Monday, May 10, 2010

DARI KOSMO

Mastura buah nangka terbaik


ZAINAL ABIDIN menunjukkan nangka madu Mastura yang terhasil daripada penyelidikannya di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.


NANGKA Mastura pertama kali diketengahkan kepada umum sekitar tahun 2000. Ia diiktiraf sebagai varieti buah nangka tempatan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.

Mampu mencecah berat sekitar 20 hingga 30 kilogram (kg) sebiji selain menghasilkan ulas yang manis dan berwarna keemasan, kualiti nangka Mastura telah mengangkat nama buah tempatan.

Malah, penggemar buah-buahan tempatan yang pernah merasainya pasti bersetuju bahawa nangka Mastura merupakan nangka terbaik pernah dinikmati.

Namun, populariti Mastura menyebabkan umum kurang mengenali individu yang bertanggungjawab menghasilkan varieti nangka tersebut.

Juga digelar nangka madu, ia merupakan gabungan daripada nama Mas yang membawa maksud warna isi yang keemasan manakala tura pula membawa maksud tanaman untuk rakyat.

Ia adalah hasil ciptaan Profesor Dr. Zainal Abidin Abd. Aziz ketika beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang sekitar tahun 1980-an.

Menurutnya, varieti nangka Mastura hanya diketengahkan setelah menyempurnakan penyelidikan selama dua dekad mengenai buah istimewa itu menerusi geran penyelidikan USM bernilai kira-kira RM1 juta.

Jelasnya, pada peringkat awal kajian, beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta dari Gopeng, Perak dan mengumpulkan sembilan genetik nangka terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk dikaji.

"Daripada sampel itu, sebanyak 400 titisan genetik berjaya dihasilkan dan selepas lapan tahun kajian, enam daripadanya diperkenalkan sebagai varieti baru dengan nama CJ-1, CJ-2, CJ-3, CJ-4, CJ-5 dan CJ-6.


BERAT nangka Mastura di antara 20 hingga 30 kilogram sebiji.


"Selepas tiga hingga empat tahun ditanam dan mengeluarkan buah, orang ramai menggelarkannya nangka madu," katanya ketika ditemui Kosmo! di ladang penanaman nangka Mastura di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Di atas tanah seluas 12 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dijadikan tapak kajiannya, Zainal Abidin kini turut menjalankan penyelidikan 20 buah-buahan tropika lain termasuklah durian belanda, jambu air, belimbing, longan, rambutan, pulasan dan roselle.

Walaupun berjaya menghasilkan nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, namun kajian terhadap varieti nangka tidak terhenti di situ sahaja.

Menurut Zainal Abidin, sebanyak 400 titisan genetik daripada enam varieti CJ-1 hingga CJ-6 telah dikaji semula dan selepas lapan tahun, satu titisan daripadanya telah dipilih. Mengapa?

Ini kerana ia mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki iaitu mempunyai saiz buah yang besar, mengeluarkan ulas yang manis dan isinya yang keemasan.

Varieti itu diperkenalkan kepada umum dengan nama CJ/USM 2000 Mastura yang kemudiannya menerima nama jolokan nangka Mastura seperti yang dikenali pada hari ini.

Malah, nangka Mastura juga mempunyai ciri-ciri yang baik. Antaranya ialah buahnya berbau harum, isi yang tebal, buah tidak mudah rosak, pokok yang lebih tahan serangan penyakit dan berbuah sepanjang masa.

Jelasnya, pokok nangka Mastura dengan ketinggian di antara 4.5 meter hingga 5.4 meter mampu mengeluarkan buah pertama selepas 18 bulan ditanam. Ia boleh mengeluarkan dua putik buah dalam tempoh sebulan selain mampu hidup selama lebih dua dekad.

Sehingga kini, varieti nangka Mastura paling banyak ditanam di Pahang yang melibatkan keluasan ladang kira-kira 1,200 hektar manakala di Terengganu dan Selangor pula melibatkan penanaman masing-masing seluas 160 hektar yang benihnya dipasarkan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.


ISI nangka Mastura kuning keemasan.


Sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah dihasilkan menerusi penemuan varieti nangka Mastura, Zainal Abidin yang telah bersara sebagai pensyarah di USM masih lagi meneruskan kajiannya.

Kini kajian terbarunya yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu sudah memasuki peringkat penilaian terhadap 200 sampel titisan yang dihasilkan daripada kacukan beberapa jenis nangka terbaik termasuklah nangka Mastura.

"Kajian terbaru saya ini dijangkakan dapat menghasilkan empat lagi baka baru nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, mungkin lebih baik daripada nangka Mastura.

"Saya jangkakan dalam masa setahun dua lagi, ia dapat diperkenalkan kepada umum untuk ditanam secara komersil di kawasan pertanian," katanya.

12 comments:

  1. Way to go Nal!!! keep going, I can only look though, could not consume nangka anymore- angin satu badan..

    ReplyDelete
  2. Insyallah, nangka teman ni tak ada angin. Kalau adapun angin yang sepoi-sepoi bahase je. Sekali terasa, rasa nak lagi... orang puteh kata, 'finger licking good!!!'

