Monday, October 17, 2011

NANGKA VS PISANG

Pagi tadi teman merayo-rayo kat alam maya kita ni. Teman terjumpa dengan satu pos seorang pengusaha nangka madu. Saya sanjung usaha anak muda ni….Bersungguh-sungguh beno….
Beberapa bulan lalau dia tanam cabe diantara barisan pokok nangkanya tu dan sekarang ni pokok cabenya tu dah nak pupuih, jadi dia nak ganti pokok cabe tu dengan pokok pisang.
Teman nak buat tegoran sikit, kalo nak nengo. Dalam kajian teman sejak dekat nak 30 tahun dah,  dalam kajian yang telah teman buat, pisang tak sesuai untuk ditanam antara barisan anak pokok nangka.
Cabe tu dah elok sangat. Kalo nak tuko dengan tanaman lain, mike cari tanaman yang lebih kurang beso itu juga, tak beso sangat.  Jangan tanam dengan pokok yang tumbuh lebih tinggi dari anak pokok nangka ni… Mike boleh pilih pokok rosel, sere, terong, bendi, dll.
Sebab-sebabnya, akan teman bagi tau kejap lagi.
Teguran ini tidak mengkhusus untuk anak muda ini, Teman tak mau dia terase ati ato tersinggung disebabkan teguran teman ni. Apa lagi kalo dia kata teman ni pande cakap je, suruh buat bebeno, haram tak tau.
Cuma teman nak bagi saranan je, berpandukan apa yang telah teman buat kajian.
Apa yang telah mike buat dengan menanam cili di antara barisan nangka itu sudah cukup cantik. 

Teman dengan rendah hati meminta mike memikiokan semula hasrat mike nak nanam pisang, nggantikan pokok cabe itu. 


Sebab: 

1.   Pokok pisang akan tumbuh lebih tinggi dari pokok nangka, ini akan memberi saingan pada anak pokok nangka untuk mendapatkan cahaya dan akan mengganggu metabolisma pokok nangka. 

2.   Pokok pisang itu kelak akan mengganggu peredaran udara dipersekitaran tanaman nangka. Ini tidak sihat kerana akan menyebabkan banyak penyakit pada pokok nangka. (Kelembapan akan meningkat, dan ini akan mengaruh spora-spora penyakit seperti Phytophthora sp, cambah dan menyerang pokok nangka. Serangga perosak juga akan bersembunyi dalam persekitaran yang lembap, panas dan redup. Persekitaran sebegini akan mengaruh perkembangan bakteria perosk nangka, Ervinia sp. dan akan menyerang pokok nangka anda. Symptom serangan bakteria ni hanya menunjukkan tanda-tanda diserang setelah 3 tahun kemudian, dan ketika itu sudah terlambat untuk diselamatkan pokok nangka tersebut.
3.     Penyakit yang menyerang pisang, seperti Fusarium, besar kemungkinan akan menyerang akar pokok nangka. 


4.     Umor anak nangka tuan sudah berapa tahun? Kalau saya asaskan dugaan saya kepada pokok cili yang telah tuan tanam, teman andaikan anak nangka tuan berumor sekitar 8-12 bulan. Kalau tuan menanam benih yang saya hasilkan seperti MASTURA, dan siri CJ, (eg CJ3), nangka tuan akan berbuah dalam masa 6 bulan lagi. 

Pisang yang tuan tanam itu belum sempat beso dan pokok nangka tuan dah readi nak bebuah. Dalam keadaan terlindung seperti di bawah pokok npisang yang tuan tanam tu, tuan akan menghadapi masalah pada pokok nangka tuan. Buah nangka tuan akan berpenyakit. Pokok nangka tuan juga akan berpenyakit disebabkan kelembapan yang tinggi. 

Banyak lagi sebab kenapa saya tidak rekomen pisang sebagai tanaman kontan dalam barisan nangka. 


Nak mendekkan cerita, usah le mengkome tanam pisang dalam kebun nangka yang baru ditanam. Kalo mengkome nak tanam juga tu, itu he mengkome le… Teman dah bagi pendapat. Teman tak endak mengkome ni hakap sangat, nanti yang di kejo tak dapat yang dikendong  habih cico. 

Friday, October 14, 2011

Beketurunan Bugis...

Ni gambo apak teman duduk di depan sebelah kiri (tak pake spek tu)
Dua tiga taun dulu ada teman tulih  pase keturunan teman dalam salah satu laman web.  Temanpun dah ingat-ingat lupa… Apak teman yang rajin cerita pase ni. Diapun dah dekat 10 taun ‘pulang ke rahmatallah….’. Teman tulih lebih kurang begini…..
Sebenonya, apak teman tu berase dari Rambai 7, suatu kampung di kawasan perdalaman.  Walaupun begitu, kpg tu amat aman damai. Ada sawah. Ada kebun getah, Ada sungai, ada kawasan hutan untuk berburu dan macam-macam keperluan yang diperlukan tu ada belaka. 
Yang tak ada kat kampong Ramba 7 ni cuma garam dengan gula je.  Itupun kalau nak bahan manisan tebu ada, manisan lebah pun ada.
Mak teman dari Kpg Menore, dekat dengan sunge Perak.
Mengikut ceritanya, orang yangmemole  mukak kpg R7 tu adalah dari keturunan Mekasar, Daeng Ibrahim namanya. Ini cerita mulut ke mulut. Teman dapat dari tok teman, Ngah Mat Yit. (Nanti teman anto gambo tok teman tu).
Dia ni kembo dengan Alang Ghafo. Nikah dengan Pah Peah rasanya namanya. Pah Peah ni adik beradik, Pah Zainab, Tok Asid, Tok Aki Tamat,….
Dema ni memang benih baikbaik.... puak-puak orang rumah teman, Fauziah Hanim.
Nanti teman cek dengan dema-dema yang tau tentang soreh ni dari mereka yang masih hidup. Tapi kalau ada yang tau tentang soreh ni, hubungi teman. Nanti kita sama-sama ‘build up the family tree.’
Orang puteh pangge ‘family tree’.  Kalu kita terjemahkan jadi ‘pokok keluarga’. Nak sebutpun tak sedap beno. Dema tak ada istilahnya  
Kita ni kaya dengan istilah. Kita ada istilah sendiri.
‘SALASILAH’. Istilahnhya salasilah... 
Orang puteh tak ada istilah tu.
Bercakap pase istilah melayu kita memang kaya dengan istilah.
Contoh:
Perkataan orang Melayu                                Perkataan orang puteh

1. Padi                                                                           rice (paddy)

2. beras (Padi dah buang kulit)                                    rice

3. Nasi (Beras dah masak)                                           rice

4. Kanji (nasi lembik, telebih ayo)                                rice
5  Kerak (nasi hanguih pada ponggong poyok)    burnt  rice

6. Antah (padi yang jumpa dalam beras)                    rice

7. Melukut (beras dah patah)                                  broken rice

8. Ketupat (nasi bungkus dgn daun)                           rice

9. Lemang (masak dalam buluh)                     rice cook in bamboo

10. redih (anak semaian pokok padi)                    rice seedling

11. padi huma                                                              Hill rice
12  pulut                                                                  glutenous rice

Banyak lagi le… tapi bagi orang puteh, pendek kata, semua ‘rice’ belaka.
ok nanti kita cerita lagi tentang tu.

