Monday, October 17, 2011

NANGKA VS PISANG

Pagi tadi teman merayo-rayo kat alam maya kita ni. Teman terjumpa dengan satu pos seorang pengusaha nangka madu. Saya sanjung usaha anak muda ni….Bersungguh-sungguh beno….
Beberapa bulan lalau dia tanam cabe diantara barisan pokok nangkanya tu dan sekarang ni pokok cabenya tu dah nak pupuih, jadi dia nak ganti pokok cabe tu dengan pokok pisang.
Teman nak buat tegoran sikit, kalo nak nengo. Dalam kajian teman sejak dekat nak 30 tahun dah,  dalam kajian yang telah teman buat, pisang tak sesuai untuk ditanam antara barisan anak pokok nangka.
Cabe tu dah elok sangat. Kalo nak tuko dengan tanaman lain, mike cari tanaman yang lebih kurang beso itu juga, tak beso sangat.  Jangan tanam dengan pokok yang tumbuh lebih tinggi dari anak pokok nangka ni… Mike boleh pilih pokok rosel, sere, terong, bendi, dll.
Sebab-sebabnya, akan teman bagi tau kejap lagi.
Teguran ini tidak mengkhusus untuk anak muda ini, Teman tak mau dia terase ati ato tersinggung disebabkan teguran teman ni. Apa lagi kalo dia kata teman ni pande cakap je, suruh buat bebeno, haram tak tau.
Cuma teman nak bagi saranan je, berpandukan apa yang telah teman buat kajian.
Apa yang telah mike buat dengan menanam cili di antara barisan nangka itu sudah cukup cantik. 

Teman dengan rendah hati meminta mike memikiokan semula hasrat mike nak nanam pisang, nggantikan pokok cabe itu. 


Sebab: 

1.   Pokok pisang akan tumbuh lebih tinggi dari pokok nangka, ini akan memberi saingan pada anak pokok nangka untuk mendapatkan cahaya dan akan mengganggu metabolisma pokok nangka. 

2.   Pokok pisang itu kelak akan mengganggu peredaran udara dipersekitaran tanaman nangka. Ini tidak sihat kerana akan menyebabkan banyak penyakit pada pokok nangka. (Kelembapan akan meningkat, dan ini akan mengaruh spora-spora penyakit seperti Phytophthora sp, cambah dan menyerang pokok nangka. Serangga perosak juga akan bersembunyi dalam persekitaran yang lembap, panas dan redup. Persekitaran sebegini akan mengaruh perkembangan bakteria perosk nangka, Ervinia sp. dan akan menyerang pokok nangka anda. Symptom serangan bakteria ni hanya menunjukkan tanda-tanda diserang setelah 3 tahun kemudian, dan ketika itu sudah terlambat untuk diselamatkan pokok nangka tersebut.
3.     Penyakit yang menyerang pisang, seperti Fusarium, besar kemungkinan akan menyerang akar pokok nangka. 


4.     Umor anak nangka tuan sudah berapa tahun? Kalau saya asaskan dugaan saya kepada pokok cili yang telah tuan tanam, teman andaikan anak nangka tuan berumor sekitar 8-12 bulan. Kalau tuan menanam benih yang saya hasilkan seperti MASTURA, dan siri CJ, (eg CJ3), nangka tuan akan berbuah dalam masa 6 bulan lagi. 

Pisang yang tuan tanam itu belum sempat beso dan pokok nangka tuan dah readi nak bebuah. Dalam keadaan terlindung seperti di bawah pokok npisang yang tuan tanam tu, tuan akan menghadapi masalah pada pokok nangka tuan. Buah nangka tuan akan berpenyakit. Pokok nangka tuan juga akan berpenyakit disebabkan kelembapan yang tinggi. 

Banyak lagi sebab kenapa saya tidak rekomen pisang sebagai tanaman kontan dalam barisan nangka. 


Nak mendekkan cerita, usah le mengkome tanam pisang dalam kebun nangka yang baru ditanam. Kalo mengkome nak tanam juga tu, itu he mengkome le… Teman dah bagi pendapat. Teman tak endak mengkome ni hakap sangat, nanti yang di kejo tak dapat yang dikendong  habih cico. 

