan pak…. Ini baru ada….

Perbualan antara orang rumah teman dengan pegawai imegresen tu mambuat teman rasa tak selesa…. Tambahan tadi dia ada meminta ‘pelincir’ dari teman.

….banyak lagi yang ditanya pegawai Imigresen tu…. Teman nengo je…

Kemudian teman nampak dia nyelin pada barisan yang panjang di belakang teman…. Memang panjang…

Diapun terus cop pasport orang rumah teman dan memulangkan semua pasport keluarga teman….

Mujo. … Lega….kalau tidak mungkin lama lagi yang ditanyanya. Kalau dia nak buat nanya, dia boleh suruh ‘mem’ teman keluo dari barisan, suruh masuk ke kamar ‘temuduga’…. Kalau tu kira keh berat le tu…. Tak reraye le kume...

Cuma kalau dia nak buat ‘deportation’ tu nak anto ke mana?… Mujo le juga tak kene pada teman…. ‘Mem teman bukan termasuk dalam kategori ‘PATI’ atau ‘Pendatang Asing Tanpa Izin…’

Bila dah use kumepun naik ‘konvayer’ ke bahagian kastom.

Tidak ada apa-apa ‘kesulitan’ waktu melintasi pegawai kastam. Semua ‘Line Clear’.

Teman teringat kesah lama teman dengan pihak imigresen Indon 4-5 taun dulu… Teman tebawak piso lipat teman dalam poket. Piso ‘Mac Giver’ tu memang teman bawak kemane juga teman pergi. Biase le tu, semua ‘saintis ‘ buat gitu. Banyak guna piso tu’

Masa teman kat airport Bayan Lepeh, P Pinang, masa linteh imigresen tu pegawai kita ambik piso tu. Dia kata dia akan beri pada pilot mintak bawakan dan dema suruh teman ambik balik bila sampe kat airport di Jakarta.

Bila sampe kat Jakarta, temanpun pergi le ke pejabat tuntutan barangan, ropenya tak sampe lagi. Pegawe kita tu tak sempat nak bagi pada pilot yang mawak teman ke Jakarta tu, dia kena bagi pada pilot penerbangan yang berikutnya.

Temanpun balik je le ke romah mentua teman….

Malam tu dah jam 10 lebih, ada orang datang kerumah mentua teman ngantokan piso teman. Teman ambik je. Teman ajak masuk dia tak mau. Kemudian dia ceritale tentang perjalanan. Pase Macet. Pase ujan di tengah jalan… Banyak lagi cerita. Teman ajak dia masuk tapi dia tak mau juga….

Las sekali dia tanya ‘bapak dari Malaysia ya?’

Teman jawab, ‘Iya pak… sampe sore tadi…’

Kemudian dia baru nak beredo…..

Bila dia dah pergi tu teman cerite le pada ‘mem’ teman.

Mem teman tanya, ‘…. Tak bagi apa-apa tadi?’

‘tak…’

‘Patut le dia tunggu lama-lama….’

‘Kenapa?’

‘dia tungu lama-lama tu minta di bayar….’

‘Bukan ke masa kat airport tu dia dah cakap itu tugas dia nganto sampe ke rumah?

‘Iya laaa… tapi dia minta di bayar…. Pasal itu dia tanya abang orang Malaysia ke?…’

Ropenya kalau kat Indon tu, walaupun tugas resmi, mereka ‘mesti di bayar’ sebaggai ‘pelincir…’

Alhamdulillah le kat Negara kita ni perkara begini masih terkawal. Memang ada hae begini, tapi tak teruk sangan sampe ke ako umbi le….

Ponah juga teman kat Jakarta mase teman bebarih nak ‘check-in’ ada kakitangan airport, yang pakai uniform, tepuk bau teman. Dia Tanya sama ada teman nak cepat tak?

Teman kata, tak apa lah….Nunggu bebarih nak ‘check in’ biase le…. Tapi memang ‘slow’ sangat kerja pegawai kat counter tu…. Teman tak tau le kut ade 'kerjasama' antara 'orang dalam' dengan orang 'luo' kaunter tu.

Ada juga di kalangan penumpang yang tak mau nunggu lama-lama dan dia terima ‘offer’ dari pegawai yang beruniform tu….

Dia serah semua passport, tiket dan dokumen yang diperlukan untuk check in.

Selesai….

Tak sampe 10 minit dah dapat ‘boarding pas’, dah dapat semula semua dokumen….

‘Perkhidmatan’ ini juga dibayar… Asing dari bayaran airport tax dan sebagainya….

Cuba bayangkan seoragn kakitangan lapangan terbang meminta untuk diberikan ‘perkhidmatan ‘ ini? Berpakaian uniform ni!!!!

Kengkadang tu pegawai airport tu ‘offer’ nak tolong bawakan baggasi…. ‘Perkhidmatan ini jua dibayar…

Kalau ramai penumpang, keadaan sebuk di dewan nunggu bagasi, ‘pegawai’ ni juga kontrol kereta sorong kat airport tu. Kalau kita nak guna kereta sorong tu, harus di bayar juga pada pegawai yang beruniform ni….

Menasabah ke?

Tapi kita terima je le itu memang dah jadi budaya dema di sana….

Dari satu sudut, kita lihat ‘the brighter side…. Orang sana tu pandai ‘cari makan’…..