Dalam tulisan teman tu ada komen yg ditulih oleh  en zahidana….

Alhamdulillah, telah ramai yang respond terhadap tulisan-tulisan di sini. Menarik sekali pasal keturunan Makasar, Daeng Ibrahim tu, sebab mereka ni adalah ahli pelayaran. Dalam Muzium di Kota Melawati ada dicatat selasilah Keturunan Daeng ni termasuk Raja Haji Ali, Daeng Parani dll yang tak ingat dah.. Dan sudah tentunya mereka ini orang yang berani, gagah dan tak kurang juga garang. Tengok lah Tok Mat Yit tu sapa tak kene.. (orang dulu la) silap silap kede bancuh kopi kalau tak betul kena tuang ateh kepala.
Eloklah kalau ada ahli sejarah di kalangan kita yang buat kajian keturunan Daeng Ibrahim ni dan dari mana kita datang sebenonya… Bukan untuk suka suka, sebab kalau orang putih dia kaji sampe ke pangke… dan akhirnya dia dapat menakluk Amerika (Amerika semuanya pendatang kecuali Red Indians) Setidak-tidaknya kita dapat mewujudkan silaturrahim yang sihat antara kita.”

Bila teman pikio-pikio tentang apa yang En Zahidana tulis, mungkin juga ada benonya, keturunan orang Rambai 7 ni berani-berani, gagah serta garang – garang yang tak kene tempat.
Macam yg pernah teman cerita dulu tu, tok teman, alahyarham Mat Yit ni kembo.
Apak teman pernah cerita pada teman, suatu hari tok teman, Mat yit ni pergi Tanjung (Penang). Masa di Kuala dia pernah dengo le tentang kesedapan nasi kando Penang. Bila sampai di Tanjung, diapun order le nasi kandar.
Bila sampai ordernya, di lihatnya nasi dengan kuah yang ‘banjir’ dalam pinggan dan lauk pauk semua dilambakkan dalam satu pinggan je. Tak macam makan di Kuala, lauk-pauk dalam piring berasingan.
Diapun tengok ‘kelin’ yang hantar nasi tadi ke atas ke bawah….
Tok teman ni tadi, tak semene-mene, tak tanya apa-apa pada kelin tu, diangkatnya pinggan tadi dihentakkannya ke atas kepala kelin tu.
‘…Kamu ingat aku anjing ke??….. '  Dia menyergah mamak yang nganto nasik kando tadi tu. Tok teman ni terasa terhena di sajikan makanan kepadanya secara begitu
Dia terus bangkit meninggalkan kedai tu.
Kawannya yang memang dah biasa ke Penang tu pun ikut meninggalkan kedai tu.
Kawannya tu tanya pada dia,’ngapa kamu marah sanggat tadi ti Mat Yit?’
‘ … Buatnya aku macam anjin, semua dilambakkannya dalam  satu pinggan…’
‘Kan ke kamu order nasi kando tadi?’
‘Haah le’ jawab tok teman.
‘Nasi kando memang macam itu le’
Tok teman tadi tepempan….,’ye ke bebeno???….. aahhh.... 
mana aku tau!!! jawab tok teman selamba je…
Motif cerita ni, dia salah ke dia betul ke, itu tak kira. Yang penting, kalau rasa tak kena, mesti bertindak.
Tindakan tu pulak betul ke salah ke dia mesti menang….
Insiden kedua. 
Ini berlaku ketika teman berumo lebih kurang 7-8 tahun. Dah bersekolah di Menora.
 Berlaku di kedai Pak Cu Amat, di Menora.
Dulu ada tiga buah kedai dekat-dekat di halaman rumah Pak Mat Din, apak arwah abang Leman, Tok En Razazi Talang Tengah.
Pada ketika itu Rambai 7 tu di rujuk sebagai ‘darat’. Orang di Menora ni di panggil ‘Baruh’.
Bila orang Rambai 7 nak ke Menora mereka akan kata, ‘nak turun ke Baruh’. Orang Menora nak ke R7, mereka akan kata nak naik ke darat.
Nak jadikan cerita, suatu hari, tok teman baru saja sampai ke Menora dari R7 dan singgah di kedai Pak Cu Ahmad tadi. Lalu di tegor oleh salah seorang kawan dia (namanya teman rahsiakan, kedua-duanyapun dah Allah-yarham)
‘….. haa ada orang darat, bila turun?’ Sapaan yang teman rasa amat ikhlas, tidak bermaksud apa-apa, apa lagi menyindir…
Reaksi tok teman ni, sepontan, penampo hinggap ke muka kawan yang menegornya tadi…. Tegulin kawan tu.
Eloklah pulak kawan tu tak melawan… kalau melawan agaknya naeh kawan tu, sebab dia dah ready untuk pukulan kedua…
Tok teman tu memang samsing. Badan tegap. Siapa yang tau, tak akan berani… Panas baran pulak tu….
Alahyarham pak Mat Din, yang memang dah tau beno peel tok teman tadi menyampok, ‘kamu pangge dia orang darat… pasetu le dia marah….’
‘Orang darat’, difahamkan juga sebagai keturunan orang Sakai…
Itu le agaknya yang tok teman tersinggung sangat bila orang kata dia ‘orang darat’ ataupun orang Sakai!!!
Motif ceritanya juga sama seperti cerita nasi kando tadi.
Mudah tersinggung.  Dia ada dunia dia tersendiri. Kefahaman dia tak boleh di ganggu gugat.
Itu le cerita keturunan orang Makasar. Keturunan Bugis.
Tapi sekarang ni, darah Makasar di R7 dah habis…. dah taramat cair... Dah tak original lagi. Rasanya, kalau ditanya secara rawak pada orang R7, tak ada sorangpun yang tau dia berketurunan orang Bugis.
Daeng Ibrahim ni teman tak pasti sama ada orang yang sama dengan keturunan Bugis yang pernah menawan kesultanan Johor dulu tu. Yang pernah menentang tentera Portugis di Melaka.
Kalau keturunan yang sama, nanti kita buat petition le kita ni keturunan Daeng Ibrahim.  Nanti kita buat  tuntutan hak nak jadi Sultan Melaka pulak.
Teman nunggu je bila agaknya cik gu Masitah, adik teman nak mula bukak cerita pase tok Mat Yit ni. Dia ada lebih banyak cerita dari teman, sebab dia lebih rajin melayan tok teman dulu tu. Lagipun teman banyak di luar negeri ketika tu.
Bila dah balik negeri, teman duduk di Penang pulak. 

Penangpun seberang laut juga….

Wednesday, July 27, 2011

Seluo 'wool' nyentak....

Kemarin, teman terjumpa dengan salah sorang kawan teman yang sama-sama menuntut di Louisiana State University (LSU) 40 tahun yang lalu. 