8 comments:

  1. Salam Ayah Yop., teman nak ucapkan teghima kasih banyok-banyok kat ayah yop sebab teman tebace kan entri ayah yop yang ini. Teman sebenornya ada juga cadang nak nanam pokok pisang kat tanah (sekangkang keghe) dekat ngan ghomah teman nu., alah tanah rizab sunge, daghi bior semok samun teman tebaih le lebih koghang sekoghang koghang nye tak le jadi tempat bersaghang ulor ngan biawok. Betul , dulu teman nanam pokok cabe ate pendek benor umor nye, dan beghape kali je kumer metik cabe udah tumpor pokok nyer., pueh le teman kena gelak dek oghang ghumah teman.., benih yang teman gune yang teman meli kat kede yang njua saknika jenih benih tu le ... tapi tumpor juge pokok cabe teman nu., mungkin teman salah jage kot., ape ape pun nasihat yang ayah yop bagi tu sangat bergune ... teghima kasih., wasallam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ayah Yop...
    terima kasih atas ilmu dan terbarunya, entri niih..
    Saya telah merancang nak tanam pisang mencelah pokok nangka bulan depan setelah habis musim hujan.. pokok nangka pun baru jer tanam minggu nii.. tetiba..hu..hu..hu.. pening juga memikirkan pokok yang sesuai.. sebab saya amalkan konsep 4T yang Ayah Yob cakap dulunya.. nampaknya, terpaksa la cari tanaman pilihan yang lain.. apa yang sesuai yer? tanah saya usahakan tu, 15 ekar berbukit, tanah merah kuning,.. bekas hutan belukar yang terbiar antara 4 hingga 8 tahun.. sekarang dah cerah..dan telah saya tereskan..
    Cadangan asal, tanaman kontan jangkapanjang (pisang) dan tidak perlu pemantauan setiap hari.. jika kantan, lengkuas dan betik?.. mohon tunjukajar Ayah Yop..Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Prof,

    Lama Prof tak berblogging. Sedap tu nasihat dr pakar. Sesapa nak menanam satnika pokok, elok amik tutorial ni.

    ReplyDelete
  4. salam.sy tanam pokok nagka, tp ada serangga tebuk/korek batang pokok di bhgn pangkal pokok, camne nk atasi??racun ape nk guna ataupun ada kaedah lain??

    teman oghang sungei siput....

    ReplyDelete
  5. satu lg nk tanya, sy ni berminat nk bukak nursery (skang ni tgh merangkak-rangkak nk bgnkn nursery anak getah).....kalo sy nk hasilkn anak benih nangka klon mastura & lain2 tu, kene ada lesen ke?nk amik kt mana?sbb getah mmg kene ada lesen (tp tak ambik pun lg, jual merata kampung je skang ni, lembaga getah tak kaco)....

    sy ni bleh le ckit2 ngawin pokok ni(cantuman mata tunas)...sblm ni ada le sy try kawinkan anak nangka dgn benih yg sy beli kt nursery (klon ape ntah le tp isi nya buleh thn), idup dh pun mata tunas nya (ada le dlm 15-20 pokok dh), tunggu nk tanam kt kebun je...mula2 kawin anak nangka tu nk pakai seniri je, lama2 rasa bleh buat bisnes ni sbb rase mcm rasi je tgn ni ngawin pokok nangka....

    kalo tak perlu ada lesen sy nk trus buat byk2, kalo wajib ada lesen tu kene buat senyap je le, hehehe...

    lg pun sy tgk xde nursery nangka area ipoh-k.kangsar...

    ReplyDelete
  6. saya baru terjumpe blog ayah yeop. banyak perkara boleh belajar. thank you for sharing the knowledge.

    cerita ini dah mcm kes sama macam kebun ayah saya ni. tanaman utama nangka madu, selingan pisang. selingan sementara saja dua 2-3 cycle pisang sementara pokok nangka belom besar.

    ada kawasan2 lapang lain tanam betik, jagung, tebu, cili, tembikai. semua baru nak cuba2 je nak belajar cara nak menanam.

    tapi pisang agak byk yg mati layu. fusarium agaknye. buah pisang byk yg tgh nak tuai skrg. so mana2 yg tanam tepi2 pokok nangka dah besar tu abah suruh buang terus anak pokok pisang sbb nanti dia naung pokok nangka.

    banyak lagi nak kena belajar tanam pokok, baru mencuba je. kkat blog saya ada upload psl pokok2 buah tu. tapi nangka so far tunggu dia nak besar je baru dlm 11 bulan. kalau ada salah mintak ditegurkan. kalau

    ReplyDelete
  7. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    Plus, making money with it is as easy as 1...2...3!

    Follow the steps below to make money...

    STEP 1. Input into the system what affiliate products you want to push
    STEP 2. Add PUSH BUTTON TRAFFIC (it takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and upsell your affiliate products all by itself!

    Are you ready??

    You can test-drive the system for yourself risk free...

    ReplyDelete
  8. Do you realize there's a 12 word sentence you can communicate to your man... that will induce deep feelings of love and instinctual attraction for you buried inside his chest?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, look after and look after you with all his heart...

    12 Words Who Trigger A Man's Desire Impulse

    This instinct is so hardwired into a man's genetics that it will drive him to try better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.

    As a matter of fact, triggering this mighty instinct is so important to getting the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will immediately find him expose his soul and mind to you in such a way he never expressed before and he'll perceive you as the one and only woman in the world who has ever truly fascinated him.

    ReplyDelete