(sebahgian dari tulisan ni dah teman tulis dlm. laman Sekolah Kebangsaan Menora...)
Harini dari pagi lagi teman kena duduk di rumah je.
Orang rumah teman pergi Tanjung (Penang), habih di angkutnya kunci kereta. Dua tiga buah kereta ada, tapi satupun teman tak boleh pake. Kunci tak ada. Kunci tu teman letak dlm dua jambak, habih kedua-dua jambak anak kunci tu ada pada mem teman.
Dia terbawak le tu….bukan sengaja.
Nasib le hari ini hari isnin. Teman puasa. Kalau tidak beteho le teman dibuatnya.
Di dapor tu bereh ada. Lauk pauk pun ada. Tapi dah tua-tua ni tak kose beno rasanya nak ke dapor. Kalau boleh tu nak yang dah teridang je.
Dulu masa teman kat Amerika dulu, kena masak sendiri. Kede makan macam tempat kita disini ni manada. Manada nasi kando ke, kuataruhtaih…. mana nak ada. Kat sana le teman belajo memasak.
Mase teman kat kampong dulu tu tak dibagi dek mak teman nak kedapo pun. ‘orang jantan jangan biasekan kat dapo…’ pesan dia pada teman. Agaknya riso anak jantan sulongnya tu kene suroh sarah di bininya…
Yang banyak ada di sana tu, Mc Donald, KFC, Burger King, Pizza Hut, I-HoP (International House of Pancake)… Jenis-jenis macam tu je. Memole tu dulu rase sedap bebeno le, tapi bila dah tiap-tiap hari, itu itu juga dah tak terunte lagi. Muak jadinya.
Kemudahan untuk masak sendiri tu ada. Haweh-haweh macam kunyit, halia, halba, bunga lawang, bunga cenkih, kulit manis ….yang macam-macam tu ada di jue di situ, tapi jauh, beratus batu.
Teman duduk di Baton Rouge. Haweh-haweh nak masak kari kene pargi, paling dekat, di New Orleans, lebih kurang 140km, tapi di unte juge le… pergi juga le…
Pelajar pelajar perempuan masak, pelajar lelaki, terutama yg ada kereta, cari haweh-haweh. Selalunya beli kat kedai ‘oriental mart’ le. Kedai cina. Biasenya Orang cina yang nyue barang-barang macam tu datang dari Siam, Hong Kong, Singapore, dari Penangpun ada… Bila week-end, kawan-kawan teman ajak cari barang makanan dari asia, macam haweh-haweh, toge, tahu, kicap….. Belacan, cencaluk, budupun ada, tapi kat kedai cina tu le.
Kume kena baik-baik pakat. Kena belebih kurang. Tak boleh nak ambik ati sangat. Dah macam adek beradik.
Tapi salute le, budak-budak pompuan kita kat sana. Pandai masak be!! Betul…
Masakan kita, orang melayu semua dema tau. Rendang pedas, rendang tok, serunding…. ooh macam macam. Dah le tu, masakan orang puteh pun cekap jugak. Sebut je. Pizza, pencake, spagetti…. Boleh belake dema masak.
Kalo musim reraye, waduh, meriah... macam kat Malaysia je. Lemangpun dema boleh buat. Ketupat tu 'no hal' la
Pase tu le teman suke melayan depa tu… Bila kita dah baik dgn dema tu, senang kita nak nyuruh nyuruh. Demapun tak silu segan lagi nak ngajak kita pergi beratuih batu tu nak ncari haweh-haweh nak masak masakan orang kite.
Sebenonya terase akrap….Macam adek beradek. Kita sakit deman deme le yang nyengoknya… deme le juga yang mawakkan makanan kalau kita dah tak larat tu.
Mase teman kat sana tu dulu, nak dapatkan daging hale tu susah sikit. Kalau makan kat kedai. lembu kat sana tu bukan pakai sembelih. Pakai ketuk kepala je. Atau pakai eletrik. Dah mati baru lapah.
Teman pulak pada mase tu di angkat dek dema jadi pengerusi ‘Muslim House’. Selalunya semua pelajar muslim yang ada kat Baton Rouge, dari seluruh dunia, tu berjemaah di Muslim House. Nak lepak-lepak tengah hari sambil nunggu kuliah belah petang pun kat situ juga le.
Nikah kahwinpun kita tolong uruskan juga.
Eeehhh ramai juga pelajar kita yg kawin kat sana. Di Muslim House tu. Teman yg jadi Pengerusi ni macam nerima menantu le…. Tapi sampai sekarang teman baru sorang menantu sendiri. Menantu anak yang ke tiga. Yang sulong dengan yang tengah (ke 2) tak nampak le larenya lagi…
Zaman teman kat LSU (Louisiana State University) dulu tu teman nasib baik sebab ada pelajar yang belajo tentang veterinar. Jadi bila kita nak daging lembu, kita pakat ramai-ramai ajak dia pergi ke rumah sembelihan. Itupun jauh juga dari kampus, dekat 60 km juga…..