Perkara yang pertama sekali dia mengingatkan nastalgia ketika teman baru sampe kat LSU tu dulu. Pase seluo dengan coat ‘wool’  yang teman pake  mase datang ke LSU dulu tu.

'Ko simpan lagi ko selua sompet  ko duluuu….?....

Tebehak-behak kume ketawe.  Dia orang Negeri  Sembilan. Memang pekat bahase Nogori 9nya.

Sebenonya memang teman simpan seluo tu dulu. Teman bawak balik ke Malaysia mase teman balik taun 1977 dulu,  tapi teman dah telupa kat mane teman simpan seluo tu dulu. 

Alhamdulillah, walaupun pertama kali jumpa sejak 40 tahun yang lalu, tapi kume masih kene. Tak berape banya berubah. Cuma rambut je dah tuko warna, tapi gigi dia ade yang dah kompang.

Teringat pulak lagu mase kekecik, mase gigi teman kompang….. mase besalin gigi...

Pang Pang Paya Laut,
Gigi Kompang Tak Mau nyaut!!!!

Dah hilang besimpan seluo teman  tu… Tak ingat teman letak di mane,  rumah mak mentua ke….rumah mak teman. Teman nak buat kenangan seluo tu …


Ceritanya….

Bila  dah dua tiga ari kat LSU tu, baju yang teman awak dari Malaysia dah abih bepake belake.  Bawakpun bukan le banyak sangat, baju ada le nam tujuh le je.  Seluo ada dua tige le je.

Jadi kengkawan di sanapun banyak le yang nak nunjukkan tempat basuh  baju, kat loundret.  Konon depa nak eksen leee.  Depa dah tau basuh baju pake mesen je.. .  Masa tu kat Malaysia ni, teman tak ponah nengo lagi basuh baju pake mesen. Mase tu rate-rate kat Malaysia ni kalau basuh baju pake tenyeh dengan beruih je lee... Rendam du semalaman dengan FAB e Breeze ke...kemudian baru gonyoh dengan beruih

Yang teman tau mase tu  mesen getah jeeee je. Mesen rumputpun tak ade. Kalo nebeh tu pake parang je le... Tak pun pake lendat jee.

Di zaman tu  di Amerika dah macam negeri kite sekarang lee… Setiap romah dah ade mesen basuh baju.
Kengkawan teman ni  basuh bajupun  pake mesen guna duit selin je. Bukan mehe sangappun, sekali basuh dua kupang je duit dema  di sana tu. Lebih kurang nam kupang duit kite di sini. Dah basuh, ada pulak  tempat nak ngerinkan baju kita tu. Tak payah jemo di tengah paneh.

Temanpun mase tu teringin beno nak merase masuh baju  kali pertame nak pake washing machine dengan drier ni… 

Memang sekejap beno.  Agaknya lebih kurang  satu jam je…. Dah bebasuh, tak dan ape dah kerin, dah boleh teruih pake

Abih le cerita tu.. Balik pada cerita teman pase seluo sentin ni....

Esoknya, ari pendaftaran… hari nak rejista name nak masuk univeriti semester tu. Cadangnya nak begaye sakan le… Nak pake kot bulu kambin, kot ‘wool’ yang ditempah dari Malayia tu…


Maklum le dapat masuk universiti …..  Nak ngebat le cadangnya. Kat Malaysia, mana ponoh  pake kot pun. Usahkan nak pake , kotnya pun tak mandang.

Mase tu kalau dapat masuk Unibersiti tu bukan main gah lagi lee. Ape lagi dapat ngaji  ke unibersiti luo negeri pulak. Dah le dapat ngaji di luo negeri, di Amerika pulak…  Bukan alang-alang negeri; bukan  negeri ketiga, Ni negara maju…Amerika Syarikat pulak tu…. Bukan India. Bukan Indonesia. Bukan Pakistan. 
Ewahhhh…. Macan hena beno orang ngaji di India, di Pakistan, Indonesia ni yek???

Mase tu kalau  keluo negeripun, kebanyakannya ke  Englan je.  Itu  dah kire  paling top lee.  Kalau nak jadi cek gu, kerajaan anto ke Kerby College, di Englan.

Kali pertame teman nengo kolej Kerby ni mase teman ngaji di klifod, bila salah sorang cik gu teman baru balik dari Kerby. Diapun cerita englan aje le. Kita ni mongo aje le nengokan dia becerita.

Mase itu teman tengok  hebat beno dema niii. Ngaji sampe ke Englan.  Kerajaan  yang nganto pulak tu….  Teman tak berape tau sangat dema pegi dulu tu naik kapetobang ke naik kape laut ke.  Sesekali tu cik gu teman ni cerite le pas dema main sno. Mase dema cerita tu, teman tak boleh nak bayangkan, macam mane bila ujan, bukan ayo ujan yang turun, tapi aih yang turun…

Mase tu teman bayangkan kelin muat aih kepe, bila dia muto  mesen muat aih kepe tu bekepin-kepin aih jatuh  ke tapak tangan dia….  (nanti suatu ari teman ceritakan pulak pase aih kepe!!! Dulu dekat dengan jam beso kuale, jalan nak ke bawah tebin tu rame dema nyue aih kepe….).

Teman bayingkan sno u macam itu leee..  Tapi menangnye ye le macam tu. Sno tu jatuh macam kekabu.... Pelehan je dia jatuh.... beranso-ranso je... Eehhh rase nak pegi lagi pulak... Mawak naknak yang belum nengok sno ni.....

Balik ke cerita  orang belajo kat luo negeri ni, selain dari Englan,  kalo belajo jurusan keagamaan kebanyakannya dema ke  Mesir,  ke Universiti Al Azhar…  Itupun Universiti gah juga tu…  

Mase tu kalau ade member yang pergi ke Al Azhar, tok-tok iman yang ade anak dare tu ….. huhhhhh!!!! Tesua-sua..  

Tapi, sebenonya teman tak adapun member yang pergi Al Azhar… Deme tak yang ndak bekawan dengan teman.  Teman ngaji di sekolah orang puteh…. Tak bekawan dengan yang ngaji sekolah Arab niii.  Mase itu dema kata kalo ngaji  sekolah orang puteh akan jadi orang kapio…

(ni cakap sesame kite je le… mase tu terok arwah apak teman kene sinde…  kena perliiii.  Deme kata nanti teman ni akan jadi orang kapio.  Temanpun dema peril-perli juga…. Tapi mase tu teman  tengin sangat lagi. Kepiopun ntah ape-ape…  Tak faham…)

Tapi sebenonya nyampang le juga teman ngaji di sekolah orang puteh. Kalau tidak, bukan nak kate lee, agaknya teman masih belengko kat kampong  je lagi…. Ape lagi,  noreh aje lee….  Tak merase le nyejak kaki kat bumi Allah  yang bername Amerika Syarikat. Yang bernama Englan. Yang bernama Argentina. Yang bernama Afrika Selatan… antara Negara-negara yang ponoh teman pegi dalam urusan teman sebagai saintis pertanian.