Bebalik pada cerita teman baru sampai kat Jakarta dengan nak-nak tadi, sebaik je melangkah keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang tu, teman kena kerumun…. Kali ini oleh pemandu teksi. Ada yang terus nak angkat bag.

Kita dengan nak-nak besama kita, nak kawe nak-nak, nak kawal bag lagi…. Kecoh. Tenggelam punca di buat dek dema… Kebetulan pulak masa tu ‘mem’ teman singgah kat counter ‘money changer’ nak beli duit rupiah …. Teman keluo je dulu, teman tinggekan ‘mem’ teman usekan tentang rupiah tu. Nanti kat luo nanti masalah pulak. Maklum le mawak nak-nak ni memacam dema ndak. Tak ada duit nak mayo macam mana pulak.

Tapi sebenonya, duit Malaysia memang laku sangat kat Jakarta. Cuma kita rugi dari segi pertukaran je le.

Sebenonya ‘serbuan’ dari pemandu teksi begini memang biasa. Hati-hati dengan pemandu teksi di Lapangan Terbang Jakarta ni. Teman klasifikasikan dema ni sebagai ‘ganas’!!!

Teman teringat 5-6 tahun yang lalu, teman menghadiri persidangan di Bogor. Ramai peserta dari seluruh dunia datang untuk menghadiri persidangan tersebut. Biasanya kalau persidangan seperti itu, pihak penganjur akan ambik kita kat Airport.

Ada seorang perseta dari Filipina, dia ni tertinggal, kerana penerbangannya tergendala, lewat sampai. Jadi ketika penganjur datang mengambilnya dia tak sampai lagi.

Dia cerita, sedang dia berbincang dengan salah seorang pemandu teksi bagnya telah di ambil oleh pemandu sebuah teksi yang lain. Dia bawak satu bag je pun, Dia mau ambil balik bagnya, tapi tidak dibenarkan, boot teksi dah di tutup. Manakala pemandu teksi yang dia berunding itu menarik dia untuk masuk ke teksinya.

Akhirnya kedua-kua teksi tersebut mengiringinya ke Bogor, kira-kira lebih kurang 80 km dari lapangan terbang.

Tiba di bogor dia terpaksa membayar pada kedua-dua teksi….

Ketika ditanya harga yang di caj, (sudah lupa berapa), teman-teman dari Indonesia mengatakan bayaran itu adalah sekitar sebulan pendapatan mereka…. Maknanya dema dapat ‘durian runtuh’, nganto sorang pesenje je dah dapat sebulan pendapatan…. Untuk dua orang dereba teksi…. Memang keh nanye!!!

Bayangkan kawan kita ni membayar dua buah teksi dengan caj memadai pendapatan pemandu teksi selama satu bulan….

Ini yang teman maksudkan dengan ‘ganeh’ tu.

Bila teman kena serobu tu, teman dengar ‘mem’ teman menjerit …. Dalam bahasa dia le… teman tak faham sangat.

Agak-agaknya dia marah kat pemandu teksi tu lah….

Oohhh lega lagi. Nasib baik ada mem…. Ropenya, bila dema kene jerkah tu, mau juga dema ngedo dari situ…

Coya punya coya, teman nampak dua tiga orang ahli keluarga dari Jakarta dah nunggu. …. Dema datang dengan dua buah mobil!!!

Sampai di rumah sekitar jam 5pm lebih waktu Jakarta, kita-kira 2 jam perjalanan. Bukan jauh sangat. Rasanya tak sampai 50km dari ‘bandara’ tapi jalannya .macet Pak!!!.

Lebih panjang masa perjalanan dari Penang Ke Jakarta berbanding dengan perjalanan dari bandara ke rumah mentua teman kat Jakarta….

Sebenonya, ini bukan le kali pertama teman ke Jakarta ni. Dah berpuluh kali rasanya. Tapi dulu teman pergi langgeh je. Sesorang je.

Kali ini datang dengan naknak, lain beno rasanya. Ada kerisauan apabila sampai di Jakarta, kita rasa kita mawak sesuatu yang telah dipertanggung jawabkan…. Anak-anak…

Teman rasa lebih senang hati bila saya mendarat di lapangan terbang Tokyo, walaupun teman tak faham apa yang dipertuturkan, berbanding dengan menghadapi keadaan di Bandara Sukarno-Hatta, di Jakarta.

Orang Jepun tak ganeh macam yang diceritakan oleh tok nenek kita masa Jepun datang memerentah Malaya dulu. Orang Jepun lebih berdisiplin. Orang Jepun tak menipu. Orang Jepun lebih bersofan santun. Orang Jepun amat hormat pada orang luo yang datang melawat Negara mereka.

Kalau mengkome nak ke Indon, berhati-hati leee. Teman yang dah banyak kali pergi ke sana tu pun rasa cuak juga kalau pergi ke sana.

Tapi jangan le sampe tak ndak pergi pulak.

Rezeki memang banyak kat situ. Bembarangpun murah, tapi kena tau tempat dan jangan tertipu. Kat Indon ni, pendek kata, ‘orang’ pun dema jue, usahkan bembarang….