Kita sembelih sendiri. Maksudnya kita sembelih lembu; bukan sembelih diri sendiri.
Bebudak melayu memole datang ke US, cakap orang puteh tak berape betoi sangat. (Itupun kita ajak juga pergi ke slaughter house tu sebagai pelapis, bila kita dah tak ade kat situ nanti).
Jadi bila ditanya depa ni, depa katalah, ‘we slaughter ourself!!!. Ini sudah lebih… ini maksudnya kami sembelih diri sendiri…. Bukan sembelih lembu tu sendiri…’
Teringat kesah-kesah 40 tahun dulu tu, teman ngonyin sendiri jeee….
Sat je. Lepeh sembelih, bila lembu tu dah mati kita letakkan atas conveyer…. Dia jalan sendiri…. buang kulit, belah perut…. sampai last sekali dah siap siang. Nak beso mana, nak buat apa.
Maksud teman tu bukan le lembu yang dah di sembelih tu jalan sendiri… Maksudnya konvayer tu le yang automatik berjalan sendiri…
Mengkome ni kalau tak betul-betul cakap nanti ada je yang komen. Sebelum mengkoma komen bio teman komen sendiri dulu.
Kalau nak buat masak korma, siang halus-halus, nak buat BBQ, rencek beso-beso, lebo-lebo…. Tapi nipis je..ikut le apa yang kita nak buat. Boleh kerat dengan tulang-tulangnya sekali.
Cuma satu le. Bila kita sembelih tu, heboh le kat rumah sembelihan tu. Kita ni zalim pada binatang….
Diorang ingat, ketuk kepala lembu sampai mati tu tak zalim ke?
Sebenonya telah di buat satu kajian tentang tahap kesakitan yang dialami oleh haiwan dari beberapa cara penyembelihan, Ketuk kepala, tempak dengan pistol kat kepala,, guna karan, dan lain-lain. Bila sembelih cara kita, guna piso yang tajam, sembelih kat tengkok, meta dema tak naik langsong… bandingkan dengan cara yang dema buat. Maknanya haiwan tu langsung tak sakit. Haiwan tu tak sedo langsung dia dah kena sembelih… Itu le kebesaran cara yang Allah tunjukkan untuk nak menyembelih haiwan. Dema yang pande-pande ngatekan kitani zalim sembelih cara macam tu.
*****######*****
Nak nasihat sikit pada orang-orang muda… terutamanya mengkome yang muda-muda yang belum nikah tu, carile pompuan yang balik dari luo negeri. Pandai masak… Gerenti punya. Puas makan. Teman dah merase masakan dema tu…. Pande beregek. Pande ambik ati… Ape yang mengkome endak, semua dema ada. Rope ada, bijak, baik, timbang rase.... Pendek kata sedap di mata, senang di ati....
Tapi jangan le tanya teman pulak, kalo dah macam tu kenape teman tak ambik salah sorang dari dema tu? Kenape cari yang ade kat Malaysia je...
Susah le sikit teman nak nyawabnya. Pertamanya rambang mata... nampak macam serupe jeee. Keduanya, mak apak teman dah heboh... Apeke haenya, dah nak bongkok apah tak ada lagi... Ketiga.... teman boleh bagi sebab lebih dari sepuluh....
Balik kepada cerita kita, bila study oversea, makanan yang sesuai dengan selera kita bukan tak ada, tapi susah sikit…. Jadi kena masak sendiri. Yang tak tau masak kena belajar masak juga. Terpaksa. Yang memang dah pande masak, ini peluang untuk tunjuk bakat. Pase tu overses students kita pandai masak.
Yang local graduate, teman tak tau le. Persekitaran kita berbeza. Kat sini, semua dah ada.
Balik rumah masa cuti, mak ada masakkan. Kat campus makanan banyak di jual kat canteen. Balik naik bas, kat bas stesen banyak jual makanan. Jadi pasal itu le local grad ni…. kurangg le sikit… Bukan tak tau…. Kecuali yang memang hobinya suka memasak. Tapi yang suka masak ni, biasanya makanpun dia suka. Lama-lama, diapun ‘makan tak habis…’
Teman nak bagi tau ni, banyak yang balik dari ‘oversea’ tu tak kawin lagi, sebab yang si ‘Local’ tu takut nak rapat. Sebenonya yang pergi overses tu lebih ramai pompuan dari lelaki. Jadi tak cukup ‘quota’ le. Apa lagi pompuan yang local gradpun melambak juga… Itu tak temasuk yang inpot mem dari US. Geng teman dulu tu ada dua tiga orang yang guna barang inpot tu. Tapi tak lame weh... Ada yg dua tiga bulan je kat Malaysia dah tueh.... Tak tahan keadaan di Malaysia....
Kerana t le teman katakan tadi, kesian le sikit kat dema nih. koja beso-beso, jawatan ada, rumah dah ada, kereta ada, tapi ….