Kalo teman tak ngaji  dulu le, tentu Dia tak bagi  ilmu yang Dia bagi pada teman ni. Kat kampong aje le belekaknya. Kalo rege getah mehe macam sekarang ni, tak ape le juga, Lantaknya rege getah turun nyombam, agaknya ngobak je le naknak teman…. 

Tapi naknak teman bila teman ceritakan cerita-cerita teman, dema buat tak peduli jeee. Muat tak nengo je.  Maklum  je le dema tu anak professor… Saintis  pertanian tersohor pulak tu… Teman ni ape le sangat, anak orang noreh getah jee.
Bila teman teringat pada jase arwah apak teman tu, tak tehingga rasenya  terima kasih  teman pada arwah apak teman yang sanggup menongkak aruh  pada ketika itu. 

Itu pat lima puluh taun yang lalu…..Memang semua adek beradik sekampong tu tak setuju beno apak teman nganto teman ngaji di sekolah orang puteh.  Riso kut teman  jadi orang kapio.

Pade mase tu ade juga  yang teman nengo  anak kengkawan apak teman ngaji di  India,  Pakistan, Indonesia…  Tapi kebanyakannya pergi dengan belanje sendiri.

Bebalik ke cerita seluo ‘wool’ teman yang dah basuh pake ‘washing machine, peh tu kering pake ‘drier’….Bila teman pake je seluo teman,  ropenya dah nyentak…. Dan senten bebeno. Dah sampe  dekat lutut je….. Pinggang dah tak muat…. 


Tak tau nak cerite le hancur luluhnya ati teman waktu tu.... Seluo yang padan dengan kot teman, tu je yang ade satu...

Apa cerita pulak niiii….

Kawan teman yang teman jumpa ni le yang minjamkan seluo dia. Seluo warna gelap yang dekat nak same warna dengan kut keman.  Nyampang le juga teman tak masuh kut teman tu dengan seluo. Kalo tidak, ngobak le rasenye….

Hee hee heee!!! Pengalaman ruse masuk kampong!!!  Tapi teman nak ubah sikit; cerita teman ni, bukan rusa masuk kampong tapi macam ‘kance masuk Amerika!!!’.

Kance!!!  Tak tau? Kance yang macam pelanduk tu, tapi  codek bebeno!!!!


Friday, July 1, 2011

Cerita Apak Teman di Zaman Pemerentahan BINTANG 3

Mintak meah le.... lame teman tak nulih di sini.... Tapi nengokkan banyak yang ngunjung laman teman ni, terase malu juga kalu tak sambung.... Macam orang tak ade mode nak nulih jeee..

Teman teringat pase apak teman....

Suatu hari ade kawan baik apak teman, ustaz Hamid,  datang ziarah ke rumah. 

Teman mase tu agaknya berumo lebih kurang 9-10 taun. Masih bebudak lagi, tapi dah codek dah....

Us Hamid ni sebenonya sekampong dengan apak teman di Kpg Rambai Tujuh, tapi dia dah pindah ke Teluk Ensen,(Teluk Anson, sekarang ni dah tuko name jadi Telok Intan) ngajo di situ . Masa us Hamid datang tu apak teman tak ada di rumah, tinge teman dengan adek-adik teman je yang ade.  Mak temanpun tak de di romah, teman tak ingat dema ni pergi mana.

Mase dema kekecik dulu tu, Us Hamid dengan apak teman ni memang 'best friend' lah...kawan baik sangat. Sepermainan sangat. sesame main lestit, sesame nyerat burong, sesame merangkap pelanduk, sesame dema pergi ngaae ikan…  Kemane pun dema betiga.

Cume bezanya apak teman ngasi sekolah sampe darjah 3 je. Us Hamid ni bila apak teman berenti, diapun berenti sekolah juga. Tapi apak dia, Tok Aji Din, anto dia ngaji di sekolah arab, teman tak ingat di mana, rasenya kat Kepale Bateh.... Mungkin sekolah yang Tok Pak Lah (bekas PM kita) buat tu leh...

Ade sorang lagi kawan karib dema tu dulu, kume pangge Ayah Dak je. Name sebeno kume tak tau…  

Apak teman mange mak us Hamid tu ‘Mak Cah’, sebab nama dia Habsah, tapi orang kampong R7 tu mange dia Cah je. Us Hamid mange pah teman, (mak apak teman) ‘Mak Cah’ juga, sebab apak teman ada kakak  namanya Cah juga…

Ketiga-tiga dema ni dah arwah belake… Cume tingge kenangan je…. Al-Fatihah….

Temanpun ngajak Us Hamid ni naik ke romah. Dah datang jauh-jauh dari Teluk Ensen.  Diapun naik le juga… Agaknya tu sikit lagi apak teman balik le tu.

Us Hamid ni pun cerita panjang le kesah dia dengan apak teman lepeh satu, satu.... kesah masa dema kekecik dulu….

Ada satu cerita yang menarik  hati teman . Kesah masa BINTANG 3 merentah Malaya…. Zaman Cina  merentah beberapa minggu…. Cerita zaman darurat. Cerita tahun 1940'an . 


Mase tu teman pun tak keluo lagi

Kalo ngikut cerite Us Hamid ni, sebenonya, mak teman ni isteri kedua apak teman. Isteri yang petame meningge.  Teman ada sorang kakak dan sorang abang, tapi kedua-duanyapun dah meningge juga. Meningge mase kekecik.  Maklum le, zaman tu bukan ada ubat sangat. Hospital jauh. Kalau sakit demam tu harapkan berubat dengan ayo penawo je le….

Pak mentua apak teman tu temasuk gulongan ‘orang berada’ di kampong tu.  Romah beso, kobo manyak, kebun getah lueh, bendangpun lueh….  Boleh kata semua ade lee.

Suatu malam masa zaman BINTANG TIGA merentah,  romah  pak mentua  apak teman tu kena rompak. Masa tu apak teman ada di romah….

Semua seisi rumah, pak mentua, mak mentua, apak teman, isteri dia, adik-adik…. Semua kene boge belaka. Habih kain baju direntap dek kumpulan Bintang 3 tu…. Yang jantan-jantan habih kecik beso kena ikat belake. Semua dema tak berani nak melawan, sebab penyamun Bintang 3 tu mawak senapang belake ….  3-4 orang naik ke rumah yang lain tu nunggu di bawah….. Us Hamid cerita, 7-8 orang  yang datang menyamun malam tu.

Malam tu je 3-4 buah romah lagi di R7 tu kena rompak…

Isteri apak teman kene palari dek penyamun Bintang tiga 3.

Bila dah dapat ngorak ikatan, apak temanpun ngejo perompak-perompak tu. Dia pergi sorang diri.
‘…. Berani pulak dia yek? ‘  teman nyampok cerita us Hamid.

‘Heeeehhh … apak mengkome tu kaki silat hande tu…. Kume tak telawan dia tu… ‘ us Hamid magi tau. 'Kalo setakat dua tiga orang tu jangan rapat….’

Teman pulak  ijak le teman tau apak teman ni kaki silat. Dia tak ponah ceritapun...