Batu tepi jalanpun dema boleh jue… dema kata batu ada kuasa. Boleh ngubat orang sakit. Boleh memberi tenaga lelaki. Boleh mintak macam-macam. Kelentong punya kelentong pada orang Malaysia, batu tepi jalanpun boleh dema jue pada orang Malaysia….Macam cerita P Ramli je…,

Teman dengo cerita, di Afrika Selatanpun lebih kurang macam tu juga, Tapi teman tak ponoh kena lee. Temanpun ada sekali je pergi sana, dan teman pulak pergi dengan urusan resmi, jadi segalanya telah di atur…. Cuma teman di beri peringatan, jangan keluo sorang-sorang…. Banyak peragut di sana.

Tapi kat Klpun apa kurangnya. Sampe mati kena ragutpun ada.

Masa teman kat Jakarta tu dalam ati nak nengok beno cerita kat Jakarta yang ngatakan orang Indon dah siap naknyerang Malaysia.

Sampe ke sudah, teman tak nengo langsung cerita-cerita macam yang dema cerita kat TV di Malaysia tu. Apahpun tak ada. Orang sebuk nak balik kampong je. Cerita orang yang tak dapat balik. Cerita orang dah beli teket keretapi, tapi tak dapat naik, sebab orang yang dalam keretapi tu tak mau mukak pintu. Kuj keretapi dah sendat dengan penumpang. Pemumpang manjat masuk kedalam kuj keretapi naik ikut tingkap. Cerita anak kene tingge di stesen keretapi, mak bapak dah naik ikut tingkap... Anak dah naik, mak bapak masih tingge kat stesen keretapi...Penumpang duduk ateh bumbung kuj kereta api. Ateh enjin kepala keretapi penuh dengan penumpang... Cerita-cerita yang macam tu je yang banyak teman mengo di situ...

Kalo ngikutkan pak mentua teman, kebanyakan yang tunjuk perasaan tu di upah oleh mereka-mereka berkepentingan. Nak ngelakkan permasalahan dalam negara. Dema sendiripun jarang sangat nengo cerita macam tu....

Wallah-hu–aklam….. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk tu kita jadikan sempadan…

Sunday, September 19, 2010

Reraye kat Jakarta


Raye taun ni teman kat Jakarta. Empat lima taun dulu teman raye Haji kat sana.

Raye kat Jakarta ni macam kita raye kat tempat kita juga. Perayaan raye pose lebih meriah dari raye Haji.

Semuanya lebih kurang macam kita kat sini. Sanak sedare datang berkunjung. Yg muda mengunjungai yang tua. Kueh raya sope beno dengan kueh raye kita kat Malaysia. Saling tak tumpah. Ketupat ada. Lemang ada. Roti jala ada. Rendang ada. Soto ada.

Takbir rayapun serupa. Lepeh kutbah besalam-salam macam kita kat sini juga- cuma barihnya aje le yang belengko-lengko.

Kebetulan juga raye taun ini same sari je dengan raye kat Malaysia, hari Jumaat juga. Kengkadang tu dema raye dulu, kita raye kemudian.

Program tv pun macam program raye kat tempat kita juga. Nyanyi, nyanyi, nyanyi…. Cuma teman tengok, artis-artis dema tu…… pade teman le, care macam tu bukan cara kita merayekan Aidul Fitri. Teman tengok lebih ‘mengancam’ dari pesta Jum Hebuh je….

Skirt yang dema pake tu senten sampe ke peha. Selendang tu jangan di kenang le…. Apahpun tak mandang. Ade le sorang yang pake selendang, tapi lebih merupakan pake sebage fesyennnn….. Belilit-lilit je, jampoi lepeh keluo.

Bila teman pergi jalan-jalan kat supemarket hari raye kedua tu, teman nampak macam apah-mentidak, macam bukan nyambut reraye.

Teman tak nampak sorang pun yg pake baju kurong…. Mungkin orang sane tak pake baju kurong kut. Pake seluo, pake skirt, ataupun yang semacam tu le…

Satu perkara yang menarik ati teman, perayaan tu di sambut bukan orang Islam je, Orang Kristianpun same tumbeh reraye juga. Sekali imbeh tu memang nampak orang Melayu belake, pase faham kita kat Malaysia ni kalau orang Melayu mesti orang Islam punya. Teman tepandang ada lambing pangkah tergantong pada tengkok dema. Itu yang teman baru tau yang dema tu bukan Islam.

Kemudian tu temanpun mole le nak meratikan kat tengkok deme jeee. Memang rame yang ngantong ‘sauh’ kat tengkok dema. Kalo tak ada ‘sauh’ tu, memang kita ingatkan dema tu orang Islam.

Ade sekali teman tengok ada sorang nyue sate pake kando ateh bau. Dia pake songkok, tapi pake seluo pendek je terenjut-renjut ngando sate. Elok pulak bila sampe dekat dengan tempat teman bediri, tu diapun meletakkan pengandonya di depan teman.

‘Sate pakcik?….’ dia negor teman.

Dalam ati teman,,’…. Macam dia tau-tau je teman ni dari Malaysia.’

Orang Indon mange orang Malaysia, pakcik, tapi kalo sesame dema tu dema pangge ‘pak’ atau ‘ibuk’ je…

‘…Terima kasih…’teman menolak dengan hormat. Teman tak berapa berani sangat nak makan benda-benda di tepi jalan ni, terutamanya kat Indon.