    ReplyDelete
  3. Salam Ayah Yeop ..
    Bile dikate kurang berangin, teringin juge teman nak nyube nanam nangke ni.
    Guh bebudak dulu memang teman antu nangke. Tapi sekarang udah tak begitu berani makan sebab ghiso angin.
    Bolehke teman meli barang sepokok dua anak nangke Ayah Yeop ni? Nak tanam dekat rumah je. Kalo tanam di kebun, sah jadi 3T ...

    ReplyDelete
  4. Pase guna sistem 3T yangg teman tak bekenan sangat ni. Mike kena tambah satu lagi 'T'. Moto pun kena tuko. Kalo 3T dia Tebeh, Tanam, Tingge. Kalo 4T dia berubah sikit, jadi, Tebeh, Tanam, Tetengok lepeh tu Tue. Baru dapat hasil.

    Tentang benih yang mike ndak tu insyallah teman ikhtiokan. Pada 19 hb ni teman ke Maran, Pahang. Balik 22hb barangkali. PPK Maran tu memang teman dah bagi endosment untuk menghasilkan benih teman tu .

    Kalo beli sepokok-sepokok dema jue RM15/ pokok . Tapi kalo beli banyak, dema boleh kurangsampe sekitar RM12-13/pokok.

    Nanti teman conferm dengan mike. Bagi no tel, nanti teman singgah di kuale. BDW, mike orang kuale ke?

    Kalao nak ikut kursus nak nanam nangka, moh kita pergi sesama kesana. Teman ada ceramah 3 hari di Maran. Ini program bulanan teman di Maran.

    Ataupun, kita boleh pepakat dengan PPK Kuale untuk kita anjurkan seminar 2-3 hari tentang teknologi tanaman nangka. PPK ada peruntukan untuk buat ceramah nangka ni.

    Ataupun kalo ada cik gu-cik gu teringin nak dedahkan anak murid tentang prospek pelajar sain tulin biologi dalam kerjaya, boleh le teman bantu sikit-sikit berpandukan pengalaman sendiri... Banyak pelajar tak tau tentang ni. Kengkadang tu cik gupun rame yg tak tau.

    Temanpun tengah ni tak buat ape-apa dah sekarang. Kalau perlukan bantuan tu boleh le...

    ReplyDelete
  5. Salam Ayah Yeop,

    Saya Marzuki dari Sg Petani.Sejak 2008 lagi saya berminat dgn tanaman nangka mastura ni.Cadang nak tanam di tanah terbiar luas 2.5 ekar di Changlun,Kedah.Tak tau la sesuai ke tak tanah tu,persekitran ada pokok getah,sawit dan sedikit sawah padi.
    Bolehkah saya hadir serta kursus kat Maran tu?
    Berapa bayaran kursus dan bil. hari?
    Cadang tu nak juga beli sedikit anak pokok nangka kat sana untuk bawa balik.
    Kemungkinan saya dan seorang lagi kawan,kami akan pergi sendiri.
    Atau perlu saya terus tanya PPK Maran?

    H/P:019-5119171 Marzuki

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Ish,ish ayah yop ni, baguih benole nangka mikeni getahnye dah bejeghekat meghate neme. Bebaloi beno le mike pencen mawak menapaat pade ogahng lain... Beso pahale dan balaihnye daghi tuhan tu..

    ReplyDelete
  7. Salam, teman nintak meah en Mazuki, teman tak nengok-nengok tulisan mike ni sebelum teman berangkat ke Maran. Insyallah, kursus akan datang teman akan bagi tau pade mike. Tak tau bila, tapi biasenya dalam sebulan dua ni le.

    Teman ada bawak benih nangka balik, tapi tak banyak. Setakat nak tanam di belakang rumah tu boleh le...

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum ayah yeop,

    ish! teman udah jenoh ler raser nyer mencari camner nak contact mike, nak sangat raser nyer jumpe mike nih, nak menanyer pasei nangka masturalah nih, kalo mike tak de hei, harap dapatlah mike emailkan contact no HP mike kat email teman nragrotek@gmail.com atau adynanmz@gmail.com

    harap secepat mungkinlah yer, teman nie meniaga buah... iulah paseinyer nak cari mike nie.

    ReplyDelete
  9. salam ayah yeop,
    Seminar kat PPK Maran tu ader running lagi ker? kalau ada, bila tu agak2nya.kalau ayah yeop ader buat seminar ker,bengkel ker,atau lawatan ladang ker, silalah maklumkan yer ayah yeop, kat mana2 pun tak kisah.nak berguru la katakan.hehehe bak kata2 ayah yeop,
    "The more i know about u, the more i appreciate about u"

    utk fast respond seminar tu ayah yeop boleh ler bagi tau kat e-mail yer.
    "microinverter@yahoo.com"

    Rezeki Nangka'
    Fairuz

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Prof, teman berminat nak nanam pokok nangke mastura ni, mane nak dapat benihnye? Teman sekarang udah menetap di Kg. Dato Ahmad said Tambahan 2, Ipoh. Dulu duduk di Parit, ade ke gamaknye dijual merate pekan Ipoh ni? Belakang Lokin ke?

    ReplyDelete
  11. Salam prof,
    ada kah benih nangka mastura ini boleh didapati di sabah ?

    ReplyDelete
  12. salam prof

    saya berminat untuk menanam nangka madu mastura yang telah prof hasilkan di kawasan rumah saya....bagaimana boleh saya dapatkan benih nangka mastura ini dari prof?saya berada di klang....

    hasmili : 010-4359272

    ReplyDelete