Zaman teman  kekecik dulu, tu kalau ada kenduri kawin, mesti ada pertunjukan silat, tapi teman tak ponah pulak nengok apak teman mukak langkah…. Sampe ke sudah apak teman tak ponah cerita dia hebat besilat. ….

Sambung balik cerita us Hamid.

Apak teman terus nyejak perompak tu… akhirnys dia nampak api penyuluh perompak tu bejalan  tengah bendang. Dia minteh perompak tu.  Apak tenam nampak ada 3 orang perompak. Isterinya ada di situ kene heret. Sele benangpun tak ada. Boge je.  

‘ ....dapat juga dia ngejo nye yek?... teman mencelah…
‘eeehhhh dah kampong dia…. Mana ceruk yg dia tak tau….’ Us Hamid bagi tau…

Us Hamid nyambong cerita lagi….

Apak teman teruih ngeko perompak-perompak Cina Bintang 3 tu.
Sampe satu tempat di tengah bendang tu kebetulan memang ada dango, perompak-perompak ni heret isteri apak teman ke dango tu… (Agaknya nak ngojekan isterinya le tu...)

Salah sorang masuk ke dango ngeret isteri apak teman yang dua lagi tu tunggu diluo.

Us Hamid cerita.’ Apak teman pun tak beri peluang lagi le…. memang saat itu yang ditunggunya...
Habih disentenya ketiga-tiga perompak tu.  Mase tu apak teman tak mawak senjata apapun…  Agaknya dalam kecuh tu dia telupa nak ambik apa-apa senjata.  Parang ke, golok ke, keris ke … apahpun dia tak mawak.

Dah sulo-salo Cina perompak yang tiga orang tu, diapun mawak isterinya balik ke romah....

Menurut cerita us Hamid, lepeh je dia ngunte perompak-perompak tu, baru apak teman terase gerun.  Dia langsung tak balik kerumah. Takut. Takut kekalo bintang 3 ni datang  balik nuntut bela.

Dua tiga hari dia duduk dalam bendang tu, tak balik-balik. Mase tu padi baru nak tobek. 

Hingga hebuh orang kampong mencari dia…. Dah hari ketiga baru orang kampong nyumpa dema bedua.

Mase dia ngambat perompak tu, dia tak pake seluopun, pake kain pelekat je. Nasib baik juga dia pake baju.

Bila orang kampong nyumpa dema dalam bendang tu, isterinya pake kain pelekat, apak teman berselepang dengan baju dia je……. Dah lembik wehhhh...., dah tiga hari tak makan tak minum….

Sebenonya, tali barut bintang 3 ni pun orang kampong tu juga…. Malahan dia ni sedare rapat dengan apak teman, jatuh pangkat anak sedare dek apak teman. Semua orang tau. Dah jadi, apa orang sekarang kata, ‘already open secret’…..

Masa puak Bintang 3 ni memerentah, geng-geng tali barut ni, bukan main lagi le rangginya... Deme le 'wira'. Deme le 'hero'...Apa ndak rampeh aje. Dah tak ingat hale-haram lagi. Harta kamu harta aku.....

Nak jadiken cerita, bila Bintang  3 tumpeh,  geng-geng tali barut ni pun hilang...  Lesap...Ntah kemana larinya... Tak berani pulak dema tingge kat kampong tu.  Dah 7-8 taun kemudian baru sorang, sorang balik kampong.  Masa tu ade yang mak bapak demapun dah tak ade. 

Tu leeee.... Tak sudah... Tak ada ye nye menyombong pada orang kampong sendiri. 

Tapi dalam keadan darurat macan tu, mesti ada orang yang mengambil kesempatan…. macam yang dalam cerita P Ramlee, ‘Sarjan Hassan’ le. Memang belaku betui pada apak teman. Cuma bezanya, dalam cerita Sarjan Hassan, ceritanya berlegar di zaman Jepun, manakala cerita apak teman ni berlaku di zaman pemerintahan Bintang 3. Tema cerita sama je.

Ikutkan ceritanya, zaman itupun Cina sama Cinapun ada juga yang tak sebaluh. Ada yang menyokong pergerakan Bintang 3 tu dan tak kurang juga yang menentang. 

Cerita yang macam ni berlaku di dalam semua masyarakat dunia. Bukan berlaku kat Malaysia jee... Kita buak iktibar aje leee

(Seksuk, kalo teman ade mase, teman sambong cerita apak teman lagi… )

Friday, February 18, 2011

KENANGAN 40 TAHUN SUDAH - Berangkat ke US

(Sebahgian dari tulisan ni dah teman tulis dlm. laman Sekolah Kebangsaan Menora...)

Raye Cina baru ni teman balik kampong nyengok mak teman di romah adik teman di Kpg Talang Tengah, tengah jalan nak ke rambe Tujuh.  Hari Jumaat tu teman sembahyang Jumaat di Mesjid Kampong Kubang Pekan, kampong teman.
Masjid tu dulu. Alhamdulillah, berkat usaha Allahyarham apak teman mase dia njadi Ketua Kampong. Peruntukan muat masjid tu dulu di beri melalui ahli parlimen Kuale. TS Rafidah Aziz.
Pade kengkawan teman, selalu teman kabokan TS Rafidah tu kak teman, Anak Pak Azid belake.  Mak lelain.  Rame yang pecaye. Dema ingatkan kume ni memang adek beradik. Name apak serupa, kedua-duanya dari Kuale pulak.
Kehaenya kume apah mentidak.
Mase dalam mesjit tu teman petiakan dah rame beno yang teman dah tak kene. Cume bila tengokkan raut muke, rekrap muka dema tu teman boleh agak je le dema tu anak sape. Dah tu, yang teman kene pun dah banyak pulak yang dah tak ade.
We Ni Talang Tengah, Pak Ngah Ya, Pak Musid, Pak Monso, Pak Lin, Pak Jakub, Pak Sehak, We Alit, Tok Ki Wahi, Tok Imam Jemeli, Pak Aji Mae ketua kpg Menora dulu….  Semua dah tak ada.
Yang ngajo teman main rebana, Pak Man Ceme pun dah tak ada…Anak dia Azmi, pun dah tak ade. 
Cite Azmi ni sedih sikit. Dia jatuh mase dia manjat pokok langsat. Redat dia lepeh tu. Lama dia derita.... Betaun le....
Ooooohhh ramenya dah tak ada…
Semua mereka tu baik-baik belaka. Kaki seloro. Jegele belake. 
Mengkome tau tak, waktu teman nak pergi ke Serdang masuk Kolej Pertanian dulu, seluruh kampung nganto teman ke Kuala…. Rame-rame naik bot Pak Lin
Deme pun seronok sangat teman dapat belajo di Serdang.
Dua tiga minggu sebelum teman berangkat, seluruh kampong tu becerite pase teman jee. 
Dema juga dah mula muat kutipan derma (Dah kemudian baru teman tau cerita tentan dema ngutit derma tu..).
Banyak teman dapat. Seratus lebih. Masa itu seratus lebih tu bukan main beso lagi. Harga nasi lemak masa tu sekupang je sebungkuh. Lakse Pak Ngah yang popular sampe sekarang ni, mase tu dua kupang je sepinggan. Aih cendoi, sekupang. Aih kepe lime duit je. Mengkome tau ke ape dia aih kepe ni? Memang dah tak jumpe dah sekarang ni...
Romah Pak Ngah Lakse tu di Talang. Cucu Pak Ngah tu, Arif same tingkatan dengan teman  di Klifod, cuma lain keleh. Baik budaknya. Lemah lembut. Sofan santun.
Bebalik pada cerite kita, kekira teman dapat banyak itu hasil derma orang kampong teman tu kire memang moncah le.
Eeh bila kenangkan sokongan yang dema berikan pada teman masa tu, rasa nak betoyak dibuatnya!!!! Terasa beno dema sayangkan teman….
Masa teman pergi Amerika lagi pulak. Rame yang nganto teman sampai ke Subang Airport. (Masa itu KLIA tak ada lagi).
Yang nganto sampe ke kuala tu jangan cerite le. Teman ingat, Wan Jeetah dengan Pak Wok, bapak kawan teman yang teman salute tu pun ada nganto teman juga sampe ke Subang.