Teman dah banyak kali tekena. Ponah sekali, dua tiga taun lalu, teman ngikut kengkawan dari Indon, makan tape ubi kayu, (sengkong), beli tepi jalan dekan Bogor.

Tak sampe satu jam weh…. Mula rase nuge je… Sedawa. Perut penuh angin. Dalam perut dah berbunyi kruuukkk krraaaakkk je. Rase nak muntah. Rasa nak buang air…. Kaki rasa tak bepijak ke bumi…. Rase terapong kat udara…. Rasa nak ‘black-out….’ Waktu itu masih dalam perjalanan nak pergi ke Puncak….

Pendekkan cerita, teman kena duduk kat hospital satu malam. Mujo le satu malam je…. (Sheeeee…. Jangan di buat!!!! Jangan di buat duduk hospital kat sana….. jangan cakap kuat-kuat….. nanti di dengo dek dema….‘

Cerita pase hospital ni, orang Indon ni selalu perli kita;

'Apa benar pak kalau di Malaysia, matenity hospital itu namanya 'hospital mangsa Lelaki'?

Teman tak kose nak nyawabnya sebab kita ni di negeri orang. Tapi kengkadang tu teman nak lepehkan geram juga....

Teman jawab,' Benar pak. Tapi itu dulu. Sekarang hospital itu semua sudah tutup Pak, sejak rame pekerja wanita indon datang cari kerja di Malaysia. Mereka serah diri Pak.... Bukan jadi mangsa lagi....'

Balik cerita pase orang nyue sate tadi tu, teman peratikan diapun ada ‘sauh’ juga tegantong pada tengkoknya….

Temanpun sengaje derueh, gate mulut nak tanya dia pase ape dia pake songkok, tapi seluo pendek je. Dah tu pulak ada ‘sauh’ tegantung kat tengkok.

‘….Ooohhh songkok ini budaya orang Indon pak!!!!!’ jawabnya sambe ngonyin. Teman nampak le giginyapun dah tak ada…

‘kok gitu!!!!, saya kira mau tutupi rambutnya…..’

‘….Ngak Pak. Rambutnya sudah ngak ada lagi Pak….’ Dia senyum lebar sambil mengangkat songkok dari kepalanya dan tunduk sedikit untuk menunjukkan kepalanya yang sudah tidak ada rambut….

Sebenonya teman ingatkan dia pake songkok tu untuk nak pake mase solat!!!


# # # # # # # # #

Satu perkara yang teman appreciate orang Indon ni, dema pande cari rezeki. Pande cari wang.

Teman nak share sikit.

1. Beberapa Perkara Menarik Sewaktu Perjalanan ke Puncak
Puncak ni satu tempat peranginan di atas bukit, dema kata, tempat berdermawisata…. Jalan nak ke sana tu berliku-liku, lebih teruk lagi bandinkan dengan jalan kita nak naik ke Cameron Highland, ikut Tapah…. Jalan lama.

Tempat ni lebih kurang 100 –120 km dari Jakarta Timur. Dia linteh Bogor. Jalan dari Jakarta ke Bogor, jalan elok. Jalan tol. Dengo ceritanya, orang Malaysia yang dapat kontrek buat jalan tu dulu, kongsi dengan anak Suharto.

Teman pergi ke Puncak dengan keluarga teman dari Jakarta, pada hari raye ketiga. Jalannya macet. (me + pacat. Jalan seperti pacat. Slow).

Orang kita di sini kata ‘jem’.

Jem jalan ke Puncak tu bukan alang-alang jem. Kalau dah berenti, tunggu le setengah jam baru pulak le roda kereta begolek balik. Bebatu-batu. Berejam-jam lamanya.

Teman tak boleh bayangkan kalau teman duduk kat situ. Kalo kena macam ini jemnya, rasenya cega rasanya nak keluo. Pake duduk tak rumah aje lee…

Malah dah terlalu jem, dah tak boleh nak buat apa-apa, pihak penguasa jalanraya, macam JPJ le agaknya tu, tutup jalan nak naik ke puncak tu, dema biokan jalan tu jadi satu hale je. Dema gilokan antara yang nak naik ke ateh dengan yang nak turun ke bawah.

Cuma yang nak turun bukit je yang boleh bergerak. Yang nak naik tunggu dulu, bio yang nak turun tu turun sampe habih…. Dekat tiga jam temame nunggu, nak ngibehkan orang ateh tu turun, baru orang bawah boleh naik!!!1

Nak Kongsi Cerita Mase Jem:

a. Ambik Kesempatan Berpesta Waktu 'Macet'
Bila jalan highway jem, orang-orang kampung sekitar tu keluo semua. Dema ngambik kesempatan untuk nyue macam-macam. Pisang, betik, jambu, buah manggih, buah rambutan, ayo tebu, ayo nyo, gorin pisang, satnike jenih buah, buah nangkapun ada juga, tapi bukan Mastura leee….

Teman peratikan ada sekumpulan bebudak, 7-8 orang, sekitar 10-12 tahun. Dema mawak poyok buruk, tutup poyok, beldi buruk, tin susu yang beso tu, sikat, yang giginya dah tinge sana satu, botoi kicap, macam yang S Sudin guna nak mange Zaitun dalam cerita seniman bujang lapuk tu, dan macam-macam lagi.