Bukan dema tak ndak. Demapun lah sukanya, tapi dah tak ada sape yang approach. Tak kan dema nak tersua-sua pulak…. Demapun kena jaga maruah juga.
Kekadang si lelaki yang gi oversea tu, mak bapak dah buat ‘arrangement’ dengan anak-anak geng dema. Pakat nak berbisan sesame sendiri je….
Yang dah janji ketika kat oversea nak sehidup sematipun bila mak dah buat arrangemant tu…kena ikut le… Putih mata kawan tu… Dah tak ada jodoh nak buat macam mana!!
Memang ada pelajar yang kerajaan anto belajo di luo negeri tu tak balik-balik. Dema teruih bekoje kat sana.
Sebenonya tak boleh nak salahkan dema 100%. Setengah tu bila dah koje 3-4 taun kat sana, oleh kerana pressure, dema balik juga. Cari koje kat sini. Memang banyak koje yang sesuai dan oleh kerana pengalaman dema ni, senang je dema nak dapat koje kat Malaysia.
Tapi apa yang menyedihkan, gaji tak seberape, cuma sekitar 2-3 ribu sebulan. Kos kehidupan di Malaysia ni tinggi, tak setimpal dgn gaji. Tanggung jawab, berat. Sewa rumah, beribu-ribu, Harga kereta, mahal tak sepadan dengan model. Public transport, very poor.
Tak sampe setaun, demapun tueh balik ke US.
Sosial orang Malaysia ni amat menghampakan, terutamanya orang Melayu. Teman selalu kata, orang-orang barat ni lebih islamik dari orang Islam di Malaysia.
Kalo kita dah memang belekak di Malaysia ni je, kita tak terase sangat. Tapi kalo kita dah duduk di negeri orang, terutamanya negeri barat bercampo gaui dengan orang kapio di sane tu, baru kite terase sangat betapa rendahnya mertabat orang kita dari segi social, kemanusiaan, rase kesihan belas, rase sempati, perasaan baik sangka, hasrat nak menolong orang yang dalam kesusahan… sebut apapun, kita tak ada semua tu.
Orang-orang kita ni, maaf cakap, tak boleh terima kalau kita ni termasuk dalam gulongan orang yang tewas. We can not accept defeat. Kita tak boleh terima hakikat kita yang kedua terbaik. We assume that we are always the best!!! Kita nak jadi tuan, hatta walaupun terpaksa mengambil yang bukan hak kita!!!
But, but but, unfortunatele, we are not even close second….
Bila teman baru pulang setelah selesai PhD dulu tau ape dema kata? PhD tu Perangai Hasad Dengki!!! Teman sengeh je leee
Cerita pelajar kita yang tak balik setelah selesai pengajian ni bukan baru. Zaman teman dulupun (40tahun lalu) dah ada.
Take home salary dema melambak-lambak. Lebih kurang 18 bulan je dema bekoje kat sana, dah dapat meli rumah di sana. Landed property, Rumah sebuah-sebuah or detach house. Kat sini pangge banglo. Itu tak temasuk yang dema nganto mak bapak seribu dua sebulan, mayo balik wang biasiswa yang dibagi pada dema, itupun tak korang seribu dua juga sebulan.
Harga kereta amat murah. Taun 1975, mase teman ada kat Louisiana, teman beli kereta berumor setahun, cuma USD 800 je, atau lebih kurang RM2400!!!. Kereta bukan koman pulak tu. , Bila belunjo di tempat dereba, kaki tak sampe lagi ke pinto sebelah passenger…. Lueh… 5-6 kaki ada lebonya…
Harga sekarang ni tak tau le, tapi rasenya tak jauh bezanya…
Nak bejalan, melancung, public transport cukup bagus. Kalau perjalanan jauh tu, tiket bukan depa jue kira jauh.batu perjalanan, tapi ngikut berape hari kita nak pergi berjalan-. 5hari ke, 7 hari ke 10 hari ke… Dalam masa yang ditetapkan tu, kita boleh pergi kemana saje, utara selatan, timur barat…. Open ticketpun boleh juga, maknanya, kita boleh tentukan bila kita nak naik bas tu…
Biasenya bebudak kita ni, ambik perjalanan malam. Sampe di mana aje di waktu siang tu dema berhenti, ngelih-ngelih apa yang ada di banda tu. Bila malam ambik bas lagi untuk meneruskan pengembaraan .… Jadi tido dalam beh … Behnyapun selesa….. Jarang nengo ada bas yang tebalik ke, belanggo ke, telanggo pembahgi jalan ke, masuk parit ke… Tak ponoh nengo langsung… Dema ada highway macam kita juga, mungkin highway kita ni satu kelas dengan highway dema….
Walaubagaimanapun, teman tetap cintakan Malaysia. Pase tu le yang teman balik juga… Buat kate orang, tempat jatuh lagi dikenang….