Dalam rame-rame tu ada yang tanya, Amerika tu jauh ke? Susah teman nak ngabokan, sebab temanpun tak berapa tau sangat tempat teman nak pegi ni entah berapa batu dari Malaysia. Tapi bila teman teringat pada peta dunia, pada pengagak teman jauhnya antara Malaysia ke Amerika Syarikat tu tak kurang dua kali ganda pergi Mekah. Orang kampong teman ni Mekah le tempat yang paling jauh...
Zaman tu orang kampong teman ni kebanyakannya setakat pergi Kuale je le... Paling jauhpun Tepen ato Ipoh. Ade le sorang bedua yang sampe ke KL. Yang lain tu belekak di kuale jeee...
Temanpun beri taule lebih kurang 2 kali ganda pergi Mekah….
‘…. ohhhh weeeeehhhhh…. Ape ke baatan… Ngelen dema. Pah teman, Pah Beah, langsung betoyak. 
'eeeiihhhh... haruih tak jumpa pulak lagi le kita agaknya.... Kamu balik esok pah entah ade entah ijak lagi...'
Teman tak tehan beno bile nengo pah teman cakap macam tu.... Dah rase di tepi je ayo mate... dah nak meleleh beno rasenya... tapi teman tahankan juga lee
Bila teman kenangkan itu, memang teman betoyak bebeno. Sebak sangat rasanya. Meraung je yang tidak.
Kat airport, Subang, bila announcement nak berangkat, teman bersalam le dengan semua yang nganto teman. Lepeh sorang, sorang. Teman bersalam dengan Bapak teman yang last sekali. Dengan mak dah dah. Dia tak kata apa, kecuali dalam esakannya teman dengo dia berpesan, ‘kamu Zena jangan tinggalkan sembahyang…’
Apak teman peluk teman kuat-kuat. Masa itu teman dah melaram dah. Siap dengan pakai kut, tai…. Tapi teman terasa bau teman basah… Ayo mata bapak teman telap ke bau… Terlinteh pulak dalam hati teman,’ Tangan ni le yang mesit aku dulu ni…’ Dalam keadaan itupun sempat setan nak ganggu teman.
Dulu garang orang tua bapak teman ni… nyemedang je teman kena besit. Bukan salah teman sangat. Kebanyakannya salah adik-adik teman…. Zainudin le yang nombor satu. Cukup kuat betoyat. Bila dia betoyak, teman yang kene besit. Masitah tu dah berake sikit. Dia selalu nyebelah teman. Dengan adek teman Fadzilah teman tak berapa ngam sangat. Tak boleh bertumu ruma.
Sebenonya dia tu lagi pintar dari teman.
Apak teman ngajo teman ngaji Quran, dia pulah yang hape. Geram le teman. Kita yang beria-ria ngaji, jatuh dia pulak yang dapat.
Zaid, Zaini, Zahidan, Rosma, Zikri tu masih bebudak sanggat lagi masa itu.
Cuma bila teman balik dari Amerika, teman tak kene adik teman Rosma. Diapun tak tego teman, tapi kemana teman pergi dia ngeko je. Sudahnya teman tanya kat mak teman siapa dia tu.
‘Itule Rosma…,’
Dalam hati teman berkata,’ Segak pulak adik aku ni.. .. Masa tu diapun dah pandai begaya.
Eeemmm pat lima tahun lepeh itu diapun kena pinang…
Balik cerita bapak teman, dalam pelukannya tu, teman berbisik pada telinganya.
‘Apak…. saya nak pergi…. Izinkan… doakan….’
Diapun tatap wajah teman. ‘Memang itu yang apak doa dari dulu lagi. Kamu pergi. Aku rasa dah hilang lenguh lumpuh aku dongkat dangko noreh kat bukit Aji Resat tu…. Kamu ngaji lekluk…. Lepeh itu kamu balik yek?’
Teman nganguk je le… Tak tau dia perli ke… bebeno ke…tanya teman balik ke tidak tu.
Tapi memang teman niat nak balik…..
Tempat jatuh lagi dikenang…. Inikan pulak tempat teman main lestit, nyerat burong, nyale ikan,  ngae, main boyan tungge, main moyam mase bulan pause, masang panjut, main nganto eeeiiii sat nike benda teman buat…..
Nanti teman sambong cerita lagi…..  Tak boleh cite panjang-panjang. Dah ade orang komplen. Tapi dema juga yang ngatekan tak lugu dema mace cita yg teman tulih ni….. 

Thursday, January 27, 2011

SALAM, SALIN, SOLOM……


Khas  untuk makhluk iblis yang biadap….

Teman tak berminat langsung dengan politik, Pandangan teman  hanya berteraskan  akademik semata.

Teman rase terpangail untuk nak buat  teguran pada makhluk yang merasekan dirinya terlalu hebat dan cermelang.  Mengkome ni terlalu aregon, tak ubah macam ayam jantan, bekokok bergego-gego, tapi taik nyapu eko!!!

Teman bukan nak nasihat, tapi teman nak nego kebiadapan mengkome tu…Ini adalah kerana teman telah bersyahadah… Telah memperakukan  TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD RASULLULLAH…’

1.   Petikan pertama dari makhluk biadap  yang amat tak ngasi….

‘What's so great' about knowing Muslim values?’

Teman rasa perkataan seperti di atas yang keluo dari makhluk ini merupakan serangkai perkataan yang amat menghiris hati teman dan teman rase setiap muslim dan muslimah di permukaan bumi ini.  Memang padan sangatlah perkataan itu keloanya dari mulut satu makhluk yang tidak tahu membezakan antara moral yang suci dengan moral yang amat menjejekkan yang beliau serta kuncu-kuncunya menganggap mulia.

Kita sebagai orang muslim menjaga sesucian aurat, dan akur kepada yang telah diharamkan oleh Illahi, manakala makhluk iblis ini memegang semua yang boleh dipegang, meraba segala yang boleh dirabe dan menyolom segala apa yang boleh di solom!!!  Termasuk menyolum si sundal!!!