Kemudian teman peratikan bebudak ni tadi pakat duduk ateh pago tepi highway tu, dema ato bebenda yang dema bawak, memasin kontrol peralatan memasin. Kemudian dema nyani begendangkan benda-benda yang dema bawak tadi tu….

Dema mainkan lagu Raihan….. Lagu Salatullah…. Sedap pulak bunyinya.... Dengan gaye mereka menari,sambe menyanyi. Ada sorang ‘lead singer’ mawak penyapu, yang itu dia guna macam microphone…’

Memang creatif… Kalo mengkome nengok, mesti terpesona punya…. Memang entertaining….

Rame pulak orang menderma….

Rezeki datang begolek


b. Sende taya beh ketika naik bukit
Bila sampe satu tempat naik bukit, kebetulan di depan teman tu ada beh persiaran. Bukit tu curam jugale, pengagak teman dekat 45 darjah ada.

Teman nampak satu lagi kumpulan remaja dia bawak tongkoi kayu bebeso betih, lebih kurang 1-2 kaki panjang...

Tau dema nak buat apa dengan tongkoi kayu tu? Buat penyende tayar beh ato lori yang berenti.

Ini memang praktikal, kalau tak ada penyende tu teman gerenti bas/ lori tu mesti gostan, mesti ngundo, mesti ngelongso punya.

Teman nampak, bila beh/lori mola bergerak, drebanya ngulo pada bebudak yang nolong nyendekan taya beh dema tu…. Berape rupiah yang betuko tangan tu teman tak tau le, sebab dema buat tu dengan fesen ‘salam garu’, pindah milik dalam gengaman je… sapepun tak tau.

Teman tanya sedare teman yang same dengan teman tu, berapa yang di bayo. Dia kata, kurang-kurang 5000 rupiah!!! Lebih kurang dekat RM2.00.

Bayangkan…. Bukan 100 buah beh yang lalu….

Oohhh rezeki terpijak. Rezeki hariraya.



c. Detour dari highway
Bebeleh-beleh batu dari kaki bukit untuk ke Puncak tu jalan dah dah mula jem. Dari dua lorong highway tu dah jadi 4-5 lorong.

Dalam keadaan jem di highway tu, ada pulak kumpulan-kumpulan remaja menawarkan jalan pintas untuk ke Puncak. Dema dah buat jalan menyambongkan jalan highway dengan jalan lama. Siap dengan batu, cuma tak bertar je.

Kalau ikut jalan tu, tak perlu bayar tol, sebab akan bypass terminal tol. Kalau ngikutkan sedare teman dari Jakarta tu, kalau ikut jalan yang bebudak tu tunjuk, memang betoi itu jalan pinteh, jalan shot cut, dan akan jumpa beberapa kali simpang. Setiap simpang tu akan menunggu geng-geng bebudak ni untuk tunjuk simpang mana nak ikut dan ‘pungut tol’ sendiri apabila mereka memberikan tunjuk arah…

Rezeki lagi….




d. ‘Tol sendiri’ kat simpang tiga
Teman peratikan juga dalam perjalanan teman ke Puncak tu, di setiap simpang nak masuk ke ‘main road’ atau nak keluo dari ‘main road’ mesti ada ‘sendiri lantik polis trafik (self-appointed police traffic).

Koje dema ni nunggu je kut ada kereta yang dari ‘main road nak masuk simpang ke kanan, ataupun dari jalan kecik tu nak masuk ke main road, belok ke kanan. Pendek kata kereta yang kene melinteh kereta-kereta kat main road.

Dema ni akan tahan kereta-kereta yang sedang berjalan tu untuk beri laluan kepada kereta yang nak kona tu.

Bila dah linteh, dema ‘bersalam garu’. Tak tau le teman berape dema bayo. Ngikut sedare teman, kurang-kurang 2000 rupiah, atau lebih kurang 60 sen duit kita.

Rezeki lagi

Kalo kita halusi, ini juga merupakan ‘khidmat’.

Kalau tak ada dema yang macam ni, memang masalah nak linteh jalan.

Kereta yang lalu lalang tu tak akan beri laluan pada yang nak melinteh, macam perangai dereba kita di sini jugalah….

Bukan rega 6 kupang kalau kita nak melinteh jalan orang tak bagi laluan. Tambah pulak kalau di Jakarta tu kereta berduyun-duyun, tak berenti-renti. Silap-silah melinteh naeh pulak.

Dulu masa teman baru-baru balik dari Amerika dulu, teman buat le cara orang Amerika dereba. Kalau ada orang nak masuk ke jalan utama, teman berenti, teman beri laluan. Macam yang teman selalu buat di Amerika dulu le.

Tau apa jadi?

Orang belakang teman, hon tak berenti-renti., dan macam bunyi kereta bomba je, kemudian pulak dereba yang dari simpang yang kita beri laluan tu, dah tak bagi pulak kita lalu. Pada hae kita tadi beri laluan dengan ikhsan je.

Tu le Bumi Malaysia. Malaysia Boleh. Memang tak kasi can punya.



e. Khidmat payong kat supermaket
Hari raya kedua tu di Jakarta hujan di sebelah petang.

Teman dengan keluarga pergi ke Mall. Ada supermarket, ada tempat bebudak nak main, ada play ground, ada macam-macam games macam di Sunway, KL.

Perut teman sejak pagi tadi tak berape semiak. Memuleh-muleh rasanya… Memang setiap kali teman ke Jakarta ni, perut teman selalu meragam. Tak tahan dengan masakan dema di sini.

Tapi apa nak buat, dema nak keluo belaka, temanpun ngeko juga leee….

Mase nak balik tu, teman nunggu le di anjong bangunan Mal tu sambe nunggu sedare teman ngambik kereta. Rame juga yang nunggu di situ.

Bayangkan aje le, di Jakarta tu sendiri dah ada lebih kurang 25 juta penduduk, hampir sama banyak dengan penduduk yang ada di seluruh Malaysia. Kita ada 28 juta penduduk.

Pendek kata kalau diludah dema ajepun banjir Malaysia ni.

(Mujo le juga dema pengge najis manusia ke kedutaan kita je. Kalo lantak di dema rame-rame nganto najis ke seluruh Negara Malaysia ni, gamaknya tenggelam Malaysia ni!!!)

Balik pada cerita teman di anjung Mall tu, Teman peratikan, ada 7-8 orang remaje, mawak payong beso tu, payong orang main golf tu, tapi bukan payong yang baru…. Maknanya payong yang orang dah guna leee.

Bila dia lalu depan teman, dia tanya, ‘Mau payong pak?’.

Dalam ati teman tepikio, ‘... Bukan semua dema dapat cam teman ni orang Malaysia…’

‘... ngak...’ teman nyawab, macam mana teman nengo dema nyawab….

Kemudian teman peratikan dia pergi dari sorang ke sorang betanyakan kalau mau payong….

Sebenonya bebudak ni juga memberikan satu ‘khidmat’. Khidmat memayong mereka-mereka yang nak pergi ke kereta memasin dalam keadaan hari ujan.

Kalau tak ada khidmat mereka ni, kalau pergi juga ke kereta, maka akan basah kuyup le jawabnya, ataupun akan mengambil masa yang lama kerana menunggu hingga hujan teduh….

Caj untuk di payongkan tu sekitar 2000 rupiah atau lebih kurang 60 sen.

Kalau nak cepat, memang berbaloi.

Senang nak cari rezeki di Jakarta ni…

Dan orang ramai di Jakarta ni memang dah terima hakikatnya mereka-mereka ni memberikan khidmat dan memang masyarakat Jakarta ni sanggup bayar berapa yang di minta.

Inilah beberapa perkara yang dapat teman rakamkan ketika teman beraye di Jakarta….

Sunday, September 5, 2010

PANJUT

Lagi satu keseronokan dalam bulan puasa adalah bermain panjut.

Panjut ni pada asasnya ada lampu pelita minyak geh yang di pasang keliling rumah pada 3 hari terakhir bulan posa, atau lebih khusus pada malam 27, 28 dan 29. Tapi kalau posa sampe 30 hari, ia tarmasuklah malam 30 sekali ataupun malam raye.

Kebiasaannya pada malam 27-30 ni naknak yang duduk jauh-jauh dah balik kampong. Dah nampak muka mak bapak berseri-seri, apa lagi kalau naknak balik cuti mawak cucu dema balik kampong nak jumpa dengan tok nenek.

Cuma pada zaman tu tak ponoh nengo naknok mawak balik matayonya. Kalau datangpun biasanyha dengna mak bapak, pada hari raya…

Sepanjang kependudukan di tebin Sunge Perak dari Kuala ngelo sampe ke Kampong Gajah tu, di kiri kanan Sunge Perak tu biasanya main panjut belaka, setiap romah ada panjut. Kulunya mungkin sampe ke Lengggung, Grik….

Tempat lain, tak berapa sangat meriah main panjut ni. cuma seadanya aje….

Di Kuala Kanso ni masang panjut tu dah jadi ‘satu kemestian’. Kalau tak pasang panjut pada malam 27 kateh tu, koman sangat le. Nampak ‘redup’ je le, macam rumah ada ‘mayat’ je… Romah yang robok robekpun mesti pasang panjut.

Kalau di Kuale tu paling popular di sekitar Kota Lama Kiri sampe ke gotak Iskanda brij di Jemuan. Dulu jalan Kota Lama Kiri ni main road le. Ini le jalan utama orang dari Pulo Pinang ke Kuale Lumpo.… Masa tu Highway plus memang tak ada lagi. Baunyapun tak mandang lagi

Bila musim berpanjut tu, sampekan habih semua orang yang lalu lalang melinteh Kota Lama tu berenti belaka, nengok orang Kota Lama masang panjut.

Sebenonya ada pertandingan. Dema ada komiti untuk menilai panjut sape yang paling indah, menarik tertarik…., teman masa tu masih bebudak lagi, he he macam ni tak ambik peduli sangat. Teman tak tau entah sape, dari mana komiti ni. Dari Majlis Bandaan ke… puak-puak Sotan Perak ke …..atau ajk kampung je ke.

Tapi yang sahihnya, ada pertandingan. Hadiah di beri pada malam las berpanjut, malam raye. Biasenya Sotan Perak akan turun, merikan hadiah – dia ‘mencemar duli….’