2.   Petikan kedua dari makhluk yang same…

‘I have been in the public life for many years. It's part of the basic culture and manners to shake hands’

Sebenonya simakhluk biadap ni bercakap pase Budaya Siapa?

Budaya orang Cina?
Orang Cina berjumpa bersalam ke?
Setahu teman tidak.

Budaya orang beragama Budda?
Orang Budda bertemu bersalam ke?
Setahu teman, penganut  Buddapun tidak. Dema ada cara tersendiri  (omitofo) seperti menyembah, seperti nak bersalam juga tapi tidak bersalam, dan tunduk sedikit.  Orang budda Thai macam tu. Orang Budda Jepunpun macam itu juga.

Orang Islam kalau berjumpa bersalam tak?
Iya… Bersalam.  Malahan berpelukan sebagai tanda  ade kemesraan…
Sebenonya jangan tak tau, bersalam itu budaya Muslim, tapi ada batasan, bukan antara yang bukan mohrim, antara lelaki dan perempuan.

Budaya orang puteh? Mungkin makhluk iblis biadap ini terase dia macam Mat Saleh. Weeeekkk…. (terase nak muntah!!!) Mat saleh celup!!!

Orang puteh berjumpa bersalam ke?
Iya, mereka juga bersalam, tapi ada tatacara tertentu baru dianggap berkebudayaan… Bukan pake hentam, pake tutuh je….

Setahu teman, a wel-cultured lady, seperti putri raja, malah Ratu Elezabert sendiri apabila bersalaman tatkala meraikan tamu mereka,  ia memakai sarong tangan!!!

Isteri-isteri president, Setiausaha Negara dan lain-lain ‘great ladies’… Apabila bersalam mereka memakai sarong tangan. Malah dianggap kurang ajar kalau bersalam tidak menggunakan sarung tangan.

Teman tau banyak tentang budaya orang puteh.  Empat taun lebih teman di Amerika Syarikat, mase teman belajo peringkat BS (Sarjana Muda) dan MS (Sarjana) dalam taun 70an dan 4 taun teman kat UK waktu teman belajo di peringkat PhD. Dalam taun 80’an..

Dah tu teman memang nyemedang je, kulu kelo  merate negeri orang…. Setiap benua teman dah sampe. Europah, Afrika, Amerika Utare, Amerika Selatan,  Timor Tengah, Australia..,,,Negara Asia ni jangan cerite lee…. Teman kena tau budaye orang… 

Tentang salam ni, teman tak ponah le lagi marah pada orang yang tak mau besalam dengan teman…. Kalo orang betina yang memolekan ngulo tangan nak besalam, teman sambut je, tapi teman ijak le nak ngulokan tangan dulu….

Suatu ketika dulu, waktu teman kat Amerika, ade kawan teman bepeluang besalam dengan Nancy Reagen, waktu dia melawat ke Kampus teman,

Dia kata (kawan teman ni), ‘dah dapat peluang besalam dengan ‘first lady of America, dia pegang le lelame…’  Teman ijak le buat begitu. Kebetulan le juge pulak teman berdiri di belakang kawan teman tu.  Bukan tak endak, tapi tak dapat peluang….  Kalao ade  peluang  temanpun mau juga…

Yang teman nak cerita ni, Nancy Reagen pun besalam pake sarong tangan weh!!! Bukan tangan tejoge begitu jee..

Tapi,  dalam banyak-banyak negeri yang teman dah pegi, teman belum lagi nyejak kaki tak Sabah!!! Masyallah….

Ape yang teman tetarek tu, isu yang dibentangkan tu bukan boleh membawak ape-ape kemanfaatanpun, terlalu kecik untuk dibangkitkan. Banyak lagi isu yang lebih beso untuk kita bincangkan. Ape yang lebih penting, cara pentadbiran dan kawalan calun tu nanti . A good governance….

Sebagai bandingan, mengkome tu elok bebeno ke?, gilang gemilang je ke? , terbilang sangat ke? Sebenonya, dema ni le juga yang suatu ketika dulu ponoh dirakam berkelaluan seperti binatang memuaskan nafsu syahwat dengan betina sundal? Ade ke patut kita layan makhluk yang berlatar belakangkan sebegini dan mengajar kita untuk berikhlak mulia? Ikhlak care dema le kut!!!!

Dia ni bukan kencin bediri je lagi, dah sampe kencinl belari wehhhh!!!

3.   Petikan dari makhluk biadap yang kedua, seorang wanita…

‘…I hope the Chinese voters are careful (with Islamic state). We are very worried about the Islamic state. They want to implement an extremist Islamic state,…

Teman rase pandangan ini juga terlalu jauh tersasar, yang menganggap kita yang memegang teguh kepada prinsip Islam sebagai satu kumpulan pelampau… Puak puak ini le juga yang hebuh komplen azan subuh tu nganggu dema dan tido je... 

Dah tak reti base, ngape muatnya... Tak taunya, tak ade azan dah lame bumi ni hanco... Mujo le ade kengkawan kita yang pepagi lagi dah banggkit, ke mesjid, untuk azan...

Sahih sangat kutu yang seko ni terpengaruh beno dengan seko lagi iblis, Bush, yang ponah di pengge dengan kasut....

Teman boleh sebut banyak perkara tentang ungkaian tu kalau teman endak, kalo teman nak mencerca agame mengkome tu… Tapi teman pilih untuk tidak berbuat demikian. Teman bagi lintas hormat pada agama mengkome….  Sebab agama teman melarang teman mencerca agama mengkome…




Sunday, January 23, 2011

ORANG ARAB - Bukan ngate, ngenangkan je



Kebelakangan ini negara kita banyak dikunjungi oleh Pak-pak Arab. Datang dengan keluarga mereka sebagai pelancng.

Pat lima ratus tahun dulu Pak-pak arab ni datang sebagai pedagang dan peniage. Itu yang ada dikalangan orang kita yang name dema tu ade tok Syed di pangke name dema tu... 

Syed tu sebenonya macam bahase kita 'encik' le. Jadi kalo 'Syed Bukhari' tu maknenya 'En Bukhari' le...

Teman ingat bebeno lagi dalam tahun 50’an, mase teman kekecik dulu tu, waktu baru berumo 8-9 taun,  selalu datang peniage Arab nyue manikoran. 

Kalau macam sekarang ni barang-barang kemas (costume jewelries) macam yang puak Zhulian (ke ape ke nama group direct selling tu…) nyue tu lee. 

Mase tu mak bapak teman selalu menakut-nakutkan teman, kononnya pedagang tu ngambik ati kepale.

Konon ceritanya, apabila membuat jambatan,  pada asas jambatan tu kena diletakkan kepala budak jantan, sebagai syarat supaya jambatan tu tidak roboh apabila dah siap..  Kena masukkan ati kepala tu kedalam tiang seri mase simin tiang tu masih lembik lagi.

(Agaknya  pase tu le juga stadium kat Terenganu tu roboh, sebab tak di pasakkan dengan ati kepale... Agaknya lee...)