Dah kemudian tu, mungkin tahun 60’an… dah ujong-ujong tahun 60’an berpanjut ni dah mole ‘menular’ sampe ke Bukit Chandan… Orang Candan ni bila dema ‘turun padang’ dema dah mole ‘modifi’ panjut tak pake pelita minyak geh lagi, dema dah pake lampu eletrik.

Memang cantik le buat panjut pake elerik ni. Boleh bewarna warni, gilang gemilang je. Boleh bekelit-kelit luk lap luk lap je. Pilih je nak mentol lampu warna apa. Ijo, merah, kunin, biru… satnika warna boleh pasang.

Guna lampu eletrik ni tangan pun tak koto bandinkan dengan pake minyak geh. Kalo pakai lampu minyak geh tu , lubang idongpun itam bere kena jelaga.

Cuma keaslian panjut tu leee… Hilang weh…. Dah tak original lagi.

Dema di Candan ni apa dikenangkan lee. Maklum le kawasan ni semua kerabat-kerabat Sotan Perak belake. Anak cucu, anak sedare, pak sedara, mak sedara, tuk sedare… Pendek kata keturunan orang kanan-kanan belaka le. Masa tu Sotan sendiripun duduk di Kuala. Yang teman ingat, sultan Yusuf, Sultan Idris dan sekarang ni Sultan Azlan.

Teman rase le, se ingat teman, yang paling rakyat seronok sekali main panjut ni , pada pemerintahan Sultan Idris, orang kuala pangge Sotan Derih. Dia sendiri yang turun padang…. Mencemar Duli…’

Semua orang Kuale mesti belajo bahasa-bahasa di raja ni…. Sebab, Sotan sendiri selalu turun ke pekan Kuale. Terutamanya Sotan Derih . Ini yang rakyat suka sanggat dengan dia. Bukan disionya sangat pake pengiring-pengiring ni… apa lagi bepayong-payong tu… Dia cakappun macam kume cakap juga. ‘Pure Perak Language’ Dia guna bahasa ‘teman’, ‘mike’, ‘mengkome’, ‘denya’….

Seingat teman bila dia bersembang kat bawah tebin kuala tu, tak ponah teman dengo dia bahasakan diri dia ‘beta’. Tapi orang kampong bila bahasakan diri tu kume gunakan ‘patik’ le… Kita hormatkan dia. Tapi tak ada le guna ’ampun tuanku, ampun tuanku’ lagi bila besembang dengan dia…’

Adik Sotan Derih, ‘Ku Tam’ namanya pun macam itu juga dengan rakyat jelata. Dia ni baik dengan apak teman. Selalu datang koromah teman ngajak apak teman pergi nyala ikan. Apak teman tu dulu dia ketua kampong. Dia pangge apak teman tu ‘Jit’ je, singkatan dari Aziz. Dema ni selalu berseloro…

Selalunya dia datang dengan sorang lagi kawan apak teman, Mat Tekang namanya. Pak Mat Tekang ni orang Sayong, dia tolong jagakan bot Ku Tam.

Suatu hari, Ku Tam datang ke rumah teman, dah petang sikit, lepeh aso lebih kurang. Masa tu kume anak beranak ada di rumah tengah minum petang.

Sesampe je Ku Tam, apak teman ngajak dia minum sekali, ‘muh kita makan sekali…’
‘…tak sio teman ari ni…’ Jawab Ku Tam…

‘Eeh ape ke kenanya bengih sangat ari ni….’ Tanya apak teman sambe seloro.

Teman tego apak teman pase dia guna bahasa orang kebanyakan… Untuk kerabat di raja kita tak kata makan, kita sebut ‘santap’…

Temanpun bisikkan pada apak teman, ‘….santap bukan makan!!!)
Ropanya apa yang teman katakan tu didengo dek Ku Tam.

‘….aaaa… mike bebaik sikit becakap dengan apak mika tu…’ Ku Tam membideh teman… ‘telinga teman ni macam telinga lintah…. Apak mike tu akan cakap teman ni tak makan-makan, tak ponah sakit-sakit…. Penyudahnya dia akan kata teman ni tak mati-mati…’ Kumapun ketawa beso….

(Ada setengah perkataan tu bebeza beno dengan bahasa orang kebanyakan macam kita ni. Untuk kerabat diraja, makan tu di sebut ‘santap’, sakit tu ‘gering’, mati tu ‘mangkat’)

Teman nampak Ku Tam tu memang mesera beno dengan apak teman. Kalau beseloro tu sampe tepok-tepok bau. Dengan teman tak le mesra sangat macam dia mesera dengan apak teman. Sekadar seloro begitu he lee. Kalau nyala tu apak teman kengkadang tu ajak teman. Bukan le dia ajak teman sorang, orang kampong yang lainpun dia ajak sama.

Kalau dia datang keromah teman, orang-orang kampong yang dekat rumah tu akan ‘voluntear’ tolong mak teman memasak kat dapor, biasanya dia akan mintak gulai pempoyak. Ikan ‘favorate’ Ku Tam, ikan patin. Temolehpun dia suka sanggat. Jiran-jiran teman yang pompuan tu akan tolong carikan ulam, cari pucuk paku, ncari jantung pisang….. makanan orang kampung je.

Aaaaahhhh teman ni dah keluo tajuk pulak… Cadangnya nak cerita pase panjut je tadi. Kalau teman ambik pereksa SPM lagi sekali ni rasanya lebuh…. Karangan dah keluo tajuk, apa yang dapat lagi… Orang manjat tiang, teman manjat dindin… Mana nak kena.

Sambung balik cerita panjut.

Panjut buluh
Selain dari pelita minyak geh, orang kampong muat panjut dari buluh lemang. Kerat buluh lemang dua tiga rueh. Setiap rueh tu di buat sumbu, biasanya 2 sumbu serueh, di tengah-tengah buat lubang untuk nak masukkan minyak geh. Sumbu dangan lubang tempat masukkan minyak geh tu mesti ngala ke ateh. Kalau tidak habih boco semuanya.

Sumbunya dari tali guni, ataupun baju perak (bunyi e tanda, kalau e tak betanda, bunyi macam negeri Perak pulak). Kain-kain lain tu dia tak nyerap minyak, nanti api panjut tak mau nyala.

Tali guni tu di kerat lebih kurang sesete lebih sikit, lipatkan 4-5 kali, demudian sumbatkan kedalam buluh sebeso kelenkin. Buluh tu pendek je, lebih kurang 2 inci. Lubang buluh muat sarung sumbu tu lebih kurang suku inci.

Buluh tu digunakan supaya sumbu tu tepacak ateh buluh. Tak dekat sangat dengan buluh lemang yang ada minyak geh tu. Kalau dekat sangat tu kut kut api tu nyambo minyak geh yang dalam buluh tu. Baru le haru!!!

Keluokan sikit ujong tali guni tu lebih kurang setengah inci, untuk muat sumbu panjut tu. Ujong yang satu lagi tu kita panjangkan sikit, lebih kurang 3-4 inci, masukkan ke dalam lubang pada buluh lemang tempat minyak geh tu. Ujong tali tu akan telepa dalam buluh bekeh minyak geh tu,, Dia akan serap minyak geh dari dalam buluh tu, meresap sampe ke ujong sumbu. Bila di suit dengan api, baru le sumbu tu menyala. Dia akan makan minyak geh tu, bukan mako sumbu je…

Bila teman dah beso sikit, agak agak dah tinkatan 3 tingkatan 4, teman gantikan sarung sumbu yang guna buluh beso kelenken tu dengan panco. Panco!!! Panco orang noreh tu. Zin yang dema gunakan untuk nak salokan getah dari pokok ke dalam put tu…. Sape yang biasa noreh tu tau le benda yang teman cakapkan ni.

Masalah guna sarong buluh tu, dia suka sangat di makan api juga. Terutamanya kalau minyak dah nak abih. Kalau minyak tak cukup, tak sampe tengah malam api panjut dah padam. Kena pande ngagak, banyak mana nak di ubuh minyak geh tu.

Panjut tempurong nyo.
Lagi satu jenih panjut ni di buat dari tempurong nyo. Tempurong tu, tak kira tempurong jantan atau tempurong betina, di tebuk pada tengah-tengah tempurong tu. Buat satu pancang lebih kurang 4-5 kali tinggi. Lepeh tu masukkan tempurong yang bertebuk tu ke pancang yang dibuat tadi, di langgat satu per satu. Tempurong tu di telentangkan….

Bila nak masang panjut ni suit ju pada tenpurong yang di ateh sekali yang belanggat pada pancang tu… Nyala ke dia. Kena tuangkan minyak geh sikit. Tempurong ni susah sikit nak stat apinya….

Panjut Tin susu
Panjut din susu ni dema buat dari tin susu cap junjong attau yang serupa. Dema kutit tin ini dari kede kopi di merate kuala tu. Biasanya mole puasa tu dema dah ‘book’ pada tuan kede, mintak simpankan tin tu, jangan buang….

Biasanya tin susu ni, dema bukan menggunakan pembukan tin. Tebuk di pergigian sebelah ateh tin tu. Potong jangan putuih, tinggekan lebih kurang suku, kemudian ambik susunya dengan melipatkan penutup tin yang telah di potong. Bila dah abih susu di guna, kepakkan balik penutup tin tu ke arah bertentangan.

Tin susu ni dema kompoi banyak-banyak…. Dema pasang sumbu pada penutup yang telah di potong tu, pake tali guni juga. Kemudian dema bubuh minyak geh dalam tin bekeh susu tu. Siut sumbu. Siap le satu panjut.

Panjut tin susu ni biasanya dema letakkan pada satu struktur yang di buat dari buluh. Struktur tu sema bentuk le macam kape ke, ikan ke, bunga ke…. Zaman tu yang paling popular struktur kape layo. Ketika tu kape layo ni jadi lambing orang Pati Perikatan. Pati BN sekarang. Sesekali tu ade le struktur bulan bintang. Bulan bintang ni simbol orang pati Pas.

Panjut tin ni di atokan lebih kurang setiap 2 kaki sebiji panjut.

Bila panjut ni di pasang, nampak le dia dalam bentuk kape layo, ke, bunga ke, kapetobang ke…. Mengikut struktur yang di buat dari buluh tu…….

Ada sekali tu teman tengok dema buat struktur mesjid negara… Hebat….

Orang-kota lama ni belawan-lawan le yang sape punya panjut yang lebih menarik….

Itulah kelebihan yang ada pada orang Kotalama ni…. Pande dema mereka-reka…..