Memang kita mase bebudak tu takut sangat bila nampak orang Arab yang jue manikoran ni.  Dan memang kita percaya orang Arab ni memang ngambik ati kepala.

Mase tu kita sendiripun tak faham ape dia ati kepala tu.  Cuma teman dapat bayangkan, bila bebudak jantan ni di sembelih, dan apabila di tanggalkan kepala dari badan, hatinya masih terkonten-konten melekat pada bahagian kepala.  Badan ditinggekan di tempat kejadian.

Itu le persepsi teman waktu tu.

Tapi kalo ditengokkan orang Arab yang berniage manikoran ni memang terbayang dia ni orang jahat. Dia akan membawak satu bekas (kotak) di buat dari kayu dan di bahagian depan kotak ti dibuat dari kaca, sebagai tempat pameran barang-barang kemas yang dijual.  Di belakang pak arab tu ada sebundut kain, mungkin kain pakaiannya, tapi kelihatan amat menakutkan, kerana mak teman kata dalam bundut tu ada ati kepala. Piso yang diguna untuk menyembelih tu ada dalam bundut tu. 

Apatah lagi pakaian orang arab tu memakai jobah, Pada waktu itu memang tak ponah teman nampak orang melayu make jobah….

Mak teman kata, dalam baju yang bergedeboh tu ada tersembunyi, tali, pisau, guni dll….

Cerite pase orang arab moden:

Suatu hari di satu pusat agrotourism telah di lawati oleh satu kumpulan orang-orang Arab.

Apabila dia berada di kawasan agrotourism tersebut, dia nampak anak sungai (Parit beso dan ada ayo ngelo dalam parit tu) Di kelilin kawasan tu banyak pulak pokok buah-buahan yang sedang berbuah.  Satnike buah ade kat situ. Cuaca ketika itu terang menderang. Langit biru....

Ade sorang orang Arab tu menjerit-nyerit kesukaan.... 'Ini lah syurga.... inilah syurga...'

‘Negara ini macam syurga. Dalam syurga ada sungai di bawahnya... ada banyak pokok ... ada banyak buah-buahan… inilah syurga...'

Dia mengambil uduk dari air parit tu dan bersembahyang dua rakaat di tepi parit tu ....

Agaknya inilah contoh arab yang baik.

Saya teringat ada terbaca, tapi dah tak boleh di kesan dari mana....

Rasulullah berpesan yang maksudnyha lebih kurang....
Janganlah kamu menghena orang-orang Arab kerana,

1. Bahasa Alquran adalah dalam bahasa Arab
2. Bahasa yang ditutur dalam Syurga  adalah bahasa Arab
3. Aku adalah keturunan orang Arab.

Maaf tak dapat nak ingat siapa yang meriwayatkannya...

Agaknya rasulullah memang dah tau sangat peel orang Arab ni, pase tu le dia kate macam tu…

Mase teman studengt kat US tu dulu teman peratikan bebudak students Arab ni memang tak boleh betemu rume. Mesti bekele. Bebudak Iraq tak boleh jumpa dengan Egypt, Saudi tak boleh jumpa Qatar, Yamen tak boleh tunisea... Mana-mana arab je le, kalau jumpa ke mesyuarat ke, mesti begadoh sesame sendiri. Patut le ropenya dema ni di belasah dek orang yahudi...

Balik ke cerita  di Agrotourism ni tadi, dalam satu kumpulan orang  Arap pelawat pusat agrotourism tu tadi ada sepasang anak muda yang mungkin baru kawin. Nampak masih ade ine di tangannya. Mungkin sedang berbulan madu.  Kawan teman yang nyage kawasan tupun layan le pasangan ni lebih sikit. Ambikkan buah bagi pade dema. Kupehkan buah manggih…… tolong buangkan kulit buah membepam… Kupehkan buah doyan.. Kupehkan buah limo bali…macam-macam le…

Kawan teman tu pulak cakap le… mengkome ni jangan rase segan silu.. buat macam apak sendiri…

Bukan main seronak le pasangan ni…  Kumpulan tu pun ngiley je le sesame dema,  Agaknya ngonjak pasangan tu le kut….ape yang dicakapkan dek dema tu kawan teman tak faham sangat le…

Esoknya, budak Arap yang bepasangan tu, (yang jantannya) pepagi lagi dah tibe ke tempat agrotourism  yang kawan teman jage tu. Dia mawak rage beso. Dia mencari kawan teman tu.

Bile dia jumpa kawan teman, diapun ngabokan pade kawan teman, tolong isi penuh-penuh rage yang dibawaknya tu dengan buah-buahan…. Dia nak mawak balik ke negerinya…

Kawan teman pun kabole, buah doyan tak boleh bawak dalam kapetobang… 
Dia kate tak ape… Kapetobang tu apak dia punya…

Kemudian dia cerite le yang datang sesame dengan dia kemarin tu semua adek-beradek dia.  Mak sedare, pak sedare, sepupu, abang, kakak, adek…

Kali ni apak dia tak datang. Dia suruh pilotnya je bawakkan keluarganya…

Lebih kurang sebulan sebelum tu, ada juga satu keluarga diraje Arab datang melawat tapak agrotourism tu. Tapi pada ketike tu memang ade maklumat resmi datang dari KP pusat agrotourism tu.  Pada mase tu pulak buah kayu tak mandang sangat

Mase tu kerabat diraje kitapun turut meraekan dema tu…Semuanya ikut protocol….

Ngikut cerite kawan teman tu, si isteri keluarga diraja tu, semua dia nak angkut. Dia mintak memacam benih nak bawak kalik ke Negaranya..  Pokok sere, halia, lengkueh, selasih...  Pokok kunyitpun nak di bawaknya juga….

Agaknya dia rase pelik sangat di negare kita ni,  pokok sesaje…. Toleh kekiri ade pokok, toleh ke kanan ada pokok. Jalan pijak ateh pokok. Dongak ke langitpun ada pokok. Ateh pokokpun ada pokok.  Dalam ayopun ade pokok.

Agaknya itule pasenya ade orang Arab nyangkekan negare kita ni syurga…. Sampe dia semayang sunat dua rekaat….

Bila tengok pada bunga pulak, macam-macam bentuk bunga ada. Macam-macam warna ada. Merah. Kunin, Biru. Ungu. Samo.  Semua ade.

Macam-macam saiz bunga ade.  Kecik beso semua ade…

Ade bunga di ujong rantin. Ade bunga di pangke pokok. Ade bunga di ujong dahan, ade di pangke dahan. Ade yang bebau harum. Ade bunga yang bebau busuk macam taik.

Buah-buahanpun macam itu jugek. Ade yang manih, ade yang masam, ade yang tawo je. Ade yang bau memengit, ade yang bebau cengih. Ade yang harum….

Satnike bende ade.

Kita tak ponohpun mikiokan negare kite ni sebenonya sebuah syurga…Taman Syurga Firdauce….
Agaknya kalo kita ni jadi orang arab macam dema tu.. ewah.... mesti seronok bebeno. Ape lagi kalo apak kitapun  ade kapetobang sendiri....